Entah kenapa hati tiba-tiba keluh kesah. Semakin berdebar. Macam-macam yang nak dikejar. Hairan pun ada. Workload taklah banyak sangat.. Tapi tak banyak benda mampu dibuat seharian. Banyak buang masa kot. PHD proposal masih tak nampak bayang. Semester dah habis.... lepas ni cuti raya, exam, marking and prepare for the next semester lecture. Dapat subject baru pula tu. Next semester workload dah confirm lebih banyak dari this semester. Aku semakin risau..
Risau kalau-kalau by end of year PHD aku tak terbuat. Risau macam-macam perkara akan berlaku selepas raya ni. Risau aku akan kelam-kelibut mengurus masa dan keluarga. Semenjak di Melaka, hampir setiap minggu aku pulang ke Johor. Dan aku dapati memang aku satu-satunya yang diharapkan untuk membantu mengurus keluarga. Lepas ni macam mana? Kalau lepas ni aku ada komitmen lain.. siapa pula? Kalau lepas ni aku start study, buat research, siapa nak jenguk-jenguk mak-ayah kat kampung macam aku buat sekarang? Memang adik-beradik ramai...tapi semuanya jauh-jauh belaka. Yang ada seorang saja di kampung boleh consider masih kecil lagi budak tu.
Risaunya aku...
Yang tambah merisaukan aku.. bila aku dipanggil oleh Dean dan dua hari selepas tu aku terima email ni:
"Salamz Ms. Siti Zakiah, Congratulation! Attached, please find your appointment letter as a faculty's webmaster. Thanks and regards. Abdullah. "
Aku jd faculty webmaster? web programming la yang aku paling lembab sekali. Dulu masa buat asmt, aku upah je anak murid ke.. azhar ke.. buat asmt aku. Memang kantoi.. aku tak ada choice.. dgn degree and master in IT, orang takkan faham bila aku kata aku tak reti buat web ni.
Lepas appointment letter dapat pulak email susulan..
" noted with thanks.pls make our web FBL the best .jeong c.p. "
Menggigil lutut aku... Dr. Dean kata.. aku kena maintain je apa yang ada.. upload announcement or new info (which is aku tak tau lagi nak buat macamana). Tapi orang letak harapan tinggi la pulak. Padan la muka aku.. ari tu masa start buka webpage faculty aku rasa mmg dal jer FBL nyer web. Sekarang.. haa. buat sendiri. Hai... mana aku nak baca jurnal, mana nak prepare kelas, mana plak nak buat web. Kalau buat web ni benda yang aku tau.. tak apala. Ni nak kena belajar from the scratch ni.. Rasa nak jerit jer... "Azhar! Roby! tolonglah akak ni weh...." Webmaster IIC tuh. Aku rasa aku lebih pandai buat ISO documentation dr buat web. Memang sah-sah la.. Pelik bukan? degree ngan master IT tp bab-bab management plak lagi terer. Bab-bab IT semua fail. Maybe pendedahan kerja aku lbh pd mgt bukan IT dari grad sampaila ke MMU. Kat sini pun masuk Faculty Biz and Law.
Lagila kelakar...
Aku rasa kepala aku memang dah weng dah. Macam-macam fikir. Nak buat macam-macam.. tapi kekuatan takdak. Where to start? Bagi nasihat kat student bukan main pandai lagi.. diri sendiri tak terurus.
Ya Allah.. berilah aku kekuatan mengharungi jalan yang aku pilih ni...
12 comments:
Selamat datang ke MMU Melaka. Saya pon teringin juga nak melihat website FBL berubah wajah:)
insyaallah, miss bleh wat nyer sume tu... sy percaya miss mampu uruskan sume tu... kelab debat IIC n UIA pun miss bleh handle. boleh tu!
yakin boleh!!! hehehe
anonymous di atas dgn yakin nya dari dak IIC..
huhu
salam mis, saya sharol student iic... mis kenal x? saya ppernah satu kelas com app.lab.hehe.... mis, kat melaka skang ke? saya pun org melaka kat pulau gadong, klebang... nanti raya mis datang umah saya k. lawat blog saya k, www.sharoljericho.blogspot.com
bye2....
al-keriani:
Jangan letak harapan tinggi yer.. setakat ni nak maintain jer web yang ada tu. Nak kena berguru dengan yang pakar dulu. hehe..
anonymous:
Sudahlah tu.. toksahla bersembunyi di sebalik nama..
Ayie:
Sah-sah anonymous tu dak IIC and dak debate kan??
Sharol,
Erm.. bagus2. nanti leh bwk miss jalan-jalan yer... Boring takdak kwn kat melaka ni. Asik2 gi jusco jer.
ya Allah kiah. I'm sorry to hear this from you. And I'm sorry if i sound rude - i didn't expect this lament to come from a counsellor and an IT grad hehe.
but kiah, there is one good thing - you have just proven that you are a normal human being who is bound to err.
Kiah,
One, focus on a proper time management.
Two, compromise that trust conflict with FBL management.
Three, relax.
Good luck in MMU, Kiah!
Thanks Cekmi... dalam setahun adala hari-hari yang kita huru-hara... masa tu tengah huru-hara la tu..
Kaunselor pun tak mampu nak kaunseling diri sendiri.. macam Dr. yang takkan ubat diri sendiri.. kena jumpa Dr. lain gak bila sakit..
"Kaunselor pun tak mampu nak kaunseling diri sendiri.. macam Dr. yang takkan ubat diri sendiri.. kena jumpa Dr. lain gak bila sakit.."
suka ayat di atas..(",)
salam...kiah,
kesian juge baca keluhan kiah tadi...tak pe itu la cabaran namanye...cewah...kiah kan suka pada cabaran...masa kat iic dulu skh kiah boleh handle dan cantas...ni jadi webmaster lagi boleh punye...abg dan k shayu doakan kiah mampu pikul amanah yang diberikan...percaya kpd Allah dan mohon bantuan dariNya...nanti kiah tahu mana nak mula...
Thanks abg munif and kak syayu..at least rasa ada kekuatan nak buat semua tu.
* kelakar plak bl abg kata skh pun kiah leh cantas.. hehehe.. terernya aku..
salam zakiah,
wahh..dah sambung PHD lak...baguslah.wat btoi2. aku lom lagi. best of luck zakiah!
Thanks Kamal.. looking for frens yang nak sehaluan buat PHD. boleh sharing and caring
Post a Comment