Friday, April 27, 2007

"Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"



Setiap detik dan saat hati ini rasa teruji, hanya satu yang kuingat.. "Fabiayyi aa'laaa i rabbikumaa tukazziban.." Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?. Aku tidak boleh terus-terusan memikirkan apa yang aku tidak miliki, tapi fikirkanlah segala nikmat yang telah tuhan kurniakan sepanjang usiaku. Dan akhirnya aku tidak mampu menafikan bahawa yang perlu buatku hanyalah kesyukuran atas segala kurnianya dan doa yang tidak putus agar nikmatnya berterusan buatku.




Friday, April 20, 2007

Hidup adalah pilihan



Ada dua biji benih yang terdampar di sebidang tanah yang subur. Benih yang pertama berkata “ Aku ingin tumbuh besar. Aku ingin menjejakkan akarku sedalam-dalamnya ke dasar bumi ini dan menjulangkan tunas-tunasku ke atas tanah ini. Aku ingin memekarkan tunas-tunasku dan menyambut salam sang mentari. Aku ingin merasai kehangatannya juga kedinginan embun yang menitis di pucuk-pucuk daunku".

Dan benih itu tumbuh, menjulang tinggi.

Benih yang kedua bergumam “ Aku takut. Jika kutanamkan akarku ke dalam tanah ini, aku tak tahu apa yang akan kutemui di bawah sana. Bukankah di sana sangat gelap? Dan jika kuterobos tunasku ke atas sana, bukankah nanti keindahan tunas-tunasku akan hilang? Tunasku nanti pasti akan terkoyak”.

“ Apa pula akan terjadi jika tunasku terbuka dan siput-siput di permukaan tanah itu akan cuba memakannya? Dan pasti, jika aku tumbuh dan tunasku merekah, pasti ada kanak-kanak yang akan mencabutku dari tanah. Tidak, lebih baik jika aku menunggu sehingga semuanya aman”.

Dan benih itu pun menunggu… keseorangan.

Beberapa ketika kemudian, datang seekor ayam jantan yang menguis-nguis tanah lalu menjumpai benih tersebut. Lalu ayam jantan tersebut pun mematuk benih kedua itu dan memakannya.


Sememangnya kita punya pilihan dalam hidup. Ada warna-warna yang perlu kita tempuhi. Namun, kita sering dibelenggu dengan ketakutan, kebimbangan dan keraguan yang kita ciptakan sendiri. Seringkali, kita terbuai dengan alasan-alasan untuk tidak mahu melangkah dan tidak mahu menatap kehidupan. Kerana hidup adalah pilihan, hadapilah dengan tabah. Kerana hidup adalah pilihan, pilihlah dengan bijak.

* Adakah saya telah membuat pilihan yang bijak??

Thursday, April 12, 2007

Jawapan untuk satu penantian


Tidak terduga, permintaan nina untuk keluar denganku beberapa hari lepas adalah untuk menyampaikan satu berita gembira. Oleh sebab dia sangat berharap aku keluar dengannya akhir-akhir ini, aku penuhi juga hasrat tersebut dengan syarat dia menemani aku ke Matrik melawat adik En. khair yang baru melahirkan anak kedua. Tidak kuduga, ada perkara lain sebenarnya yang ingin disampaikan kepadaku.


Aku rasa ini kali pertama aku menulis tentang Nina. Dia adalah sahabat yang kukenali sejak dia di Matrik Lembah Pantai melalui rakan sekolahku, Ani Hashim. Kami rapat sejak di main camp kerana kami sama-sama membangunkan Kelab Pemuisi yang ditubuhkan oleh suaminya Rozan. Rozan yang pelik, deklamator yang berani dan keras kepala, rasanya kami kerap bergaduh dan bertelagah walaupun kerana isu-isu kecil. (dan Nina selalunya menyebelahi aku.. walaupun hingga Rozan menjadi suaminya...hehehe).


Nina pula berhati lembut, sensitif dan lucu. Nina lucu by nature. Dia tak pandai buat joke, tapi naturally apa yang keluar dari mulutnya dan perbuatannya selalu membuatkan kami ketawa tak henti-henti. Dan dia akan tanya kami kenapa kami ketawa yang membuatkan kami semakin berguling-guling. Pendek kata, dimana ada Nina, di situ semua orang akan rasa terhibur.


