Thursday, April 11, 2013

Bengkel Dr. OT, sedekah, kerjaya dan secret recipe.

En. Suami berkongsi dengan saya satu perenggan dalam buku Ustaz Zaharudin (Jangan berhenti berlari) yang sedang dibaca. Bunyinya lebih kurang begini:
"Kerjaya sebagai pensyarah adalah pilihan kerjaya yang terbaik yang membuka ruang faedah akhirat terbesar dan dalam masa yang sama memberikan pendapatan dunia yang baik". Sebelum inipun suami pernah quote kata-kata seorang pensyarah beliau, kita belajar ke tahap yang lebih tinggi bukan semata-mata mengejar kedudukan pangkat dan harta semata-mata, tp dengan ilmu kita boleh menyumbang lebih byk kpd masyarakat dan beroleh pahala. Ketika itu saya dalam mood nak berhenti kerja dan jadi suri rumah buat bisness kecil-kecilan atau bisness online macam orang lain pun cukuplah. Ketika itu saya give up dengan universiti yang memaksa kami belajar sambil bekerja dengan kos sendiri dan dalam masa yang sama dibebani dengan KPI yang merangkumi semua aspek teaching-research-admin. 
Ini adalah fasa cabaran paling hebat dalam hidup saya. Sendirian mengurus anak-anak dan keluarga, memastikan yang terbaik untuk mereka, tuntutan tugas hakiki - mengajar, tuntutan mencapai KPI, projek-projek sampingan - consultancy, tugasan pentadbiran etc. etc. saya berada di tahap tekanan paling tinggi dengan jangkaan paling tinggi. Semua mesti delivered. Keluarga mesti terjaga, makan-pakai anak suami mesti sempurna, ibu-bapa saya perlu diurus dengan baik, hati mertua juga mesti diambil kira. KPI sekurang2nya mencapai matlamat kalaupun tidak lebih tapi jangan terkurang.

Bila saya organize bengkel Dr. OT di MMU saya lakukanya dengan objektif untuk belajar dan mengajak orang lain turut belajar bersama saya. Dalam kepadatan jadual training di cyberjaya dan dibantu beberapa rakan Alhamdulillah program tersebut saya anggap berjaya walaupun ada beberapa kekurangan yang saya perlu perbaiki pada masa akan datang. Dari bengkel tersebut barulah saya nampak dengan jelas apa yang dimaksudkan oleh Dr. Zaharudin. Saya melihat keikhlasan seseorang mendidik dan memberi ilmu yang dimiliki demi kejayaan orang lain. Dan untuk berupaya menyumbang sebegitu seseorang mestilah sampai pada tahap 'pakar'dalam satu bidang (juga disebut dalam buku utz Zaharudin. Untuk menjadi pakar bukan mudah. Usahanya perlu maksima, komitmen perlu tinggi, dan prasyarat utama mesti banyak belajar. Mencari ruang untuk mempelajari, mengkaji, meneroka dan kemudian berkongsi.
No more 'secret recipe'. Recipe should be shared. Teringat kat-kata seseorang pada saya. "kita belajar mahal-mahal kita bayar, takkan nak bagi resipi ni free macam tu je".
Kesimpulannya,
1. Saya bersyukur Allah aturkan perjalanan kerjaya saya dalam bidang ini walaupun tidak berminat pada awalnya.
2. Saya akan terus belajar dan belajar, mencari dan mencari, supaya saya akan menjadi pakar dalam bidang yang saya sedang kaji sekarang (Halal traceability & Knowledge Management) supaya saya boleh menyumbang kepada pengguna muslim dan pemain industri Halal.
3. Saya akan menjadi pendidik yang ikhlas mendidik kerana Allah taala. Mudah-mudahan ilmu yang saya turunkan bermanfaat kepada para pelajar saya.
4. Saya mesti siapkan PhD saya walau apapun halangannya, walau berapa lamapun masa yang diambil untuk menyiapkannya sebagai langkah pertama saya menjadi pakar dalam bidang kajian saya.