Saturday, January 12, 2008

New Year


Masih terkenang-kenang..



Satu Muharram detik permulaan,

Perkiraan tahun Islam hijrah,

Perpindahan Nabi dan umat Islam,

Dari kota Makkah ke kota Madinah....


Atas keyakinan dan iman yang teguh,

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,

Rela berkorban harta dan nyawa,

Demi menegakkan Islam tercinta...


Baju putih... kain songket.. selalunya songket merah macam wanita UMNO pakai masa perhimpunan.. tudung atau selendang lilit-lilit. Kalau nak kreatif lagi, siap pakai songkok lagi dalam tudung tu. Depan songkok ada kerongsang. hehehe... rasa-rasanya majoriti budak sekolah akan melalui saat-saat macam ni. Tangan pulak digenggam macam orang bersalaman dan posisinya mesti ke kiri sedikit daripada pusat. Siapa yang tak melalui zaman ni.. memang rugi. Sebabnya, setiap Ma'al Hijrah bila lagu ni berkumandang, anda semua tak rasa nak senyum terkenangkan saat-saat macam tu. Kiranya ramai wanita di negara ini berkongsi kenangan yang sama....


Mudah kan? sambutan Ma'al hijrah maknanya ada pertandingan nasyid. Semua berlumba-lumba menampilkan persembahan paling kreatif, suara paling lemak merdu. Pakaian... cikgu-cikgi semuanya sibuk selongkar almari pakaian carikan pakaian yang sesuai dengan kumpulan nasyid sekolah. Maklumlah..carikan songket dan pakaian untuk anak murid yang nak bertanding. Sekolah yang ada lebihan bajet... siap tempah baju, jahit labuci dan manik... lip-lap, lip-lap.


Tapi hijrah itu maknanya lebih dari itu.. bila Ma'al Hijrah tiba, ustaz-ustazah di televisyen akan mengupas semula persoalan hijrah, kembali kepada sirah, beri makna hijrah agar masyarakat berhijrah kepada yang lebih baik.


Hijrah itu pengorbanan...

Hijrah itu perjuangan...

Hijrah itu persaudaraan..

Hijrah membentuk perpaduan....


Dalam konteks Malaysia, isu-isu perkauman seringkali timbul akhir-akhir ini.. siapakah agaknya yang perlu berhijrah agar kerukunan negara berbilang bangsa ini akan terus bertahan selamanya... Uish.. tiba-tiba rasa patriotik.


Untukku.. I Muharram 1429H juga memberi makna besar dalam hidupku. Kerana dengan izin, ilham dan petunjuk dari Allah s.w.t aku telah membuat satu keputusan penting dan berisiko dalam hidupku. Ya Allah... semoga keputusan ini adalah yang terbaik buatku....

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum...
kadang2, kite tak tau pon bile 1 muharram,
kadang2 kite tak sedar pon bile 1 muharram,
kadang2 kite terlupe berape thn hijrah,
kadang2 kite tersesat kat mane2 thn hijrah,
tp yg pasti dan bkn kadang2 adelah, kite tak tau tarikh kite dilahirkan dgn tepat dlm tahun HIJRAH...
wassalam..