Personally, after 7 years knowing Nina, she is really a wonderful friend. A friend yang memang boleh menangis dan ketawa bersama. Whatever happen, Nina will be the first person yang aku cari. Masa aku menangis, diala yang menemani, masa aku gembira, aku sibuk, aku tertekan.. carilah dia. Keluarganya dah macam keluarga sendiri. Suaminya... hahaha...panggil aku 'adik'. Kadang-kadang aku sengaja taknak layan Rozan, tapi dia sememangnya baik.. Merajuk kalau aku taknak ajak dia keluar. Kadang-kadang rasa pelik dengan cara dan sikapnya. Dan yang lagi pelik ialah Nina takkan jealous Rozan ambil berat tentang aku, nak jumpa aku dsbg. Tapi Rozan akan jealous aku keluar dengan Nina tanpa ajak dia. Senang cerita, aku memang tak berjaya nak gambarkan betapa sahabatku yang bernama Nina ialah sahabat yang paling baik yang pernah aku temui hinggakan rumah yang aku tinggal inipun adalah rumahnya yang sewanya lebih rendah dari bayaran bank setiap bulan.


I'm so happy that Nina is pregnant and might deliver the baby on December. Nak tau apa pesanan dia padaku? "Ko jangan kawin bulan 12 yer.. nanti aku tak dapat tolong ko.." Alahai Nina.. nina....

Saturday, April 07, 2007

When my customers talk...

When the deputy dean
knocked my door at the end of the semester
We knew that
its the time for evaluation
from my customers.

First customer's comments:
"Please control your anger, don't judge your student based on their behavior, teach them equally"

My answer:
I'm sorry if I did not treat you equally for the whole semester.

Second customer's comments from the same class:
"I like Miss Zakiah, she has a new joke everyday"

My answer:
Thanks for the compliment. Am i a joker?. hehehe... smile to others will make others smile back to you.

Third customer's comments:
"Best lecturer!"

My comment:
Am I?? I hope i have done the best for the best..
(I'm just being the best version of myself)

~ Customer is always right ~

Sem II 2006/2007 ends and the new semester is just around the corner...

Tuesday, April 03, 2007

Melihat dunia


Ramai orang bertanya dengan saya akhir-akhir ini...


Bagaimana saya boleh bertahan melakukan berbagai perkara serentak. Bekerja sebagai pensyarah dan kaunselor dalam masa yang sama, belajar, menjadi jurulatih debat, menulis dsbg. Belum lagi terlibat dalam persiapan hari convo, aktiviti-aktiviti di kaunseling, aktiviti student affairs etc. etc. Dan saya masih ada kesempatan untuk pergi bersukan, menonton teater. Tak stress ke? Tak penat ke? Larat ke?


Jawapan saya - "penat.. tension... letih.. tak cukup tidur.."


Soalan berikutnya - "Macamana handle semua tu? nampak macam tak tension je?


Jawapan saya - "Setiap hari saya bangun dan melihat dunia dengan mata tersenyum, dan saya lihat dunia tersenyum kembali pada saya. Itulah kekuatan saya untuk meneruskan apa yang saya lakukan setiap hari"


Apa yang anda lihat bergantung pada diri anda. Jika anda melihat dunia dengan pandangan benci, dunia akan membalasnya dengan benci juga. Contohnya, jika seorang pensyarah masuk ke kelas dengan perasaan malas, benci, marah, tak bersemangat dsbg. Mereka tidak ikhlas mengajar dan pengajaran tidak berkesan. Kesannya, pelajar tidak bersemangat, malas, tidak memberi respon di dalam kelas dsbg.


Akhirnya, kita juga yang rugi.. kita juga yang kecewa. Dan kekecewaan itu akan berlarutan hinggalah kita sedar kita perlu kita perlu tersenyum kepada dunia.


~ Lihatlah dunia dengan mata tersenyum, dunia akan tersenyum kembali kepadamu ~

~ Jika kau melihat dunia dengan mata benci, kebencian itu akan kembali kepadamu dan hidupmu akan menjadi tidak bererti~