Wednesday, March 18, 2009

Hanya 16 pemohon PhD


Saya adalah antara yang paling gembira dengan pengumuman kerajaan dalam bajet mini2009 yang memperuntukkan RM20 ribu ringgit untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan Dr. Falsafah. Kebetulannya, saya dan suami baru beberapa minggu menghantar permohonan master dan PhD kami. Malangnya, saya jugalah antara yang paling kecewa dengan syarat-syarat yang diletakkan untuk pemohon.Dan menurut laporan akhbar hari ini... kementerian seolah-olah kecewa tiada sambutan terhadap pakej tersebut. Setakat ini hanya 16 pemohon biasiswa PhD dan tiada sambutan untuk sarjana sedangkan 500 tempat untuk PhD disediakan dan 10 000 tempat untuk sarjana.

Objektif:

Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah:

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja. - syarat ni ok... tapi biasanya yang akan memulakan pengajian 2010, tentulah belum terima offer letter lagi. So, mereka ni mesti akan memohon bila dah terima offer letter nanti. Kementerian kenala sabar sikit.

2. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat Ph.D para tarikh memulakan pengajian. - yang ni, boleh dipersoalkan. Secara umumnya, mereka yang berumur 35 tahun keatas adalah mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai banyak tanggungan. Mereka tidak lagi mengharapkan tajaan pengajian tetapi lebih kepada mencari peluang pekerjaan baru sekiranya diberhentikan. Pemohon-pemohon PhD pula biasanya memang golongan yang telah mempunyai pekerjaan tetap dalam sektor pendidikan. Saya rasa sangat sedikit dari kalangan mereka yang tidak bekerja yang benar-benar ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ini sekiranya mereka bukan dari sektor pendidikan. Saya minta kerajaan kaji semula syarat ini. Ramai graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap adalah dalam lingkungan 25-30 tahun. Berilah peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dengan tajaan kerajaan. Lagipun hampir semua graduan sekarang ini terikat dengan pinjaman PTPTN, mereka tak akan mampu membayar balik PTPTN kalau tidak bekerja. Kalaupun bekerja, belum tentu mereka mampu dalam keadaan ekonomi semasa dan taraf hidup tinggi seperti sekarang. Teringat SMS office mate saya:

"Kalau macam tu, kita mintala Dr. David apply untuk kita..." almaklumla.. ni bukan pakej untuk pemuda-pemudi macam kita. hahaha...

3. Pengajian adalah secara sepenuh masa - tajaan adalah untuk yuran pengajian dan untuk kos menyiapkan thesis bagi PhD. Maksimum RM20 ribu sahaja kesemuanya. Tempoh pengajian 4 tahun. Kalau perlukan wang sara hidup, boleh diusahakan dengan PTPTN... mana nak bagi makan anak bini? Takkan nak guna "biasiswa" PTPTN kot.....

4. Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit. - Yang ni kena tunggu dulu. Bajet mini diumum pun selepas kebanyakan universiti tutup tarikh permohonan untuk sesi 2009/2010. Kena tunggu sesi tahun depan.

Akhirul kalam... saya rasa ini adalah entry saya yang pertama berbunyi seperti mengkritik sejak blog ni lahir.. kalau tak silap saya. Sebab terkena di muka sendiri....

6 comments:

Hiswadi Anuar said...

Salaam Mrs Campro,

Adalah dengan ini saya tegaskan bahawa kerajaan sewaktu mengumumkan perkara yang dibawah pelan rangsangan ekonomi tidak menjalankan satu kajian yang menyeluruh.

Seolah-olah amat puas dengan melafazkan segala peruntukkan, peluang dan insentif tanpa melihat kesannya kepada rakyat terbanyak.

Seharusnya sidang media yang diadakan terkena balik kepada mereka diatas ketidakupayaan untuk mendapatkan info yang tepat.

Secara umumnya, semua pihak memerlukan pakej sebegini dikala keadaan ekonomi meruncing. Andai kata golongan yang layak ini dinilai semula dan terkena pada golongan sasarannya..ibarat hari ini announce 3 hari lepas org sudah daftar..

Sekian...

-SZ- said...

sarjana... hmm.. akan ku sambung juga... (bile balik) haha.
lame nye xdgr khabr brite miss & sir... huhuu..

Anonymous said...

kak kiah kt mana nk check pasal master nie.saya ingat nk daftar utk master yg dibiaya oleh kerajaan tu.

z'kea m.s said...

masuk dlm laman web www.mohe.gov.my. kat situ ada link loans and scholarship untuk peruntukan mini bajet. Boleh download form terus dari situ.

Anonymous said...

thanks!

Anonymous said...

aku pun tergolong dlm org2 yang keciwa ngan 'heading berite tu'..among the terms applicant mesti dah dapat surat tawaran masuk u..no money no talk la kan beb..kena la prepare duit dulu b4 mintak memane :-(