Thursday, October 22, 2009

Counting days...

Less than two months - baby akan menjenguk dunia.

Ayah dah sangat-sangat tak sabar. Bila balik dia mesti akan tanya " bila baby nak keluar ni?"
Bila ibu rasa lain macam sikit... pening ke, sakit pinggang ke, kaki cramp ker.. dia mesti akan kata " jangan-jangan baby dah nak keluar tak?"
Ibu kata " Ish..jangan dulu, kita tak ready lagi".
Ayah kata " tak sabar nak cuti ni.."
Ibu kata... " tunggulah nenek datang stay dengan kita. Kita mana nak reti benda-benda macam ni"
Bilala.. nenek dengan atuk nak stay melaka ni.

Lagipun ibu belum beli lagi beberapa barang. Stroller, car seat, bouncer. Sebabnya, tunggu ayah balik baru boleh nak gi beli. Ibu tak larat la nak shopping benda-benda berat ni sorang-sorang. Ayah pulak dah start kelas master, kadang-kadang dia boleh balik sekejap jer, jadi tak sempat nak kemana-mana. Lagipun kesian dia travel sana-sini.. bagilah dia rest bila balik Melaka.

Makin dekat harinya, ibu rasa ibu makin busy pula. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Taknakla nanti menyusahkan kawan-kawan ibu kat office. Taknak juga bos-bos kacau masa ibu berpantang nanti. Untuk phd ibu pulak.. at least bagila ibu achieve something sebelum bercuti panjang. Sekurang-kurangnya, adalah progress. Jadi, ibu pulun la buat semua kerja, sampai tak ada masa nak cuti balik ke KL masa semester break hari tu. Tapi yang bestnya, ada juga kerja-kerja yang ibu boleh buat kat rumah jer. Ibu pun dah tak larat sangat nak pandu kereta... perut dah melekat kat stering dah....

Sekarang ni... ibu risau juga, kot-kot baby nak keluar awal dari jangkaan. ibu target paling awal baby keluar raya haji nanti. So, maybe akan sama dgn ayah atau ibu. Ayah lahir 10 zulhijjah, Ibu pulak 12 zulhijjah - sama-sama hari tasyrik. Kot-kot la baby nak keluar hari tasyrik juga. Tapi kalau ikut due date Dr. bagi...baby akan lahir masa 1st anniversary ayah ngan ibu. 13 disember. Mana-mana pun ibu ok.....

So, ibu dah pun buat beberapa persiapan.. memandangkan ibu stay seorang diri kat rumah ni. Ada beberapa perkara penting yang ibu akan pastikan:

1. Ibu duplicate kunci rumah bagi kat auntie ayu (office mate merangkap jiran terdekat). Kot-kot emergency takkan dia nak pecah rumah kan?
2. Ibu pastikan handphone sentiasa ada bateri. Kalau tinggal 2 bar je, cepat-cepat charge.
3. Kunci rumah, kunci kereta sentiasa ada dekat-dekat ibu especially masa ibu tidur. Mesti boleh dicapai dengan tangan. Taklah terkial-kial mencari nanti.
4. Ibu akan test beberapa kali.. call ayah tengah-tengah malam. saja nak check dia boleh bangun tak kalau ibu buat emergency call malam-malam buta. Kalau tak..ibu kena fikirkan alternatif lain. Kawan-kawan ayah... silalah bersedia juga ya.
5. Set speed dialing untuk nombor-nombor penting.
6. Beg untuk bergegas ke hospital pun dah ibu siapkan...

So, kawan-kawan kalau nak tambah cheklist ni..silakanlah. Manalah tau ada yang terlepas pandang...

3 comments:

Hazhari Ismail said...

salam. miss terlupe sumthing. letak pic yg melekat kat stereng keta. hehehe. ^_^

z'kea m.s said...

Hahaha...yg tu tak bulih.. special edition nyer gambar. Very exclusive..

aviciena zanjabil said...

nice blog... salam serumpun ina-malay