Monday, February 19, 2007

Rutin yang tiba-tiba berubah

Tanpa diduga Tahun Baru Cina kali ini aku berpeluang bercuti dan pulang ke kampung setelah dua tahun berturut-turut aku tidak dapat melakukannya. Ini semua gara-gara program baktisiswa Chini yang terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, percutian kusambut dengan penuh keceriaan. Disebabkan semua kelas telah ditangguhkan, aku pulang ke Johor lebih awal di samping membuat lawatan ke pejabat Tabung Haji Daerah untuk melawat pelajarku yang sedang menjalani latihan praktikal. Bermakna aku berada di kampung selama 6 hari bermula hari khamis. Yang menariknya, percutian kali ini rutin hidupku berubah memandangkan teman setiaku (laptop) asyik meragam. Berikut adalah jadual harianku yang baru (hingga hari selasa sahaja):

6.30am - Menghantar kuih-muih ke kedai makcik Leha (macam di zaman kanak-kanak dulu).
6.45am - Sambung tidur...zzzz (kadang-kadang cuci pinggan mangkuk..kalau tak sejuk)
7.00am- Pergi pasar (mesti sebelum 8pg kerana pasar tutup 8.30pg)
8.30am - Main badminton di depan rumah
9.00am - Kemas rumah, mop lantai, sarapan.
10.00am - Melepak sampai tertidur..zzzz
11.00am - Mula memasak
12.00nn - Mandi sambil mencuci pakaian.
12.45pm - Makan tengah hari
1.00pm - Tidur lagi...zzzz
2.30pm - Tonton TV (Ratapan anak tiri)
3.30pm - Melepak lagi...sampai bosan
4.00pm - Masuk dapur lagi.. (buat inti karipap, uli tepung, kukus kuih muih dll)
6.00pm - Buat karipap sambil menonton Mutiara Hati TV9
7.00pm - Makan malam (biasanya makan kuih-muih jer)
8.00pm - Tonton warta berita
9.00pm - 12.00am - Tonton TV sambil pegang laptop

Aduhai.. seronoknya. Lusa tugas bermula. Laptop ni nak kena servis. Mudah-mudahan tak ada dokumen yang hilang. Kerja bertimbun tertangguh. Welcome back Zkea!