Tuesday, July 29, 2008

Melaka Botanical Garden


Rasa nak berkongsi cerita... one day Kak Ayu ajak jalan-jalan dengan anak-anaknya sebab dah sangat bosan di office. Habis kerja, kami decide ke Taman Botani Ayer Keroh. Lebih kurang 15 minit dari rumah. Kononnya nak jogging. Sampai sana... rasa impressed, dari luar tak nampak best sangat tempat ni.. rupa-rupanya, macam-macam ada.... Ada trek jogging, ada fountain besar yang cantik dengan ikan-ikan yang cantik di dalamnya.. Ada Taman cerita, ada kampung buku, muzium perhutanan, taman permainan, taman herba, taman dinasour dan banyak lagi. So, disebabkan tak puas pergi kali pertama, kali kedua aku pergi jogging sabtu pagi dengan housemateku Nadia. Bagus budak Nadia ni, rajin dia teman aku gi jogging walaupun yang lain-lain memilih untuk tido di pagi hari. Yang best.. sampai-sampai di taman, orang mula beraerobik.. so, tak jadi jogging kami join aerobik dan kemudian sambung pula dengan pocho-pocho. Lepas tu kami explore taman tu, ikut kata Nadia tempat tu baru saja diubahsuai dan itupun kali pertama dia datang selepas taman tu berwajah baru. Lepas penat berpeluh-peluh.. perut pun lapar... dan dengan bangganya kami menikmati Big Breakfast yang banyak kalori di McD yang terletak bersebelahan taman. Apa pasal la diaorang ni letak McD kat sini. Defeat purpose betull... So, nak share dengan kawan-kawan gambar-gambar yang aku sempat tangkap...



Kak Ayu dan anak-anak... cute dan nakal. Takyah jogging, diaorang pun dah buat kami berpeluh mencurah-curah.

Taman Cerita. Ada cerita arnab dan kura-kura, kancil dengan buaya, arnab dengan pipit... Ada replika watak-watak cerita, ada cerita atas batu... Aku ngan Nadia siap pilih watak lagi dan berlakon bercerita. Lepas tu kami gelak.. sungguh kanak-kanak... So, cikgu-cikgu tadika, ibu-ibu, ayah-ayah mithali bolehla bawa anak-anak ke sini...




Taman Herba ni yang bestnya ada laluan refleksiology (macamana nak eja ni?) di tengah-tengah. So, kita jalan atas batu-batu kecil tu, sambil mengenali herba. Ada macam-macam... tongkat ali, misai kucing, lempuyang dsbg. Siap tulis khasiat. Memang sihat melaat taman herba ni. Dalam map kat gambar tu macam besar kan? kecik je taman herba tu... tapi berpeluh juga menahan sakit kaki pijak batu kerikil yang tajam tu.

Erm.. jalan punya jalan merentasi hutan yang sejuk mata memandang.. tiba-tiba nampak satu bangunan baru dan cantik, berdinding kaca, bumbung ala-ala minangkabau. Kampung buku. Taklah besar sangat tapi sangat tenang untuk yang nak study atau buat tesis (Refer pada diri sendiri). Tapi sangat tenang juga untuk yang rasa-rasa nak tidur sebaik sahaja membaca ayat pertama. Tapi yang tak bestnya, tak ada internet. Tengokla nanti, kalau nak cari ketenangan ke.. nak marking paper ke.. bolehla aku melepak kat sini. Tengok macam tak ada orang datang je, kesian kat Pak Guard yang baik tu duduk sorang-sorang jer. Yang bagusnya, Pak Guard tu pun sedang baca buku masa kami approach dia. Memang sesuai jaga library.



Yang ni pulak, muzium perhutanan. Kami tak masuk sebab dah lapar. Sempat tangkap gambar je. Tapi nak expect apa pun kan.. mesti sejarah tumbuh-tumbuhan.. nama-nama pokok.. dsbg. Kena masuk juga one day sebab bila datang ke Taman ni barula aku kenal mana satu pokok angsana, mana satu tenggek burung.. rupa-rupanya tenggek burung ada dok depan rumah kat Koperasi dulu. Tak pernah ambil kisah pun.


Yang lain-lain tak sempat lagi nak explore. Seberang jalan Taman Mini Malaysia, Zoo Melaka, Taman buaya pun dekat-dekat sini juga. Taman Rama-rama entah taman apa lagi tapi banyakla juga tamannya.. cuma malas je nak melawat. Yang aku buat tiap-tiap minggu ialah ke Taman Jusco.. habiskan duit je. Takpun memerap kat Taman Bunga Raya Seksyen 3...

So, jemputla datang ke Melaka...... (ayat-ayat orang yang tengah bosan)

* Blog ni dah jadi blog dwibahasa... last-last dua-dua bahasa aku hancuss... banyak sangat 'campurization'.

No comments: