Tuesday, April 28, 2009

Perlu makan atau nak makan?

Buat pertama kalinya dalam hidup saya dapat membezakan dua keadaan.
1. Kita makan sebab dah tiba waktu makan harian kita atau bila ada makanan di depan mata. atau..
2. Kita makan sebab kita perlu makan pada waktu dan ketika itu.

Pelik bukan? kita selalu makan. Sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam, makan junk food lagi, kadang-kadang layan cendol, abc, burger, biskut cream cracker dan macam-macam lagi kita makan dalam masa sehari semalam. Yang kita rasa adalah kenyang selepas makan. Puas sbb perut sudah terisi. Atau puas sebab keinginan tercapai.

Last week, 3 hari 3 malam. Apa jua yang saya jamah saya keluarkan semula. Hinggakan minum seteguk air pun saya akan keluarkan semula. Hinggalah hari keempat saya cuba bertahan, tak mampu. Akihirnya, saya terpaksa tinggal di hospital untuk drip. Rupa-rupanya my 'ketone level' dah at the maximum level. Based on Dr. Hanisah explanation, ketone level is our body level yang menunjukkan keadaan at the starvation level, our body akan menyedut zat-zat daripada bahagian badan yang lain. Pendek cerita, at that time the body dah pun berada at the highest dehidration level. Alamak... starvation? tahap kebulur dah saya rupanya.

We had no choice... masuk hospital, masuk air hoping that everything will be better. Kesian baby... kalau ibu dia kebulur, baby mesti tak sihat. Masa ni la dapat rasa bezanya bila minum segelas air pun, rasa dapat sedikit tenaga untuk bangun. Sebelum ni... tak perasan pun. Yang kita perasan.. lapar, dahaga atau teringin nak makan sesuatu walaupun tak lapar masa tu. Agaknya itulah bezanya antara nafsu dan perlu.

After 4 days, memandangkan suami pun nak balik KL, tak sampai hati nak menyusahkan rakan-rakan di melaka, tak sampai hati juga suami asyik tidur dalam kereta, saya minta discharge dan dirujuk ke mana-mana hospital di KL. Alhamdulillah... walaupun belum ok sepenuhnya, saya dibenarkan berehat di rumah sampai hujung minggu. Puas mencuba macam-macam makanan dan minuman... satu jer yang setakat ni baby tak reject. Air Sirap. "Air sirap je baby?". Humble betul baby aku ni... hehehe. Sirap pun sirapla... yang penting ada tenaga nak tulis blog....

9 comments:

D'Rimba said...

Makan untuk hidupla tu...........

Unknown said...

saya makan sebab boring.

nzafrie said...

sy mkn sebab taaknak kurus..hahaha

ELYZZMODE said...

Dulu makan sebab suka..

Sakng makan sbb taknak baby lapo.. walaupun diikutkan ati tak lalu nak makan tapi gagahkan jua..

Ni baru rasa sket ilang nikmat makan sementara.. kalu buat selama2nye?.. Nauzubillah..

So makan la berpada2... and kalu bole makan food yg nutritious..

Tapi time preggie ni.. tak boleh nak cakap kan kiah? Selera lain2.. selalunye tak berselera...

ikpunye said...

hehe air sirap best aper..hehe tu taste org kampung tu..:-)

Anonymous said...

sirap pun sirap la..naseb baik bkn air kelapa ke, mata kucing ke, carrot susu ke, ice blended ke..sian plak kt mr campro nak mencari nya..haha..tapi mr campro mesti takdak hal punya demi isteri nya yg tercinta..tak gitu mr campro?

Shams Ali said...

so sweet hope baby n the mother will be fine..praying for u and ur baby kak kea..

D'Rimba said...

Makan untuk hidup suburkan bahasa dan budaya bangsa indah terpelihara.........

azehri said...

Pening dan trauma aku dgn bahasa sastera..