- Kembali ke kolam renang sekali seminggu sekurang-kurangnya. Bergantung pada bebanan kerja di pejabat. Untuk meredakan tekanan walaupun aku tidak begitu cekap berenang, sekurang-kurangnya air dapat memberikan sedikit ketenangan.
- Bermain badminton sekurang-kurangnya sekali seminggu. Mengeluarkan peluh juga boleh meredakan ketegangan dan meningkatkan keceriaan.
- Menyediakan senarai 'things to do' sebelum tidur. Ini amalan sejak aku belajar lagi. Bila dah terlalu sibuk, aku terlalu 'sibuk' untuk meluangkan masa memikirkan 'things to do'. Akibatnya, catatan tugasku bersepah di atas helaian-helaian kertas di atas meja dan celah buku. Maka kerjaku menjadi tidak efisien.
- Menggosok pakaian kerja sebelum tidur atau pada hujung minggu. Ini untuk memastikan aku tidak terlewat ke pejabat dan tidak sempat sarapan sebelum memulakan kelas jam 8 pagi. Kelasku setiap hari bermula 8 pagi dan berakhir 12 tengah hari. Tanpa sarapan, pastinya aku menggeletar menunggu tengah hari.
- Memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan sepanjang hari sebelum tidur. Aku perlu mengelak untuk tidur dalam keadaan sedih atau kecewa kerana aku tahu jika tuhan panjangkan umurku, esok aku perlu bangun dan melalui rutin yang sama, bertemu orang-orang yang sama, melakukan perkara yang hampir sama. Maka lenaku perlu diulit pengalaman indah dan bermakna agar aku mampu bangkit dengan lebih bersemangat dan bertenaga.
Kehidupan itu seluas lautan. Menghadapi kehidupan, rintangan dan cabaran.Mengakhiri kehidupan, terserah pada ketentuan.Ada kisah, Ada kenangan, Ada catatan. -----"Life is like surfing. Sometimes we all get tied up on looking and waiting for that perfect wave to come along. While doing this, we forget that surfing is not about finding that awesome wave, it's about enjoying the moment, loving what you're doing, going with the flow and making the best of what's been given to you."
Friday, January 19, 2007
Memberi makna pada hari-hari yang dilalui
Entah kenapa bila bermulanya 2007 aku jadi malas menekan kekunci komputer untuk mencatat sesuatu di blog. Tiba-tiba aku lebih suka mengggerakkan mata pena di atas kertas-kertas untuk menzahirkan segala rasa dan idea. Seperti biasa, tiba tahun baru semua orang akan bercerita tentang azam baru dan semangat baru tetapi aku tidak langsung merasa apa-apa malah terkelu apabila ditanya apakah azam tahun baruku. Tercari-cari..apakah perlu azam diperbaharui sedangkan azam dan semangatku tetap sama seperti dahulu. Tentunya setiap hari aku sentiasa berazam untuk menjadi lebih baik. Namun, sedar tidak sedar ada beberapa perkara yang sekian lama aku tinggalkan aku amalkan semula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
"Memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan sepanjang hari sebelum tidur"
Ini yang paling aku suka dan setuju sekali. Mungkin aku perlu buat. Tetapi sekarang bagaikan tiada masa untuk fikir apa-apa sebelum tidur. Bila dapat bantal, baca doa terus terlelap. Kadangkala doa pun ak habis baca...
Dan mungkin aku perlu susun kembali hidup yang kelam kabut sejak kebelakangan ini.
Post a Comment