Sunday, December 30, 2007

Berertinya pengorbanan...



10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik muncul lagi... kalau ikutkan tarikh lahir bulan hijrahku jatuh pada 12 Zulhijjah iaitu masih lagi dalam hari tasyrik. Bermakna tu.. kali ini agak melegakan bagiku setelah beberapa tahun kebelakangan aku pulang berhari raya membawa berbagai beban terutamanya assignment master. Kali ini memang hari raya dan lebih bermakna kali ini aku dan adik-adikku sama-sama melaksanakan ibadah korban. Cuti pun agak panjang berbanding hari raya puasa yang lalu... jadi bolehla aku release tension yang sekian lama bersarang dalam kepala. Cuma disebabkan masalah kesihatan... kemeriahan hari raya kali ini kunikmati secara sederhana dan seadanya...
Rumah aku... macam biasa asal namanya raya, tak kira raya bangsa apa memang akan meriah. Meriah dengan orang... meriah dengan sedara mara... meriah dengan makanan... meriah dengan kereta. So, bila dah meriah tu macam biasa akulah yang paling penat. Sebab yang lain datang nak makan jer... aku yang kena masak, hidang, basuh pinggan dan tugas-tugas bibik semuanya terletak di atas batu jemala aku. Cuma sebab aku sakit, kali ini aku banyak juga terlepas buat kerja-kerja tu. Kesian kat mak... aku gagahkan jugala. Dan sebab aku sakit, aktiviti yang biasanya kami sekeluarga buat setiap raya haji terpaksa untuk dibatalkan... yelah kan.. tukang masak tumbang... macamana nak ON projek BBQ. Yang kesian pakcik aku... datang rumah dengan harapan dapat makan satay... aku hidang keropok ikan jer...
Satu lagi yang best... kali ini ada dua orang cousin aku yang tak pernah beraya bersama kami sejak mak kandung mereka meninggal dunia 16 tahun dulu. Mak mereka adalah adik kandung ayah aku yang meninggal sebab leukemia masa mereka masih sangat kecil. So, bila mereka dan ada ibu baru.. mereka datang beraya sekejap-sekejap jer, tak pernah bermalam atau melepak kat rumah aku, tak reti nak balik-balik macam yang lain. So, faizah and Saif, we were very happy celebrating hari raya with both of you this year. Harapnya lepas ni kita semua semakin rapat macam masa kita kecik-kecik dulu.
So, raya haji kali ni aku rakamkan serba sedikit.. dengan hujan yang turun sangat lebat, sebelum lembu tumbang sebatang pokok kelapa sawit dah tumbang kerana angin sangat kuat.. korban tetap dijalankan seperti yang direncanakan. Meriahnya... tuhan je yang tau. 4 ekor lembu dikorbankan... dan lembu kami yang paling besar, paling ganas. Nasib baik lembu tu tan bangun semula macam di jerteh. Hehe... macam-macam.
Ada lagi satu perkara... aku dan Mak bersama beberapa rakan-rakannya dah mendaftar untuk ke Mekah. Malu juga sebab saving aku cukup-cukup makan je nak register untuk menunaikan haji. Siap kena top-up lagi untuk pendaftaran. tapi memandangkan harapan orang sekampung terhadap pemudi harapan bangsa ni untuk menemani mereka menunaikan haji.... aku daftarkan juga namaku. Jadual pemergian jika panjang umur ialah tahun 2018. Lama lagi... tak dapat aku pastikan apa yang akan terjadi di masa akan datang. Iyalah kan, kalau aku bersuami lepas ni, kena pula fikirkan suami dan keluarga. Tapi tak apa.. itu perancangan Allah, aku serahkan kerana yang terbaik adalah rencananya. Aku hanya melaksanakan yang termampu... Tapi lepas registration selesai... aku memang sangat excited. Dapat buku panduan haji... aku letak dalam kereta supaya aku dapat tengok selalu. Walaupun selama ni buku tu bersepah je kat rumah, tapi perasaan memiliki tu tak ada. Sekarang... aku letakkan target.. dalam masa 5 tahun, simpanan di tabung haji mesti cukup untuk berangkat ke Mekah. Takkan nak suruh mak aku tunggu 10 tahun pulak kan...
Sekadar berkongsi rasa... ibadah korban memang bererti kalau kita memang ikhlas. Untuk yang belum pernah melaksanakannya, pasanglah niat... Inshaallah.. tahun-tahun hadapan ada peluang untuk kita. Kalau kita mampu berkereta dan bergaya sakan beraya.. ibadah korban setahun sekali, perlukan beberapa ratus ringgit jer.. Kadang-kadang kita shopping baju raya pun lebih dari tu. Yang lebih seronok bila kita boleh sedekahkan daging tu pada orang kampung, saudara mara... memang betul tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Kepuasan, keinsafan, kegembiraan memang tak terkata bila kita memberi dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

No comments: