Belum sampai 24 jam aku menulis tentang kehadiran tahun baru 2007 baru aku sedar hari ini kalendar hijrah bertukar lagi. Begitulah aku selalunya.. kelemahan yang paling ketara adalah mengingat tarikh dan nombor. Selalunya hari-hariku akan berlalu dengan sendiri kerana setiap hari ia akan dipenuhi dengan senarai tugas yang tidak pernah sempat pendek. Dan seperti selalunya peti 'inbox' di telefon bimbit akan dipenuhi dengan ucapan selamat. Alhamdulillah.. itu tandanya ada orang mengingati dan mendoakan diri ini. Tetapi satu email ringkas daripada pensyarahku 2 semester lepas, PM Wardah.. membuatku sedikit malu. Sepatutnya aku yang lebih dahulu menghantar ucapan selamat, kerana aku yang lebih muda dan aku adalah pelajar. Kiranya kalau diikutkan ajaran hormat dari keluarga, yang muda sepatutnya lebih dahulu menghulurkan salam dan ucapan hormat. Namun tidak aku. Aku memang agak kurang dalam bahagian ini. Aku malas menghantar ucapan selamat walaupun pada hari raya. Aku pun tidak tahu apa sebabnya. Tapi yang nyata, aku menerima banyak ucapan selamat yang kadangkala aku biarkan saja. Ataupun aku tidak akan memulakan penghantaran ucapan selamat, tetapi hanya membalas ucapan yang kuterima.
Ucapan balas kepada yang sudi menghantar ucapan selamat kepadaku: Selamat Tahun Baru Hijrah, semoga tahun-tahun mendatang menjanjikan kebaikan dan kesejahteraan.
Ucapan balas kepada yang sudi menghantar ucapan selamat kepadaku: Selamat Tahun Baru Hijrah, semoga tahun-tahun mendatang menjanjikan kebaikan dan kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment