Wednesday, June 04, 2008

Alkisah Aiman...

Ini adalah kisah Aiman bukan Aiman tak kisah. Kisah Aiman yang sangat kisah sehingga terbitnya sebuah kisah.
Siapa Aiman? Aiman adalah seorang student kolej yang aku tak berapa kenal sebenarnya. Yang aku tau, Aiman agak unik samada secara fizikal ataupun pemikiran. Aiman sering muncul di pejabat student Affairs dengan pelbagai isu dan pertanyaan. Aiman akan mengajukan apa sahaja yang difikirkan betul kepada orang-orang yang dirasakan boleh menjawab persoalan yang ingin dilontarkan.
Kisah ini terjadi minggu lepas, aku baru turun dari latihan debat di tingkat dua. Masuk saja di acad, aku nampak Aiman dan beberapa officer kolej sedang berbual-bual. Aku sangka mereka bersembang rupanya mereka sedang bertekak tentang satu isu. Aku malas nak masuk campur. Aku duduk kat partition aku dan on komputer untuk sambung kerja yang tertangguh seketika. Tapi aku ni 'auditory'. Semua butir-butir kata-kata Aiman dan officer-officer kolej masuk ke telingaku.
Aiman: "Saya nak tau secara detail kenapa saya perlu membayar RM100 setiap semester untuk yuran library?"
Acad Officer: "Itu bayaran perkhidmatan yang kamu gunakan di library"
Aiman: "Tapi bayaran tu membebankan pelajar, tak berpatutan dengan perkhidmatan yang ada di library. Saya bercakap bagi pihak semua rakan-rakan saya yang tak berpuas hati dengan kadar bayaran library"
Pertengkaran berlarutan, berbagai isu ditimbulkan sampailah ke isu yuran kolej, yuran pendaftaran sampai nama aku pun terbabit sama.
"Tanya dengan Miss Zakiah, berapa banyak buku dia gunakan untuk master dia dipinjam dari library kolej?" Aik? aku pulak kena menjawab. Aku kata " sepanjang saya study for my masters saya tak pernah pinjam buku dari library UTM, tapi saya pinjam buku library IIC. Saya dapat A lagi tesis saya. Jangan nak kata library ni tak ada buku pula".
Semakin lama semakin ramai pula yang involve dalam pertengkaran tersebut dan Aiman semakin tidak mahu mengalah. Aku jeling mereka yang berada di sekeliling Aiman, muka dan telinga masing-masing dah mula memerah menahan marah, urat leher pun dah semakin tegang. Jam dah hampir 7 malam, Aiman tak mahu berganjak. Aku pun dah mula pening dengan keriuhan. Kerja yang aku plan nak siapkan tak berjaya dihabiskan gara-gara Aiman yang sangat kisah. Beberapa staff yang dah angkat beg nak balik dari jam 5.30ptg pun masih terpacak.
Aku dah panas hati... tapi aku tau, dalam keadaan semua orang marah aku tak patut menambah minyak. Aku nak kena halau budak Aiman ni balik juga.. tapi isu ni mesti diselesaikan... bila pertengkaran berpanjangan, banyak perkara-perkara lain terheret sama, perkataan-perkataan yang tak sepatutnya keluar pun keluar...
Hati aku menjerit "sudahla woii... aku dah penat ni...." Akhirnya, aku seret kerusi aku keluar dari partition aku macam kura-kura baru nak keluarkan kepala. "Aiman..." Aiman menoleh ke arahku, semua orang pandang aku. "Berapa kali dalam seminggu Aiman masuk library?" Aiman Jawab... "hampir setiap hari" "Aiman buat apa dalam library?" Aku sambung soalan aku. Dengan jujur Aiman menjawab "Baca buku, buat assignment, kadang-kadang surfing internet". "Ok, bagus... " "Macam ni la Aiman, balik nanti Aiman kira, seminggu 7 hari, sebulan bersamaan 4 minggu/30 hari, satu semester bersamaan 4 bulan. Semuanya 120 hari. Kalau Aiman kira, sehari lebih kurang RM1 je Aiman bayar perkhidmatan library. Cuba Aiman bayangkan, Aiman tak bayar duit library, tapi beli buku sendiri untuk buat rujukan assignment, agak-agak dalam satu semester berapa Aiman perlu bayar. Ataupun Aiman ke Cyber cafe untuk cari maklumat, rasanyalah, berapa ringgit sehari?" Aiman senyap. Aku pun sambung lagi, "Aiman fikir, ini adalah bayaran untuk Aiman dapatkan diploma. Dengan diploma tu nanti Aiman akan dapat kerja dan dapat gaji. Seumur hidup Aiman akan dapat bayaran balik atas apa yang Aiman dah bayar." Muka Aiman sedikit berubah. Aku berdebar-debar juga tunggu jawapan Aiman.
"Hmm... jawapan Miss Zakiah saya boleh terima. Tapi tolak sabtu dan ahad?". "Aiyyaa.. ini budak Aiman memang banyak degil la. Tapi lepas tu Aiman diam sikit dan muka agak berpuas hati. Aku pun... "Aiman, balikla... dah nak masuk maghrib ni, kami pun nak balik..." Aiman angkat beg, salam officer-officer lelaki. Adala dia cakap sikit-skit pasal politik Malaysia. Lepas tu keluar dari acad. Semua orang melepaskan nafas lega.
Aiman..Aiman... sekarang tak ada lagi "Aiman tak kisah...." dan tukar jadi "Aiman kisah, Aiman akan tegakkan hak semua orang".
Hehehe...fikir dua kali, bagus budak Aiman ni, berani, jujur, kritikal. Aku percaya Aiman dengan bimbingan akan jadi seorang yang berjaya satu hari nanti. Aiman bukan macam budak-budak melayu lain yang malas berfikir, selfish dan mementingkan keseronokan semata-mata. Cuma kena ajar dia cara berkomunikasi dengan baik supaya tak disalaherti. Tapi memang penat nak layan seorang Aiman. Sebab aku pun suka layan budak-budak yang happening dan menyeronokkan jer. Teruknya aku......

4 comments:

Anonymous said...

Kiah,

Memang menarik kisah aiman ni. I think i know him well, hehe.

Student macam ni, kita kena dengar betul2 apa yg dia nak cakap. We just listen and take it. That's all they want - our ears.

Apa yg kiah buat tu memang patut. Dengan komunikasi yg betul, dia akan sedar.

Well done, Kiah! Tapi, memang mencabarkan? haha

z'kea m.s said...

Cekmi... bukan semua tau buat benda betul pada masa yang betul. Everyone ada keegoan masing-masing... Apatah lagi bila kita rasa tercabar dengan kata-kata student yang kita didik.

Unknown said...

kadang2 kite terasa kerdil bile berhadapan dgn rakan2 spt ini...
sbb ape? sbb rupenyer bkn semua bende kite bleh handle...
sbb ape? sbb rupenyer bnyk lg bende yg kite tak tau...

z'kea m.s said...

yeah true khairul... the most important thing kena memahami dan menerima perbezaan seadanya.