Mungkin ramai yang ternanti-nanti entri terbaru Miss Campro ops.. Mrs. Campro. Maafla, situasi tak mengizinkan untuk saya menulis mahupun menjengah blog. Gambar pun tak siap lagi untuk saya upload di sini. Hanya sekeping ni yang saya dapat daripada fotographer. Inshaallah... saya akan letakkan di entri lain.
Bukan tak mahu berkongsi cerita, tapi terlalu banyak perkara berlaku dan ujian tuhan yang terpaksa saya lalui sebelum mahupun selepas majlis pernikahan dan kenduri walimah kami. Selepas selesai majlis dan akad nikah adik lelaki saya di Kuala Kangsar iaitu 10 hari sebelum majlis, ayahanda saya dimasukkan ke wad hospital daerah pontian kerana serangan Gout, sakit sendi dan menurut Doktor dia mengalami kerosakan buah pinggang. Keadaan ini memaksa saya untuk mengambil cuti kecemasan dan meninggalkan semua kerja-kerja saya untuk pulang ke kampung. Tidak pernah dalam sejarah hidup saya sebagai lecturer saya tangguhkan kelas selama 2 minggu berturut-turut, apatah lagi dalam semester pendek saya kesuntukan masa untuk menggantikan semua kelas yang saya tangguhkan.
Dalam kacau-bilau kerja-kerja yang tertangguh, ayah dan ibu berkampung di hospital... saya terpaksa mengambil alih semua tugas persiapan majlis kenduri. Bukan kenduri untuk saya seorang.. tapi juga untuk adik lelaki saya. Ia membawa kepada rutin berikut:
1. Awal pagi - Ke pasar atau supermarket membeli keperluan dapur untuk keluarga dan persiapan membuat kuih-muih untuk kenduri. (Mengikut adat jawa, persiapan membuat kuih-muih bermula lebih kurang dua minggu sebelum kenduri. Mak-mak saudara dan sepupu sepapat akan datang ke rumah untuk membuat kuih seperti bahulu, rempeyek, kerepek pisang dsbg.) Tugas saya, memastikan semua bahan ada sebelum mereka tiba. Sebelum tu, call ibu saya kalau-kalau ada apa-apa yang hendak dipesan termasuklah menu yang dipesan oleh ayah saya.
2. Sebelum tengah hari - kemas rumah... (bukan kemas rumah biasa, tapi kemas untuk kenduri). Banyak barang yang perlu diubahsuai kedudukannya. Kemudian masak dan pack untuk dibawa ke hospital.
3. 12 tgh hari - Bertolak ke hospital untuk menghantar makanan dan baju bersih. Jarak antara rumah saya dan hospital lebih kurang 30km. Gantikan tempat ibu saya menjaga ayah sementara ibu saya makan tengah hari dan solat zuhur. Sejak ayah saya sakit... ibu saya tak pernah berenggang dengannya. Saya akan stay di hospital hingga habis waktu melawat. Lebih kurang jam 2 petang. tapi kebiasaannya saya akan extend sampai petang. Tak sampai hati nak tinggalkan ibu dan ayah saya. Kalau guard datang buat rondaan, saya pura-pura ke katil lain atau keluar ke taman. (Seorang pesakit hanya boleh ditemani oleh seorang waris sahaja di luat waktu melawat). Kalau saya dihalau pun, saya akan masuk semula selepas guard hilang dari pandangan mata. Sambil tu, kami akan berbincang tentang persiapan kenduri. Biasanya ibu dan ayah saya akan bagi arahan - call orang ni, confirmkan benda ni, jumpa pakcik ni, buat itu dan ini... itu checklist yang saya perlu laksanakan bila saya balik.
4. 4ptg - Balik rumah... buat apa yang perlu untuk kenduri... banyak...
Buat pertama kali dalam hidup kami sekeluarga... Aidil-adha kami raikan di hospital. Persiapan serba sederhana... saya memang tak sanggup nak masak rendang dan segala macam lauk pauk untuk hari raya.. badan dah letih dan penat. Pagi-pagi aidil-adha kami bertolak ke hospital. Riuh rendah dibuatnya. Dalam hujan lebat, kami menikmati hidangan hari raya di perkarangan hospital. Kebanyakan lauk-pauk dibekalkan oleh ibu-ibu saudara saya yang sangat saya sayangi...
Apapun keadaan ayah saya, saya tahu kenduri perlu juga diteruskan seperti yang dirancang. Selepas Aidil-adha maknanya ada beberapa hari lagi sebelum majlis. Barang-barang hantaran saya masih di Melaka, belum terusik. Baju pengantin saya tak sempat ambil dari tailor. Kasut pun saya tak sempat beli. Yang lebih mengharukan, semua duit untuk membeli lauk-pauk kenduri disimpan di akaun ayah saya, dan ayah saya masih terlantar di atas katil hospital. Alhamdulillah.. selepas berbincang dengan pegawai bank, mereka bersetuju untuk ke hospital mengambil tanda-tangan dan cap jari ayah saya. Kalau tidak mana saya nak cekau duit ribuan ringgit untuk membeli barang-barang tu? Pada waktu itu, saya bersyukur yang saya boleh memandu dan berpelajaran. Saya boleh buat banyak perkara tanpa bergantung pada keluarga. Kalau dikira bergantang-gantang air mata saya tumpah. Saya letih dan penat serta sedih melihat keadaan ayah saya menjelang hari bahagia saya. Makan dan tidur saya juga tidak terjaga. Masa saya banyak habis di jalanraya. Saya boleh memandu pergi dan balik Johor-Melaka pada hari yang sama bila terpaksa. Kalau tidak kerana saudara-mara dan jiran-jiran saya yang sangat mengambil berat dan banyak membantu.. saya mungkin give up. Doa saya setiap saat dan waktu... saya kuat dan tabah mengharunginya... saya diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan semuanya. Alhamdulillah.... sehingga saat ini tuhan masih kurniakan saya kesihatan dan kekuatan walaupun tuhan masih lagi menguji saya....
Syukur ya tuhan.... atas kekuatan dan ketabahan yang engkau kurniakan. Buat rakan-rakan yang memberi sokongan, terima kasih yang tak terhingga. Buat Mr. Campro tersayang... terima kasih jua kerana sanggup menghadapi saat-saat sukar ini bersama dari sebelum hingga selepas kenduri kita. Buat adik-adikku... kita harus bersama-sama untuk melalui semua ini. Mudah-mudahan Allah mendengar doa kita semua dan ayahanda kita kembali sihat sejahtera.
To be continued...
5 comments:
Salam Mrs Campro
CONGRATS!!!..
hehe...
and all the best for your future coming Mrs Campro..
=]
wasalam
ema
Thanks ema....
Ye..keadaan sangat menyeramkan.
stesen minyak jauh-jauh!!
time pegi tu mencuakkan mncari stesen minyak yg jauh gile.
haha.
Hmm,nmpak sgt muke miss yg faces a lot of prob. Tp dsenyumkan juga. kah3x.
Trharu dgn En. Melatu Samsi, masig bersusah payah menyuruh itu ini w'pun keadaan tidak sihat. Amanat seorang bapa sebelum menyerahkan miss mnjadi hak milik sir..
mmm..[+_+]
Haa... padanla muka kamu-kamu ni.. lain kali kalau nak datang..call dulu.. ni main redah.. jer. kan dah susah. takdala jauh pun stesen minyak... ada jer..Apapun, kehadiran kamu semua mmg menceriakan kami.... terima kasih banyak...
zkea.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading zkea.blogspot.com every day.
instant loans
bad credit loans
Post a Comment