Thursday, February 14, 2013

Bukan susah tapi mencabar

Ramai rakan-rakan menunjukkan empati bila mengetahui situasi yang saya sedang lalui. Saya bekerja, belajar part time, ibu pada dua anak kecil, berjauhan dengan suami dan mengendalikan ibu-bapa yang hampir sepanjang masa tinggal di hospital. Terus terang saya katakan, adakalanya saya mahu punya banyak tangan ataupun banyak klon supaya setiap satunya boleh menjalankan tugas yang berbeza. Terus-terang juga ada beberapa perkara yang sering saya tinggalkan kerana ketidakcukupan masa atau memenuhi tanggungjawab yang lebih besar.
Banyak juga insiden saya terlepas pandang tarikh-tarikh penting, deadlines tugasan-tugasan tertentu dan ada masanya 'naik hantu' pada Dhiya kerana tidak memberikan kerjasama. Semuanya kerana tekanan yang saya lalui lebih-lebih lagi kalau ada tugasan penting yang saya gagal siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Ataupun ketika saya belum sempat membuat persediaan untuk ke kelas dan kelas seawal jam 8 atau 9 pagi. (ramai beranggapan tugas pensyarah hanyalah masuk kelas, kalau tak ada kelas tak ada kerja tapi tak sedar nak masuk kelas kena siapkan slide, kena study apa nak diajar, siapkan quiz, exam papers, test, class activities, assignments, soalan tutorial dsbg.)
Semenjak bapa di hospital menjalani rawatan buah pinggang, rutin harian saya bertambah. Jika kelas mula lewat, awal pagi saya akan memasak (yg biasanya dilakukan hujung minggu sahaja), kemudian menyiapkan barang anak-anak ke rumah pengasuh dan taska, bersiap, hantar Dhiya ke Taska, hantar Darwisy ke rumah pengasuh, ke hospital kemudian baru ke pejabat. Kesemua rutin tersebut akan mengambil lebih kurang satu jam 15 minit. Bermakna jika saya keluar jam 8 pagi, saya akan masuk pejabat lebih kurang 9. 15 atau 9.30 pagi. Jika ditambah dgn sarapan, maka jam 10 pagi baru saya sampai pejabat. Jam 10 saya akan mulakan dgn rutin mengepam susu dulu (anak saya full breastfeed), baca dan reply email. Sementara mengepam bolehlah saya bermuka buku atau membaca blog. Blog yg saya sering baca ialah Prof. Muhammad Kamil, Dr. OT dan beberapa akhbar utama. Jam 11.30 biasanya semua rutin di atas selesai (jika tiada kelas). Jika ada kelas, rutin akan berubah sikit.
Saya makan tengah hari jam 12. Maknanya hanya ada 30 minit untuk saya buat kerja sebelum ke kafetaria. Kenapa makan awal? 1) Taknak berebut dgn student. 2) Kalau makan lambat lauk dah habis. 3) Sbb nak solat zohor awal, mengepam susu lagi sekali sebelum jam 2pm. 2pm keatas student suka datang untuk consultation jd saya perlu memastikan saya available selepas 2pm. 
Jika tiada consultation barulah saya dengan aman mula buat kerja, mana assignment nak ditanda, mana paperwork yang nak disiapkan, mana report yang perlu dihantar, kertas soalan dan apa-apa sajalah yang diminta akan saya kerjakan. Jam 4pm pam susu sekali lagi sambil browsing, update status, komen2 di wall orang ataupun nap sekejap. seronoknya guna pam elektrik sbb saya boleh nap masa mengepam, bolehlah melepaskan lelah seketika sebelum balik dan tunggang terbaik dengan kanak-kanak ribena. 4.30pm sedia untuk solat asar, kemas-kemas meja, habiskan mana-mana kerja yang boleh (biasanya tak bole habis pun). Jam 5.15pm check out, jemput Darwisy & Dhiya. Kadang2 bila rajin bawa anak2 ke taman, atau sekurangnya beli pisang goreng di muzaffar shah. Kalau tak bw bersiar2 pun cukuplah melepak2 di laman rumah sambil layan dhiya main belon sabun. 
Ini rutin hari biasa...rutin hari jumaat lain sikit. Sbb husband balik saya akan keluar awal dr pejabat, beli barang dapur dan balik masak sambil lari-lari anak (lari dapur ke ruang tamu layan anak. hehe..). Lagi2 darwisy dah pandai nangis minta dukung, dah menyusur sambil meraung2 cari ibunya, dhiya pula mmg SOP dia akan dengan apa cara minta perhatian bila balik dari taska. Most of the time dia tak bagi ibu angkat/dukung darwisy masa ni. Fuhh... memang macam perang. 
Apapun inilah warna-warni kehidupan, kalau saya tak hadapinya dengan redha apa sangat yang boleh saya buat? nak stress? tension? nak demand macam-macam? tak payahlah... apa yang saya ada ni dah jauh lebih baik dari apa yang mak saya pernah dapat di sepanjang kehidupan dia. Jadi kalau orang cakap dengan saya.. "susahnya kehidupan ko zakiah..." its NO NO NO... ia buka susah, tapi MENCABAR.  I'll take the challenge....

Friday, February 08, 2013

Yang ringkas-ringkas saja

Sekian lama tidak menulis di laman ini. Sedar atau tidak kemahiran menulis saya semakin lama semakin merosot gara-gara lebih suka mengemaskini status di facebook. Tulisan jadi lebih ringkas dan padat. Lebih interaktif dan terkini. Akan tetapi, sedar atau tidak saya kehilangan kemahiran yang saya miliki sejak kecil lagi yang sebenarnya merugikan.

Sejujurnya sekarang ini lebih ramai sukakan yang ringkas-ringkas, yang mudah-mudah. Tak perlu menulis panjang, tak perlu menelaah. Kalau menyudahkan tugasan, salin dan tampal sahaja dari mana-mana sumber. Tiada lagi nota-nota panjang, semuanya ringkasan dan nota power point. Buku teks juga sudah tiada gunanya. Beberapa kali juga saya menyiapkan kertas kerja (proposal) untuk beberapa projek, dan semuanya disiapkan dalam bentuk power point juga. Bukan timbunan kertas bersama analisis lengkap dan data-data sokongan.

Tidak hairanlah, kalau dulu pelajar-pelajar akan minta tambahan kertas ataupun answer booklet dari pengawas peperiksaan, dua atau tiga jam tidak mencukupi untuk menulis jawapan. Sekarang saya rasa hairan pelajar saya boleh menghantar jawapan seawal 30 minit pertama peperiksaan bermula. Semuanya gara-gara jawapan yang ringkas-ringkas walaupun markah untuk soalan tersebut adalah 30 markah. Logikkah anda menjangkakan 30 markah untuk jawapan setengah mukasurat?

Ini mungkin juga disebabkan oleh fenomena semasa. Semua mahu pantas.
lihat sahaja bahasa sms. Perkataan yg ringkas pun diringkaskan lagi! cth: Bila jadi "bl". Itu jadi '2'. harap2 saya tak akan jumpa answer script dengan tulisan bahasa SMS!. Tengok! saya juga terikut gaya ringkas SMS dalam blog.