Wednesday, January 31, 2007

Kelas Knowledge Management

Sabtu dan Ahad lepas aku ke kelas master seperti biasa. Kali ini subjeknya ialah Knowledge Management. Kalau diikutkan, subjek ini adalah subjek yang agak berat, tetapi disebabkan pensyarahku kali ini adalah novelis sains Malaysia yang pertama, maka dia sangat kreatif. Kelas ini adalah kelas yang aku paling main-main dan bergumbira. Salah satu tugasan yang diberikan pada kami adalah mengenalpasti 25 artifak yang dibawanya. Kami dikehendaki mengkaji dan menulis tentang artifak tersebut. Kemudiannya, kami diminta menulis satu cerita tentang artifak tersebut denganmemastikan bahawa kesemua 25 artifak tersebut tertulis di dalam cerita kami. Berikut adalah cerita yang aku karang dalam masa sejam sebelum kelas bermula. Cerita fiksyen ini kusiapkan dalam masa 30 minit. Perkataan yang aku "bold" dan tulis dalam huruf besar adalah artifak yang kami kaji. Entah apa yang aku merepek ketika itu. Jangan ketawa yer!!


ALKISAH KEMBARA ULTRIA (ULTRAMAN DAN SATRIA)

Alkisah tersebutlah ceritera dua pengembara iaitu ULTRAMAN dan SATRIA BAJA HITAM mengelilingi dunia.

Arakian kisah pengembaraan mereka bermula apabila syarikat permainan LEGO menghasilkan banyak permainan baru berbentuk senjata nuclear yang menyebabkan dinosaur-dinosour mengalami masalah kepupusan yang serius. Ini kerana kanak-kanak di Jepun dan seluruh dunia telah mampu membunuh semua dinaosour dengan permainan mereka. Tinggal hanya sebiji TELUR yang diharapkan dapat menyambung zuriat keturunan dinasour tersebut. Namun, hingga bertahun-tahun mereka menunggu telur tersebut tidak dapat dieramkan.

Dalam kebosanan, mereka sepakat pergi mengembara ke seluruh pelusuk dunia. Ketika bersiap untuk berangkat, ultraman mengingatkan satria baja hitam “ Jangan lupa dibawa BUKU ALAMAT rakan-rakan kita, mana tahu kita sampai di tempat mereka nanti bolehla kita jimatkan duit sewa hotel” “Erm.. tengah masukkan TRIPOD STAND dalam beg ni, nanti bila kita ambil gambar, boleh ambil gambar berdua. Dalam TV kita tak pernah ambil gambar berdua kan?” jawab Satria sambil memasukkan barang-barang lain seperti SET PISAU KECIL, MINYAK ATTAR, SABUN BUNGA ROS dan BUAH DADU. Setelah siap kesemuanya mereka pun memulakan perjalanan. Destinasi pertama mereka adalah Negara-negara Timur tengah kerana mereka sangat ingin melihat PIRAMID di Mesir. Bekalan mereka hanyalah MADU AUSTRALIA di dalam botol-botol kecil yang enak dimakan bersama roti dan biskut.

Setelah beberapa purnama perjalanan dan beberapa Negara dilawati, pada satu hari,
“ Ultraman, kau ingat tak hari ni hari apa?” Tanya Satria Baja Hitam.
“Rabu” jawab Ultraman.
“Bukan hari tu maksud aku” jawab Satria Baja Hitam.
“Habis tu? Harijadi kau ke?” Tanya Ultraman.
“Bukan…” Jawab Satria Baja Hitam lagi.
“ Harijadi aku ke?” Tanya Ultraman semula
“Bukan….” Satria Baja Hitam menekan suara.
“Hari ni hari perkahwinan bos kawan kita si Genie tu“ sambung Satria Baja Hitam.
“Aladdin dengan tuan Puteri?” Soal Ultraman minta penjelasan.
“Ya” Jawab Satria Baja hitam ringkas.
“Alamak… mesti Genie marah kita tak datang ni. Hari ni mesti dia keluar dari LAMPU AJAIB dia kan?” Sambung Ultraman sambil menggaru kepalanya yang licin.
“Sempat lagi kalau kita nak pergi. Kita kan boleh terbang” Jawab Satria Baja Hitam penuh yakin.
“Tapi kita tak sempat beli hadiah” Jawab Ultraman bimbang.
“Ada.. kita tengok apa yang kita ada” Dengan yakin Satria Baja Hitam menjawab.
Mereka menyelongkar beg perjalanan mereka.
“Erm… kita ada PERHIASAN DINDING dari London, COASTER dari JEPUN, LOCENG AJAIB dari Itali dan BEKAS KUNCI dari Indonesia” Kata Ultraman.
“Kita bagi semua” Jawab Satria Baja hitam. “Tapi BOOKMARK ni cantik juga”
“Yang tu kita bagi Genie, dia kan suka baca buku dalam lampu dia tu”
“Baik kita bergerak sekarang”.
Terbanglah Ultraman dan SBH ke Istana tempat berlangsungnya perkahwinan Aladdin. Ketika itu perkahwinan sedang berlangsung dengan meriah dan Aladdin sedang memakaikan Tuan Puteri GELANG dari tulang unta yang diimport dari Padang Pasir sahara dan rantai emas berloketkan KULIT SIPUT diimport dari Pantai Cahaya Bulan sebagai hadiah perkahwinan.

Genie menyambut kehadiran kedua-dua rakannya dengan gembira sambil menghulurkan cenderamata perkahwinan Aladdin. Ultraman menerima KOTAK POTPOURI SERAMIK manakala Satria Baja Hitam menerima KOTAK POTPOURI KAYU yang sangat cantik. Ultraman rasa keliru lalu bertanya “Kenapa di bekas Potpouri ni tertulis nama lain? Bukan Aladdin?” “Oh…Aladdin tu nama timang-timangan saja. Itu nama sebenar Aladdin. Jemputlah makan”. “Erm.. kenapa kami tak dapat POTPOURI DALAM SUDU tu?” Tanya Ultraman dengan muka tak puas hati” “Yang dalam sudu tu untuk orang kampong, yang dalam BEKAS BULAT kecil tu pula untuk kanak-kanak” Jelas Genie.
Setelah menikmati hidangan sekenyang-kenyangnya, mereka meninggalkan istana. Ketika itu hari sudahpun malam dan Aladdin sedang menikmati hidangan malam dengan isterinya ditemani cahaya LILIN dari bekas kayu bulat berhias tembaga.

No comments: