Taman Cerita. Ada cerita arnab dan kura-kura, kancil dengan buaya, arnab dengan pipit... Ada replika watak-watak cerita, ada cerita atas batu... Aku ngan Nadia siap pilih watak lagi dan berlakon bercerita. Lepas tu kami gelak.. sungguh kanak-kanak... So, cikgu-cikgu tadika, ibu-ibu, ayah-ayah mithali bolehla bawa anak-anak ke sini...
Taman Herba ni yang bestnya ada laluan refleksiology (macamana nak eja ni?) di tengah-tengah. So, kita jalan atas batu-batu kecil tu, sambil mengenali herba. Ada macam-macam... tongkat ali, misai kucing, lempuyang dsbg. Siap tulis khasiat. Memang sihat melaat taman herba ni. Dalam map kat gambar tu macam besar kan? kecik je taman herba tu... tapi berpeluh juga menahan sakit kaki pijak batu kerikil yang tajam tu.
Erm.. jalan punya jalan merentasi hutan yang sejuk mata memandang.. tiba-tiba nampak satu bangunan baru dan cantik, berdinding kaca, bumbung ala-ala minangkabau. Kampung buku. Taklah besar sangat tapi sangat tenang untuk yang nak study atau buat tesis (Refer pada diri sendiri). Tapi sangat tenang juga untuk yang rasa-rasa nak tidur sebaik sahaja membaca ayat pertama. Tapi yang tak bestnya, tak ada internet. Tengokla nanti, kalau nak cari ketenangan ke.. nak marking paper ke.. bolehla aku melepak kat sini. Tengok macam tak ada orang datang je, kesian kat Pak Guard yang baik tu duduk sorang-sorang jer. Yang bagusnya, Pak Guard tu pun sedang baca buku masa kami approach dia. Memang sesuai jaga library.
Yang ni pulak, muzium perhutanan. Kami tak masuk sebab dah lapar. Sempat tangkap gambar je. Tapi nak expect apa pun kan.. mesti sejarah tumbuh-tumbuhan.. nama-nama pokok.. dsbg. Kena masuk juga one day sebab bila datang ke Taman ni barula aku kenal mana satu pokok angsana, mana satu tenggek burung.. rupa-rupanya tenggek burung ada dok depan rumah kat Koperasi dulu. Tak pernah ambil kisah pun.
Yang lain-lain tak sempat lagi nak explore. Seberang jalan Taman Mini Malaysia, Zoo Melaka, Taman buaya pun dekat-dekat sini juga. Taman Rama-rama entah taman apa lagi tapi banyakla juga tamannya.. cuma malas je nak melawat. Yang aku buat tiap-tiap minggu ialah ke Taman Jusco.. habiskan duit je. Takpun memerap kat Taman Bunga Raya Seksyen 3...
So, jemputla datang ke Melaka...... (ayat-ayat orang yang tengah bosan)
* Blog ni dah jadi blog dwibahasa... last-last dua-dua bahasa aku hancuss... banyak sangat 'campurization'.