Friday, November 26, 2010

Jam tangan serr...


"appara... pakai jam tangan serrrr..."
"aik? tak baik kutuk-kutuk jam tangan orang tau..."
(kutuklah lagi..kutuklah lagi... kalaulah kutukan diiringi oleh sesuatu yang baru macam jam tangan ni...)
- Suka... suka sbb Casio
- Suka juga sbb kaler pink! kelakar gak memikirkan dia boleh beli brg pink color ni.
- sungguh unpredictable, my husband bg hadiah siap balut (ikut cerita dia, balut sendiri tau! for the first time. Beli selotape lagi) - lain kali suruh je cina kat kedai jam tu balutkan. takat kotak jam kecik je kertas pembalut.. takyah la sampai nak beli kan?

- I know him very well, it is an achievement!!

.. tq! love you! hadiah anniversary apa plak ya??

Monday, November 15, 2010

Saya bukan superwoman...

Lama sungguh saya tidak menjengah dan menukilkan sesuatu di laman ini. Dah berulang kali juga suami meminta saya menulis sesuatu di sini (rindu agaknya dgn tulisan saya). Jangankan blog sendiri, blog suami yang selalu dikemaskini pun jarang saya ketuk. Agaknya facebook lebih mudah bagi saya melakarkan sesuatu serta lebih interaktif.

Sedar tak sedar dalam tempoh mungkin lebih setahun untuk nukilan saya yang terakhir..pelbagai kisah hidup sebenarnya yang ingin saya kongsikan. Tapi entah kenapa... rasa sungguh berat nak menulis semula, juga kekangan masa.

Kehadiran Dhiya Hiswaniza dalam kehidupan kami sekeluarga benar-benar membuka lembaran baru hidup saya. Masih terngiang-ngiang di telinga pesanan suami pada hari beliau menghantar saya kembali ke Melaka "ceq mesti kuat ceq...". Ya saya harus kuat, namun jiwa wanita saya meruntun, saya sebenarnya terpinga-pinga dan tertanya-tanya. "Bolehkah? mampukah?" Bersendirian bersama anak kecil berumur 3 bulan tanpa suami di sisi, adik-beradik atau saudara-mara. Kadangkala saya ketakutan sendiri... "kalau anak sakit?", "kalau saya sakit?", "kalau ada kecemasan?".

Ketakutan saya benar-benar berasas, satu hari Dhiya demam panas dan dimasukkan ke hospital. Kemudian suami saya tiba-tiba jatuh sakit. saya bergegas ke Kuala Lumpur, buat pertama kalinya memandu lebih dari 100km bersama Dhiya, dalam hujan lebat, terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas di lebuhraya mahameru dalam keadaan Dhiya yang meraung kerana tidak selesa. Bapa dan bapa mertua juga kesihatannya tidak menentu. Hanya tuhan yang tahu jiwa saya meronta-ronta untuk menjenguk mereka.

Dhiya pula anak yang manja. Lansung tidak boleh ditinggal. Hatta sedang tidur sekalipun dia boleh sedar ibunya tiada di sisi. Entah berapa kali saya terpaksa letakkan Dhiya di dalam bath tub ketika saya mandi dan buang air. Beberapa kali juga saya redhakan kain di jemuran dibasahi hujan kerana Dhiya tak mahu diletak!

Itu sebahagian dari detik-detik awal cabaran menjadi seorang ibu. Dhiya berumur 6 bulan, saya harus menunaikan janji kembali menyambung pengajian PhD yang tertangguh 2 semester. Sebahagian diri saya inginkan saya berada di rumah, menjaga dan mendidik Dhiya Hiswaniza dengan tangan saya sendiri. Namun sebahagian lagi diri saya sudahpun terikat dengan keperluan kerjaya saya - meneruskan pengajian. Saya telahpun menandatangani kontrak tersebut, maka saya harus tunaikannya. Dan sudah tentu suami saya berbelah-bahagi... risaukan keselamatan saya dan anak di jalanan.

Ternyata tempoh satu semester untuk menghabiskan kesemua matapelajaran yang wajib saya ambil memang sungguh mencabar. Saya harus komited ke kelas setiap minggu. Maknanya saya harus memandu dari Melaka ke Johor Bahru setiap hari khamis hingga jumaat. Mujurlah keluarga saya di pontian, soal penjagaan Dhiya tidak perlu saya risaukan. Tapi sudah tentu saya tidak mahu ibu saya terbeban menjaga anak saya yang tidak kurang lasaknya. Saya tidak boleh menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran, yang lebih utama adalah anak saya. Hendak menidurkannya di waktu malam saja sudah mengambil masa saya beberapa jam. Kadang-kadang jantung saya berdegup laju mengingatkan tugasan yang belum selesai yang perlu dihantar keesokan harinya. Untuk berjaga lewat malam pula saya bimbang akan mengantuk ketika memandu. Jarak rumah keluarga saya dan UTM lebih kurang 68km, mengambil masa lebih kurang 45 minit. Saya juga tetap dgn rutin setiap malam, berbual di telefon dengan suami hingga habis bateri... hanya telefon penghubung kami ketika itu.

Alhamdulillah... saya berjaya menghabiskan semester tersebut walaupun beberapa kali terpaksa ponteng kelas (sudah tentu ponteng bukan amalan saya sejak kecil). Dhiya cirit-birit, ayah saya masuk hospital, Dhiya pula masuk hospital... arwah Tok tenat di Pulau Pinang...macam-macam lagi cabaran... Tugasan di pejabat pula bertimbun-timbun, mujurlah bos dan rakan-rakan banyak membantu. Bila dikenang-kenang, teruk betul prestasi kerja saya sejak saya berkeluarga.... almaklumlah.... saya bukan superwoman, boleh buat semua...

Akhirnya, segala kesibukan tersebut membuatkan saya tak sedar..masa berlalu begitu pantas. Sedar atau tidak, Dhiya akan berumur setahun menjelang Disember, usia perkahwinan kami pula menghampiri dua tahun. Dari merengek, berguling, merangkak, berdiri dan sekarang berjalan, setiap pergerakan, pembesaran Dhiya saya rakamkan dalam ingatan saya. Berpisah dengan Dhiya semalaman saja boleh membuatkan saya huru-hara. Dalam tempoh tersebut, bukan sedikit kata-kata semangat diucapkan pada saya..dari rakan-rakan, dari keluarga, dari pelajar-pelajar saya, bekas-bekas pelajar saya. Sedikit sebanyak, kata-kata tersebut berbekas di hati saya.... memberi saya kekuatan untuk terus berhadapan dengan cabaran. Bak kata seorang Professor di tempat saya bekerja "it is all for good".

Untuk suami saya yang tercinta, saya mendoakan beliau akan menamatkan pengajian di peringkat master secepatnya kemudian berpindah ke melaka juga secepatnya (mudah-mudahan rezeki menyebelahi kami). Untuk kedua ibu-bapa saya, terima kasih kerana sehingga hari ini masih lagi membantu saya, walaupun kadangkala agak sukar untuk saya pulang ke kampung menjengah mereka. Untuk adik-adik saya, terima kasih jua kerana menghulurkan bantuan bila diminta tanpa merungut. Maaf kiranya kakak kalian ini masih lagi menyusahkan!

Terima Kasih semua!