Semalam - 14 Mac 2009. Tiga bulan satu hari saya bergelar isteri orang. Saya dan suami dijemput oleh School of Information Communication Technology IIC (saya lebih suka kekal memanggilnya SCS) untuk memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar SICT . Saya diamanahkan untuk mengendalikan sesi ceramah pertama, manakala suami saya mengendalikan ceramah penutup. Lucu juga... suami lihat saya berceramah, saya pula dengar dia berceramah walaupun dia memang dah beberapa kali attend lecture class saya di MMU. Perasaan saya, dan mungkin jua dia bercampur-baur.
Pertama... terharu. Terharu kerana saya masih diingati oleh rakan-rakan seperjuangan dulu. Terharu kerana mereka masih mengiktiraf kebolehan saya yang saya rasa akhir-akhir ini semakin merosot setelah 9 bulan saya tidak berkecimpung dalam bidang kaunseling. Terharu kerana ada lagi anak-anak murid yang masih mengenali saya dan suami. Terharu mengenangkan tempat itulah saya banyak belajar mematangkan diri. Dan tempat itu jualah kami berdua ditemukan hingga membawa ke jinjang pelamin.
Kedua... gembira. Gembira kerana masih diberi peluang menabur budi seadanya. Gembira bertemu rakan-rakan, kakak-kakak, adik-adik yang selama ini seperti ahli keluarga sendiri. Ternyata silaturrahim yang terjalin akan kekal selamanya. Dalam kesempatan yang sedikit dan masa yang terbatas sempat juga kami berkongsi cerita dan rasa. Bergurau senda dan bergelak ketawa hingga hampir terlupa yang kami hanyalah penceramah jemputan semata-mata.
Ketiga... sedih. Sedih mendengar segala cerita. Apa yang berlaku, apa yang diperlakukan kepada rakan-rakan kami membuat saya dan suami berdoa semoga ada yang lebih baik untuk mereka satu hari nanti. Sedih jua kerana keadaan masih lagi serupa. Untuk program yang bersusah-payah dianjurkan oleh para pendidik IIC hingga terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri... kehadiran pelajar jauh dari sasaran. Daripada beratus orang yang tersenarai, saya rasa kurang daripada 30 orang yang hadir. Beberapa orang hadir lewat dan beberapa orang lagi lari dari program dengan pelbagai alasan. Bayangkan betapa kecewanya pihak penganjur yang bertungkus-lumus membuat persediaan, bekerja pada hari minggu tanpa elaun tambahan ataupun jamuan makan bagi menghargai usaha mereka, tapi kehadiran peserta... menyedihkan!! Sedangkan program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membantu mereka juga untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik.
Keempat... kagum. Saya kagum pada teman-teman saya yang masih mampu bertahan. Masih lagi dengan penuh keikhlasan mendidik dan mencurahkan usaha demi para pelajar. Saya dengar program ini akan dituruti dengan program clinic untuk pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dari segi akademik. Saya kagum dengan pengorbanan yang sanggup mereka lakukan demi Kolej Islam Antarabangsa dan para pelajarnya. Saya dan suami berdoa agar keadaan akan berubah untuk mereka, usaha mereka dihargai sewajarnya dan diiktiraf oleh yang berkenaan. Setidak-tidaknya, untuk usaha berikutnya sokongan kewangan harus deberikan agar program yang dianjurkan boleh dilaksanakan dengan lebih baik lagi.
Kadang kala... saya sendiri terfikir... masih adakah keikhlasan dalam hidup saya selepas saya meninggalkan IIC. Adakah saya masih berusaha menjadi pendidik yang terbaik sebagaimana yang pernah saya usahakan dulu. Bile saya kenang-kenangkan...dulu saya sanggup bekerja tanpa mengira hari dan masa... semuanya untuk IIC. Makan minum pun tak pernah terjaga... apatah lagi waktu tidur. Celik mata IIC... tidur pun IIC... Saya harus bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Saya tak perlu lagi melakukan itu semua, dengan syarat saya tetap mengekalkan keikhlasan di hati dan semangat untuk melakukan yang terbaik dalam mendidik anak bangsa.
Untuk rakan-rakan dan teman-teman, sekiranya keikhlasan adalah tunjang utama perjuangan anda, saya yakin dan percaya Allahlah yang akan membalas segala budi dan bakti, amal dan jasa kalian semua pada ketika dan waktu yang tidak kita duga.
10 comments:
salam..
lar..tgok tajuk..
ingtkn nak ckp pasal panton..
haha..
ouh,,miss ade dtg ke ari tuh..
tak nmpak pown..
cis..
Hmm..adat pelajar IIC.majoriti.
Bile ade program2 ilmiah mcm ni..
notis kat board tuh pura2 tak nampak..
1001 alasan dah prepared dlm list kalo letcurer suh dtg.aishh.
bile bab lain pandai plak student nk kritik itu la, ini la..
nak dpt yg selesa la..nak yg better la..
tp perangai tak penah nk better..
huhu..
same2 la kite berdoa yek..
sabar miss, nak wat mcm mane dorg punyer pikiran masih mcm tu..
sy nk sgt jumpe miss ajak borak, tp kalo jumpe mesti tak tercakap sbb ramai yg nak ajak miss borak. sy ni minoriti, tu yg payah sket tu.
kalo tau miss dtg, sy prepare jumpe miss.
layan.. huhuhu
dan2 je krol tuh.
hahaha..
minoriti konon..
lalalala~
Ayie... presiden SRC kenala bantu lecturer2 nih.. bg kesedaran skit kt stdnt. Orang nak tolong bg lulus peksa.. saja je memasing taknak datang. Tolong skit promosi program clinic untuk pelajar2 yg lemah.. barula ada sumbangan SRC pd stdnt.. hehe.. kena lecture plak tn. presiden.
Kayroll.. lupa plak. Nk jumpa yer.. boleh jer jumpa. Privately la. Jgn wat announcement.. tp kena minta izin Mr. Campro dulu. Jgn la terasa smpi mcm golongan minoriti... kayroll neutrally is majoriti apa..
Salaam,
Mr Campro tiada masalah..neway congrat for putera_asQalan coz dah ditabalkan sebagai Tuan Presiden SRC..So lpas ni kenalah perbaiki mutu kepimpinan untuk memimpin..
Menjadi Presiden SRC bukanlah cukup mudah sebab segalanya org tgk..jadikan blog sebagai medium untuk berkomunikasi dengan IIC komuniti..Seorang pemimpin yang baik itu ialah kebolehan untuk menulis dan menyampaikan sesuatu maklumat dengan berkesan..
Rencanakan agenda untuk mengembalikan kekuatan pelajar IIC yang dilihat lemah dan goyah ketika ini..jadikan SRC sebuah badan yang digeruni..dan bela nasib pelajar dengan penuh tanggungjawab dan amanah..
Semoga berjaya..
Alamak ayie... mcm sy pulak yg kena lecture. Orang tulis panjang-panjang pasal SRC plak...Salah wei salah.. saya bkn Presiden SRC...
takpe miss..
thanx..
adakah ini salah 'chatting utk kauseling'?
ouh,,we should change..
'blogging utk kaunseling'..
Mr. Campro telah mengamalkan hasil penulisan permaisurinye.
(^_^)
Salam Kiah
Cerita mu itu mengimbau kenangan aku di IIC jua. Walaupun sebentar cuma tp amat aku hargai pengalaman pertama mengajar. Tuhan saja yang tau macam mana. Rindu la kat ko. Ntah bila aku dpt bersua lagi..ehehhe
Post a Comment