Sabtu dan Ahad lepas aku ke kelas master seperti biasa. Kali ini subjeknya ialah Knowledge Management. Kalau diikutkan, subjek ini adalah subjek yang agak berat, tetapi disebabkan pensyarahku kali ini adalah novelis sains Malaysia yang pertama, maka dia sangat kreatif. Kelas ini adalah kelas yang aku paling main-main dan bergumbira. Salah satu tugasan yang diberikan pada kami adalah mengenalpasti 25 artifak yang dibawanya. Kami dikehendaki mengkaji dan menulis tentang artifak tersebut. Kemudiannya, kami diminta menulis satu cerita tentang artifak tersebut denganmemastikan bahawa kesemua 25 artifak tersebut tertulis di dalam cerita kami. Berikut adalah cerita yang aku karang dalam masa sejam sebelum kelas bermula. Cerita fiksyen ini kusiapkan dalam masa 30 minit. Perkataan yang aku "bold" dan tulis dalam huruf besar adalah artifak yang kami kaji. Entah apa yang aku merepek ketika itu. Jangan ketawa yer!!
ALKISAH KEMBARA ULTRIA (ULTRAMAN DAN SATRIA)
Alkisah tersebutlah ceritera dua pengembara iaitu ULTRAMAN dan SATRIA BAJA HITAM mengelilingi dunia.
Arakian kisah pengembaraan mereka bermula apabila syarikat permainan LEGO menghasilkan banyak permainan baru berbentuk senjata nuclear yang menyebabkan dinosaur-dinosour mengalami masalah kepupusan yang serius. Ini kerana kanak-kanak di Jepun dan seluruh dunia telah mampu membunuh semua dinaosour dengan permainan mereka. Tinggal hanya sebiji TELUR yang diharapkan dapat menyambung zuriat keturunan dinasour tersebut. Namun, hingga bertahun-tahun mereka menunggu telur tersebut tidak dapat dieramkan.
Dalam kebosanan, mereka sepakat pergi mengembara ke seluruh pelusuk dunia. Ketika bersiap untuk berangkat, ultraman mengingatkan satria baja hitam “ Jangan lupa dibawa BUKU ALAMAT rakan-rakan kita, mana tahu kita sampai di tempat mereka nanti bolehla kita jimatkan duit sewa hotel” “Erm.. tengah masukkan TRIPOD STAND dalam beg ni, nanti bila kita ambil gambar, boleh ambil gambar berdua. Dalam TV kita tak pernah ambil gambar berdua kan?” jawab Satria sambil memasukkan barang-barang lain seperti SET PISAU KECIL, MINYAK ATTAR, SABUN BUNGA ROS dan BUAH DADU. Setelah siap kesemuanya mereka pun memulakan perjalanan. Destinasi pertama mereka adalah Negara-negara Timur tengah kerana mereka sangat ingin melihat PIRAMID di Mesir. Bekalan mereka hanyalah MADU AUSTRALIA di dalam botol-botol kecil yang enak dimakan bersama roti dan biskut.
Setelah beberapa purnama perjalanan dan beberapa Negara dilawati, pada satu hari,
“ Ultraman, kau ingat tak hari ni hari apa?” Tanya Satria Baja Hitam.
“Rabu” jawab Ultraman.
“Bukan hari tu maksud aku” jawab Satria Baja Hitam.
“Habis tu? Harijadi kau ke?” Tanya Ultraman.
“Bukan…” Jawab Satria Baja Hitam lagi.
“ Harijadi aku ke?” Tanya Ultraman semula
“Bukan….” Satria Baja Hitam menekan suara.
“Hari ni hari perkahwinan bos kawan kita si Genie tu“ sambung Satria Baja Hitam.
“Aladdin dengan tuan Puteri?” Soal Ultraman minta penjelasan.
“Ya” Jawab Satria Baja hitam ringkas.
“Alamak… mesti Genie marah kita tak datang ni. Hari ni mesti dia keluar dari LAMPU AJAIB dia kan?” Sambung Ultraman sambil menggaru kepalanya yang licin.
“Sempat lagi kalau kita nak pergi. Kita kan boleh terbang” Jawab Satria Baja Hitam penuh yakin.
