Thursday, December 07, 2006

1 Disember

Mengamati perjalanan hidup ke takat ini, baru kusedari banyak kejadian-kejadian penting secara kebetulan berlaku pada tarikh 1 Disember. Setiap 1 Disember aku seakan-akan memulakan sesuatu yang baru. Fresh. Kenangan membawaku kepada peristiwa berikut:

  • 1 Disember 2003 - Career sebagai pensyarah bermula di IIC. Aku memilih kerjaya ini setelah mendapati inilah yang terbaik dan sesuai dengan karakter dan kelebihan yang aku miliki. Ini antara keputusan terbaik yang pernah aku lakukan.
  • 1 Disember 2004 - Perlantikan sebagai kaunselor. Pada saat itu, aku rasa itulah keputusan paling silap yang dilakukan oleh pihak pengurusan kolej untuk diriku. Tapi hari ini, itulah keputusan salah yang terbaik untuk diriku yang pernah dilakukan oleh orang lain.
  • 1 Disember 2005 - Setelah menanti sekian lama dan menghabiskan banyak wang ringgit, pada tarikh ini aku mendapat kereta baru. Ini begitu besar untukku kerana kereta ini 100% hasil titik peluhku. Tidak sesen pun aku minta dari orang lain. Dan kereta ini jugalah menjadi salah satu hak milik yang menghasilkan pencarian untukku.
  • 1 Disember 2006 - Satu keputusan yang sangat besar melihat kepada risikonya yang juga besar. Aku meletakkan jawatan sebagai Deputy Dean SCS. Sesungguhnya ia bertentangan daripada prinsip yang aku pegang selama ini iaitu kesanggupan menghadapi cabaran. Tetapi, aku melihat ketidaksanggupan untuk berkorban lebih dari kemampuanku sebagai alasan. Alhamdulillah.. proses perletakan jawatan berlaku dengan mudah dan aku sangat gembira akhirnya aku berjaya memimpin diriku untuk melakukan sesuatu demi kebaikan diriku sendiri. Terima kasih yang tak terhingga buat yang sentiasa memberi sokongan.
  • 1 Disember 2007 - ??? (tetap mengharap yang lebih baik dan yang terbaik)

Banyak perkara perlu direnungkan.. setiap sesuatu dihadapan adalah satu pilihan untuk kita. Namun setiap pilihan menuntut pengorbanan dan berisiko. Tanya diri anda, sanggupkah berhadapan dengan cabaran? sanggupkah berkorban? kalau jawapannya YA.. teruskan memilih. Kalau TIDAK.. teruskan dan berhadapan dengan apa yang ada. Kerana adakalanya kita tidak mampu menghadapi sesuatu yang tidak pasti...

2 comments:

Norziati Mohd Rosman said...

salam,

Kadang kala, bila berlari kita perlu menoleh semula kebelakang dan mengutip apa-apa yang telah kita tinggalkan atau cicirkan. Selalu tanpa sedar, kita tidak memberi hak kepada diri kerana terlalu memberi peluang buat yang lain.

Mungkin situasi kita sama. Selepas ini, kita akan merentasi dunia yang lain. Aku doakan kau mampu mengatasi semua rintangan yang ada.

Dahulu, saat aku mahu melangkah pergi dari terus berada di puncak kerjaya, ada yang menasihatkan supaya kita pergi disaat kita disanjung, bukannya bila kita telah terasa dihukum.

Wassalam

z'kea m.s said...

Terima kasih.. terlalu indah ungkapan kata-kata itu. Betul situasi kita sama cuma latarnya berbeza. Pengakhirannya?? sama-sama kita tunggu...