Din, Nabihah n Saibi.
This is actually backdated punya cerita. Memang nak tulis lama.. banyak sangat nak tulis, tapi kurang masa menulis.. so, mana-mana yang sempat dululah.
Ini cerita pertemuan semula.. selepas bertahun-tahun, tenggelam timbul...Finally, kami dapat berkumpul dan bertemu semula. Haa... Reunion pemantun UIA.. kellass.. Teringat pantun Fedtri Yahya kegemaran kami:
Secekak Daun Gelenggang,
Setalam sayur manis,
Sekali pantun dilenggang,
Seumat insan memandang manis...
Plan punya plan.. akhirnya dapat juga kami keluar bersama. Itupun lepas aku habis exam paper master dan Sari memang desperately need to see us untuk menyampaikan berita gumbira. She is getting married dan terkeluarlah berbagai cerita kisah suka-duka percintaan sahabatku yang bernama Sari Surani Dato' Mohd Zaid. Akhirnya ke jinjang pelamin jua... Bila fikir-fikir, tragis macamana pun aku rasa kisah cinta aku.. dasat lagi dugaan yang dia lalui.. So, nothing to worry, tiba masanya nanti.. the true love will be yours.
Zkea, Mama Nina n Sari at Car4. (Sapa paling cute?)
Memula.. kami melepak di KFC sebelah Carrefour. Not bad.. boleh jadi port untuk baca buku, marking paper atau release tension. Lepas tu.. release tension lagi dengan membeli belah di carrefour. Terbang duit aku beli sepasang baju. Kononnya nak pakai masa convo. Tesis belum tentu pass lagi.. baju convo dah beli. Betul-betul macam burung terbang dipipiskan lada.. Lepas tu kami balik ke Gombak singgah ke rumah sorang lagi member sepantun, Madam Nordinah. Melepak sampai maghrib... It was really fun to be together.. teringat perangai kami yang gila sampai membuatkan abang Nizar coach kami menitiskan air-mata bila nak berpisah. Macam dulu-dulu, kami memang bergelak ketawa, bergaduh, bertengkar, dengki-mendengki. Risau juga aku mak buyung nina tu terbersalin sebab banyak sangat gelak.
Sari n miqdad on their wedding.. Nasibla, datang lambat, Make-up pengantin dah cair..
So, the best thing after 7 years... Din dah bersuami dan beranak, anaknya Nabihah dulu aku gakk yang tolong jaga. Nina menunggu hari nak mengeluarkan si Nazran Azen, masa entri ni ditulis, dah keluar pun kanak-kanak tu. Secara rasminya, akulah mak angkatnya... sebab masa kecik-kecik aku jadi tukang beli diapers dia sedangkan aku tak beranak lagi. Sari pulak menunggu hari nak melangsungkan perkahwinan.. masa entri ni ditulis, dah sah pun jadi isteri kepada Miqdad, yang tinggalnya aku ler... bergerak secara solo lagi.. kiranya kalau dalam family, consider i'm the youngest in the family lah. The fact is.. memang betul kot.. coz birthday aku paling last. Hihihi....reserve the best for the last lah yer... Alangkah bestnya kalau yang lain pun ada. Nora, Kak Nazirah, Kak Nabila, Abang Nizar, Keirol, Izwan Azer pun ada sama. Boleh roboh kot rumah cik din....
Nazran Azen.. yang lahir pada anniversary mama dan babanya...
1 comment:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my site, it is about the CresceNet, I hope you enjoy. The address is http://www.provedorcrescenet.com . A hug.
Post a Comment