“Tapi kita tak sempat beli hadiah” Jawab Ultraman bimbang.
“Ada.. kita tengok apa yang kita ada” Dengan yakin Satria Baja Hitam menjawab.
Mereka menyelongkar beg perjalanan mereka.
“Erm… kita ada PERHIASAN DINDING dari London, COASTER dari JEPUN, LOCENG AJAIB dari Itali dan BEKAS KUNCI dari Indonesia” Kata Ultraman.
“Kita bagi semua” Jawab Satria Baja hitam. “Tapi BOOKMARK ni cantik juga”
“Yang tu kita bagi Genie, dia kan suka baca buku dalam lampu dia tu”
“Baik kita bergerak sekarang”.
Terbanglah Ultraman dan SBH ke Istana tempat berlangsungnya perkahwinan Aladdin. Ketika itu perkahwinan sedang berlangsung dengan meriah dan Aladdin sedang memakaikan Tuan Puteri GELANG dari tulang unta yang diimport dari Padang Pasir sahara dan rantai emas berloketkan KULIT SIPUT diimport dari Pantai Cahaya Bulan sebagai hadiah perkahwinan.
Genie menyambut kehadiran kedua-dua rakannya dengan gembira sambil menghulurkan cenderamata perkahwinan Aladdin. Ultraman menerima KOTAK POTPOURI SERAMIK manakala Satria Baja Hitam menerima KOTAK POTPOURI KAYU yang sangat cantik. Ultraman rasa keliru lalu bertanya “Kenapa di bekas Potpouri ni tertulis nama lain? Bukan Aladdin?” “Oh…Aladdin tu nama timang-timangan saja. Itu nama sebenar Aladdin. Jemputlah makan”. “Erm.. kenapa kami tak dapat POTPOURI DALAM SUDU tu?” Tanya Ultraman dengan muka tak puas hati” “Yang dalam sudu tu untuk orang kampong, yang dalam BEKAS BULAT kecil tu pula untuk kanak-kanak” Jelas Genie.
Setelah menikmati hidangan sekenyang-kenyangnya, mereka meninggalkan istana. Ketika itu hari sudahpun malam dan Aladdin sedang menikmati hidangan malam dengan isterinya ditemani cahaya LILIN dari bekas kayu bulat berhias tembaga.
Kehidupan itu seluas lautan. Menghadapi kehidupan, rintangan dan cabaran.Mengakhiri kehidupan, terserah pada ketentuan.Ada kisah, Ada kenangan, Ada catatan. -----"Life is like surfing. Sometimes we all get tied up on looking and waiting for that perfect wave to come along. While doing this, we forget that surfing is not about finding that awesome wave, it's about enjoying the moment, loving what you're doing, going with the flow and making the best of what's been given to you."
Wednesday, January 31, 2007
Saturday, January 27, 2007
Ujian datang lagi
Semalam aku terbaca satu petikan kata-kata yang sedikit mengusik rasa. " Allah tidak akan berhenti menguji hambanya hinggalah kaki kita menginjak pintu syurga" Rasanya kurang tepat petikan ini. Kalau tak silap ia petikan dari novel Ayat-ayat cinta karya Habiburrahman El Syirazy. Maaf jika aku tersilap. Namun intipatinya tepat menusuk dalam sudut hatiku.
Ahad lepas aku diduga dengan kesihatan bapaku yang membimbangkan. Terus aku hubungi semua adik-adikku dan kami berangkat pulang ke Johor pada malam itu juga. Mujurlah kami semua tinggal berdekatan. Kami tiba hampir jam dua pagi. Ija pun ada bersama kami malam itu. Kebetulan dia dalam cuti lagi. Tidak terkata betapa sebaknya aku melihat keadaan bapaku yang sangat tidak bermaya dan langsung tidak boleh tersenyum. Aku rindu pada gurauannya dan senyumannya.
