Tuesday, November 20, 2007

The cupcakes and the books.

13 November 2007 - Hari lahirku yang ke-29. Sebenarnya dalam keluarga kami tidak diasuh untuk meraikan hari lahir. No birthday party, no birthday wishes. Never. Sometimes tak ingat pun birthday antara satu sama lain kecuali kalau ada yang mengingatkan. So, ulangtahun kelahiran hanya akan mengingatkan aku pada umur yang semakin meningkat dan tanggungjawab yang belum terlaksana. Menghimbau kembali kenangan setahun sudah yang ditinggalkan. Merakam kembali suka-duka yang aku lalui sepanjang umurku yang ke-28. Hakikatnya, semua itu berlaku hanya dalam diriku sendiri. Tetapi, agak istimewa untukku, menjelang ulangtahun ke-29 ini, aku akan menghabiskan pengajian master yang banyak menderaku secara emosi mahupun fizikal.

Walaubagaimanapun, kesibukan kerja dan persiapan menjelang pepriksaan akhir serta 2nd demo system untuk master membuatkan aku tak begitu bersungguh-sungguh untuk meraikan atau mengingat hari lahirku. Aku tidak merancang atau mengharapkan apa-apa pun kali ini. Yang aku harapkan, Allah permudahkan jalan untuk aku selesaikan pengajian. Itu sahaja.
Jangkaanku agak meleset kali ini. Agak banyak perkara manis aku lalui pada hari lahirku. Aku tak pernah minta apa-apa hadiah dari sesiapapun untuk hari lahirku. Kalau ada orang nak beri hadiah aku terima dengan senang hati. Tapi lain kali ini, ada pula yang bertanya apa yang aku mahu untuk hari lahirku. spontan aku jawab "Buku". Kenapa aku nak buku? sebab aku suka baca buku. Kadang-kadang bukan baca buku, simpan buku. Aku kata kalau boelh demand aku nak buku Faisal Tehrani atau mana-mana buku sasterawan negara yang aku belum beli. Maalahnya, aku pun tak tau buku apa yang aku dah beli dan buku apa yang belum. So, dari orang yang mengaku aku adiknya aku dapat buku Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim. Satu novel satira dengan watak tikus. (mentang-mentang rumahku pernah diserang tikus dan ada seekor lagi masih terperangkap di dapur).
Dari isteri orang yang mengaku aku adiknya pula... aku terima Novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani. Tak tau nak review apa sebab belum sempat pun nak belek. Sangat sibuk.


And... this is the sweetest thing that i have received on my birthday. The cupcakes! Sangat surprise dan sangat cute!. Aku memang sengaja memalaskan diri pagi tu. Sengaja datang lewat ke pejabat untuk memanjakan diri atas katil walau tak tidur pun. Baca buku ""the world is flat" semata-mata. Rancangan awalnya memang nak ambil cuti, tapi memandangkan paper CAL jatuh pada hari tersebut, kenala juga ke pejabat. Sampai pejabat, ada satu kotak misteri tak bernama dan beralamat di atas meja. Tapi aku tau..itu kotak cupcakes dan aku tau pembuatnya. Aku siap telefon pembuat cupcakes yang sangat comel tu untuk mengesahkan adakah cupcakes tu adalah untukku atau orang tersalah letak. Memandangkan kakak pembuat cupcakes berdalih-dalih nak memberitahu, aku buka juga kotak tu. Haaa..... terngaga kami yang berkerumun di sekeliling mejaku melihat cupcakes yang sangat-sangat comell...



Boleh baca tak tulisan-tulisan comel atas cupcakes tu? SO... cute. Thanks to both my housemates. Ija n Ain. kalau ada sesiapa nak buat tempahan, anda boleh hubungi saya melalui blog ini.

Tak tergambar perasaan bila dapat something sweet like this.

There is another person yang penting juga muncul on my birthday this year. Thanks to Mr Campro yang berjanji menaja makan minum aku sepanjang sehari semalam and he did it walaupun hanya sempat breakfast and supper sahaja. Itupun sebab masing-masing berkejar jaga exam.

Aku bercuti selepas itu untuk exam dan aku dapat satu lagi hadiah bitrthday from my Debate Club. Sebuah buku juga. Buku tu ada dalam kereta, belum sempat nak ambil gambar. Tapi yang lucunya hadiah dari Debate Club bertulis "Happy Birthday Miss" tapi kad bertajuk "Wedding Wishes". Ni...salah beli ke sengaja perli??