Semalam aku terbaca satu petikan kata-kata yang sedikit mengusik rasa. " Allah tidak akan berhenti menguji hambanya hinggalah kaki kita menginjak pintu syurga" Rasanya kurang tepat petikan ini. Kalau tak silap ia petikan dari novel Ayat-ayat cinta karya Habiburrahman El Syirazy. Maaf jika aku tersilap. Namun intipatinya tepat menusuk dalam sudut hatiku.
Ahad lepas aku diduga dengan kesihatan bapaku yang membimbangkan. Terus aku hubungi semua adik-adikku dan kami berangkat pulang ke Johor pada malam itu juga. Mujurlah kami semua tinggal berdekatan. Kami tiba hampir jam dua pagi. Ija pun ada bersama kami malam itu. Kebetulan dia dalam cuti lagi. Tidak terkata betapa sebaknya aku melihat keadaan bapaku yang sangat tidak bermaya dan langsung tidak boleh tersenyum. Aku rindu pada gurauannya dan senyumannya.
Aku cuba melakukan sebaiknya sebagai anak sulung. Mujurlah ada adikku zaki yang sebenarnya lebih banyak membuat keputusan berbanding aku. Nampak benar jika dibandingkan aku dan dia, dia sebenarnya yang lebih dewasa dan matang. Kalau diharapkan aku seorang, aku kira aku akan teragak-agak untuk membuat keputusan-keputusan begitu. Tidak hairanlah dia lebih diperlukan dalam keadaan genting. Dalam saat-saat kritikal yang sebenarnya memerlukan aku berada di sisi keluarga, aku pulang semula ke KL menyambung tugas yang tertangguh. LAN audit, Baktisiswa Chini, Convo, Debat Integriti dan Debat ASTAR membuatkan semuanya berserabut dalam fikiran. Kasihan pelajar-pelajarku. Tahun lepas pasukan debat IPTIM terpaksa kubiarkan berdikari kerana peristiwa bapaku dirompak. Kali ini pula, bapaku sakit. Inshaallah anak didikku..teruskan usaha, kerana aku yakin pada orang yang berusaha.
Kalau diturut hati dan perasaan ketika ini.. memang aku tiada mood untuk memikirkan perkara lain selain dari kesihatan bapaku. Namun aku cuba sedaya upaya untuk fokus pada tugas-tugasku. Cuma pada pelajaran aku agak terkial-kial sedikit. Entahlah.. memang minatku untuk bersungguh-sungguh semester ini terhapus. Mungkin kerana semester lepas aku terlalu teruk belajar dan sengsara kerana tugasan master, maka semester ini aku agak sambil lewa. Letih. Lebih-lebih lagi dalam kekusutan fikiran yang teramat-amat ketika ini.
Aku rasa aku perlu mengambil kesempatan untuk berterima kasih pada ija kerana berada di sisi aku ketika aku menghadapi kesusahan tempoh hari. Secara tidak sengaja ini kali ketiga aku Emergency Leave ketika dia bercuti dan kami ditakdirkan bercuti bersama. Bezanya, kali ini percutian kami dihabiskan di wad 4 Hospital Daerah Pontian.
*Ya Allah Ya Tuhanku.. kurniakanlah kesihatan dan kesejahteraan kepada seluruh keluargaku. Amin..
4 comments:
As-salam,
adapun kekasih pilihan Allah itu dihadiahi dugaan hebat....
tanda kasih-Nya....
tak dibiar terlena dalam dakapan kelazatan duniawi yang melimpah, kan tetapi.....
dihidangkan dengan keperitan, kesusahan ...juga...
kepayahan yang tak sudah...
membenarkan firman agung pada lembaran Al-'Ankabut :2-3....
laahaula
wala quwwata
illa billah....
kalimat penyejuk tatkala qalbu dirundung duka....
lantaran itu...
saat gembira...pujilah Allah
saat kesukaran...carilah Allah
saat kesunyian...sembahlah Allah
saat kesakitan...yaqinlah Allah
saat demi saat....
terima kasih Allah..
-meniti ILLAH, (wafillah@Jannah.zzn.com)
semoga semuanya baik belaka..
keluarga mu keluarga ku jua..
keluarga ku keluarga mu jua...
Sabarlah atas segala duga..
Post a Comment