Aku cuba melakukan sebaiknya sebagai anak sulung. Mujurlah ada adikku zaki yang sebenarnya lebih banyak membuat keputusan berbanding aku. Nampak benar jika dibandingkan aku dan dia, dia sebenarnya yang lebih dewasa dan matang. Kalau diharapkan aku seorang, aku kira aku akan teragak-agak untuk membuat keputusan-keputusan begitu. Tidak hairanlah dia lebih diperlukan dalam keadaan genting. Dalam saat-saat kritikal yang sebenarnya memerlukan aku berada di sisi keluarga, aku pulang semula ke KL menyambung tugas yang tertangguh. LAN audit, Baktisiswa Chini, Convo, Debat Integriti dan Debat ASTAR membuatkan semuanya berserabut dalam fikiran. Kasihan pelajar-pelajarku. Tahun lepas pasukan debat IPTIM terpaksa kubiarkan berdikari kerana peristiwa bapaku dirompak. Kali ini pula, bapaku sakit. Inshaallah anak didikku..teruskan usaha, kerana aku yakin pada orang yang berusaha.
Kalau diturut hati dan perasaan ketika ini.. memang aku tiada mood untuk memikirkan perkara lain selain dari kesihatan bapaku. Namun aku cuba sedaya upaya untuk fokus pada tugas-tugasku. Cuma pada pelajaran aku agak terkial-kial sedikit. Entahlah.. memang minatku untuk bersungguh-sungguh semester ini terhapus. Mungkin kerana semester lepas aku terlalu teruk belajar dan sengsara kerana tugasan master, maka semester ini aku agak sambil lewa. Letih. Lebih-lebih lagi dalam kekusutan fikiran yang teramat-amat ketika ini.
Aku rasa aku perlu mengambil kesempatan untuk berterima kasih pada ija kerana berada di sisi aku ketika aku menghadapi kesusahan tempoh hari. Secara tidak sengaja ini kali ketiga aku Emergency Leave ketika dia bercuti dan kami ditakdirkan bercuti bersama. Bezanya, kali ini percutian kami dihabiskan di wad 4 Hospital Daerah Pontian.
*Ya Allah Ya Tuhanku.. kurniakanlah kesihatan dan kesejahteraan kepada seluruh keluargaku. Amin..
Sunday, January 21, 2007
Care to share, Share to care
Sejak aku belajar kaunseling aku banyak mempraktiskan teknik kaunseling dalam pengajaran dan aktiviti yang aku lakukan. Yang paling aku suka adalah teknik-teknik yang aku pelajari dalam group kaunseling dan group dinamik dalam membantu proses penerokaan terhadap client.
Hari ini adalah hari pertama aku mengadakan latihan secara formal peserta debat ASTAR IIC. Modul pertama yang aku laksanakan adalah modul membina trust and rapport among the debaters. Kerana kesuntukan masa dan pelajarku dalam minggu peperiksaan, aku ringkaskan modul Tingkap Johari kepada satu block sahaja iaitu "Saya tahu anda tak tahu". Tak disangka modul seringkas itu telah menyingkap banyak rahsia yang tidak pernah aku duga di kalangan mereka. Aku hargai kesediaan mereka untuk berkongsi rahsia hidup dan perasaan mereka yang aku harap mampu membina semangat berpasukan dan kerjasama erat di kalangan mereka.
Hari ini aku semakin sedar betapa bertuahnya aku dan betapa banyaknya nikmat yang aku miliki berbanding mereka.
Hari ini adalah hari pertama aku mengadakan latihan secara formal peserta debat ASTAR IIC. Modul pertama yang aku laksanakan adalah modul membina trust and rapport among the debaters. Kerana kesuntukan masa dan pelajarku dalam minggu peperiksaan, aku ringkaskan modul Tingkap Johari kepada satu block sahaja iaitu "Saya tahu anda tak tahu". Tak disangka modul seringkas itu telah menyingkap banyak rahsia yang tidak pernah aku duga di kalangan mereka. Aku hargai kesediaan mereka untuk berkongsi rahsia hidup dan perasaan mereka yang aku harap mampu membina semangat berpasukan dan kerjasama erat di kalangan mereka.
Hari ini aku semakin sedar betapa bertuahnya aku dan betapa banyaknya nikmat yang aku miliki berbanding mereka.
Friday, January 19, 2007
Tahun Baru..
Belum sampai 24 jam aku menulis tentang kehadiran tahun baru 2007 baru aku sedar hari ini kalendar hijrah bertukar lagi. Begitulah aku selalunya.. kelemahan yang paling ketara adalah mengingat tarikh dan nombor. Selalunya hari-hariku akan berlalu dengan sendiri kerana setiap hari ia akan dipenuhi dengan senarai tugas yang tidak pernah sempat pendek. Dan seperti selalunya peti 'inbox' di telefon bimbit akan dipenuhi dengan ucapan selamat. Alhamdulillah.. itu tandanya ada orang mengingati dan mendoakan diri ini. Tetapi satu email ringkas daripada pensyarahku 2 semester lepas, PM Wardah.. membuatku sedikit malu. Sepatutnya aku yang lebih dahulu menghantar ucapan selamat, kerana aku yang lebih muda dan aku adalah pelajar. Kiranya kalau diikutkan ajaran hormat dari keluarga, yang muda sepatutnya lebih dahulu menghulurkan salam dan ucapan hormat. Namun tidak aku. Aku memang agak kurang dalam bahagian ini. Aku malas menghantar ucapan selamat walaupun pada hari raya. Aku pun tidak tahu apa sebabnya. Tapi yang nyata, aku menerima banyak ucapan selamat yang kadangkala aku biarkan saja. Ataupun aku tidak akan memulakan penghantaran ucapan selamat, tetapi hanya membalas ucapan yang kuterima.
Ucapan balas kepada yang sudi menghantar ucapan selamat kepadaku: Selamat Tahun Baru Hijrah, semoga tahun-tahun mendatang menjanjikan kebaikan dan kesejahteraan.
Ucapan balas kepada yang sudi menghantar ucapan selamat kepadaku: Selamat Tahun Baru Hijrah, semoga tahun-tahun mendatang menjanjikan kebaikan dan kesejahteraan.
Memberi makna pada hari-hari yang dilalui
Entah kenapa bila bermulanya 2007 aku jadi malas menekan kekunci komputer untuk mencatat sesuatu di blog. Tiba-tiba aku lebih suka mengggerakkan mata pena di atas kertas-kertas untuk menzahirkan segala rasa dan idea. Seperti biasa, tiba tahun baru semua orang akan bercerita tentang azam baru dan semangat baru tetapi aku tidak langsung merasa apa-apa malah terkelu apabila ditanya apakah azam tahun baruku. Tercari-cari..apakah perlu azam diperbaharui sedangkan azam dan semangatku tetap sama seperti dahulu. Tentunya setiap hari aku sentiasa berazam untuk menjadi lebih baik. Namun, sedar tidak sedar ada beberapa perkara yang sekian lama aku tinggalkan aku amalkan semula.
- Kembali ke kolam renang sekali seminggu sekurang-kurangnya. Bergantung pada bebanan kerja di pejabat. Untuk meredakan tekanan walaupun aku tidak begitu cekap berenang, sekurang-kurangnya air dapat memberikan sedikit ketenangan.
- Bermain badminton sekurang-kurangnya sekali seminggu. Mengeluarkan peluh juga boleh meredakan ketegangan dan meningkatkan keceriaan.
- Menyediakan senarai 'things to do' sebelum tidur. Ini amalan sejak aku belajar lagi. Bila dah terlalu sibuk, aku terlalu 'sibuk' untuk meluangkan masa memikirkan 'things to do'. Akibatnya, catatan tugasku bersepah di atas helaian-helaian kertas di atas meja dan celah buku. Maka kerjaku menjadi tidak efisien.
- Menggosok pakaian kerja sebelum tidur atau pada hujung minggu. Ini untuk memastikan aku tidak terlewat ke pejabat dan tidak sempat sarapan sebelum memulakan kelas jam 8 pagi. Kelasku setiap hari bermula 8 pagi dan berakhir 12 tengah hari. Tanpa sarapan, pastinya aku menggeletar menunggu tengah hari.
- Memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan sepanjang hari sebelum tidur. Aku perlu mengelak untuk tidur dalam keadaan sedih atau kecewa kerana aku tahu jika tuhan panjangkan umurku, esok aku perlu bangun dan melalui rutin yang sama, bertemu orang-orang yang sama, melakukan perkara yang hampir sama. Maka lenaku perlu diulit pengalaman indah dan bermakna agar aku mampu bangkit dengan lebih bersemangat dan bertenaga.
Subscribe to:
Posts (Atom)