Monday, June 23, 2008

My first class

Hehe.. after a nice weekend in KL last saturday and sunday, back to Malacca to start the class. Tutorial class jer. Monday morning, raining and 8am class. Didn't know what to expect. 8am not a big deal for me.. rasanya memang juara morning class masa kat IIC. Cuma not sure whether the students will be around or not. Alhamdulillah.. out of 30 adala lebih kurang 20 students turned up. Hujan-hujan pun datang juga. So, good start.
Tapi rasa nak marah juga coz they came unprepared. This is tutorial class... they supposed to download the questions from the online system earlier so that we can start the discussion asap. Tapi takpela..coz most of them are 1st semester students.. dimaafkan. As usual, being myself, my class jadi sangat bising. Unluckily the location of the class is the 1st room of the floor. Tak taula sampai ke luar ataupun tidak. nasibla. managed to discuss 3 questions only, skipped the first question coz closed-ended question. Ada jawapan dalam buku. Tapi bcoz they did not ready for the class, diaorang kena denda jawab lagi 3 soalan and submit next week. Hahaha..padan muka. Dia ingat lecturer kecik ni senang kena buli ke apa?
Out of 30 students ada 2 atau 3 orang je melayu, a few foreigners, 1 or 2 indians and the rest are chinese. Some of them are participative, some of them ignorance and some of them very playful at the back. Students are always students.. unprepared and blur... until you force them to speak. Not all but majority. Dressing? hmm.. buat2 tak nampak je la. Takkan nak tutup mata pulak kan? Tak kira lelaki ke pompuan.. semua dedah2. Tak sejuk ke? What to do? secular nyer university... But at the end of the class... I felt satisfy.
Ops..lupa. End of class... one of the malay guys in the class approached me. "Miss dulu lecturer UIA ke? erm.. I mean IIC". "Alamak.. ni mesti kaum kerabat IIC ni" Kat tangan dia adalah syllabus2 IIC yang aku selalu print untuk yang further studies. Sah-sah la student IIC. Bahaya ni... terkantoi la nanti segala rahsia2 rasmi kat kolej dulu. Tapi the best remark.. "tak best la kat sini miss... kat KL best, macam-macam ada". Hehe..at least ada juga yang rasa apa yang aku rasa. Rasa macam ada sense of belonging plak dengan budak Najib ni. Bolehla..ajak teman breakfast.. lepas kelas pagi yang hening ini... huhuhu....
(Teringin sangat nak upload gambar.. tapi sbb PC kat lab kan.. tkder bluetooth, nanti-nantilah yer...)

Wednesday, June 18, 2008

The new life begins...

I was walking alone from my house to my office
Looking at unfamiliar faces around me
People thought that I'm a new student
when I approaching them for direction
Its ok, i already expect that.

I was standing at the door of my so called temporary room.
It is a dark, quiet, empty and dusty room.
My heart said.. "oh my god, this is not a good beginning".

It was my first day in my new office
People said that you will be given classes later
I was just standing there.. lonely
Looking at the empty dusty room with no feelings.
"How could i start my new life here?"

I went back at 1.30pm
The thing that almost impossible for me to do all this while
What I can see was only my nice but hot bedroom
tried to take nap
But I couldn't
and I felt the emptiness of my life has begins.

On the second day of the new office
I received the teaching assignments
6 hours tutorial a week for MIS with O'Briens textbook
which made me smiled a little bit.
one, because I got my favorite subject
two, because O'Briens book is already familiar with me
three, only tutorials.. I don't have to prepare anything, the CC will prepare the materials
four, at least I already have something to do rather than doing nothing inside my empty dusty room with the emptiness feeling comes around.

This is the third day
and i would say that i still miss my old life very very much.
The people around
The environment
The students
and those who are already considered as my family.

This is the price
of leaving a rush, busy and heavy workloads life.
This is price of climbing a ladder to get my PHD.
And this is the price to start a healthy and wealthy life maybe.

Wednesday, June 04, 2008

Alkisah Aiman...

Ini adalah kisah Aiman bukan Aiman tak kisah. Kisah Aiman yang sangat kisah sehingga terbitnya sebuah kisah.
Siapa Aiman? Aiman adalah seorang student kolej yang aku tak berapa kenal sebenarnya. Yang aku tau, Aiman agak unik samada secara fizikal ataupun pemikiran. Aiman sering muncul di pejabat student Affairs dengan pelbagai isu dan pertanyaan. Aiman akan mengajukan apa sahaja yang difikirkan betul kepada orang-orang yang dirasakan boleh menjawab persoalan yang ingin dilontarkan.
Kisah ini terjadi minggu lepas, aku baru turun dari latihan debat di tingkat dua. Masuk saja di acad, aku nampak Aiman dan beberapa officer kolej sedang berbual-bual. Aku sangka mereka bersembang rupanya mereka sedang bertekak tentang satu isu. Aku malas nak masuk campur. Aku duduk kat partition aku dan on komputer untuk sambung kerja yang tertangguh seketika. Tapi aku ni 'auditory'. Semua butir-butir kata-kata Aiman dan officer-officer kolej masuk ke telingaku.
Aiman: "Saya nak tau secara detail kenapa saya perlu membayar RM100 setiap semester untuk yuran library?"
Acad Officer: "Itu bayaran perkhidmatan yang kamu gunakan di library"
Aiman: "Tapi bayaran tu membebankan pelajar, tak berpatutan dengan perkhidmatan yang ada di library. Saya bercakap bagi pihak semua rakan-rakan saya yang tak berpuas hati dengan kadar bayaran library"
Pertengkaran berlarutan, berbagai isu ditimbulkan sampailah ke isu yuran kolej, yuran pendaftaran sampai nama aku pun terbabit sama.
"Tanya dengan Miss Zakiah, berapa banyak buku dia gunakan untuk master dia dipinjam dari library kolej?" Aik? aku pulak kena menjawab. Aku kata " sepanjang saya study for my masters saya tak pernah pinjam buku dari library UTM, tapi saya pinjam buku library IIC. Saya dapat A lagi tesis saya. Jangan nak kata library ni tak ada buku pula".
Semakin lama semakin ramai pula yang involve dalam pertengkaran tersebut dan Aiman semakin tidak mahu mengalah. Aku jeling mereka yang berada di sekeliling Aiman, muka dan telinga masing-masing dah mula memerah menahan marah, urat leher pun dah semakin tegang. Jam dah hampir 7 malam, Aiman tak mahu berganjak. Aku pun dah mula pening dengan keriuhan. Kerja yang aku plan nak siapkan tak berjaya dihabiskan gara-gara Aiman yang sangat kisah. Beberapa staff yang dah angkat beg nak balik dari jam 5.30ptg pun masih terpacak.
Aku dah panas hati... tapi aku tau, dalam keadaan semua orang marah aku tak patut menambah minyak. Aku nak kena halau budak Aiman ni balik juga.. tapi isu ni mesti diselesaikan... bila pertengkaran berpanjangan, banyak perkara-perkara lain terheret sama, perkataan-perkataan yang tak sepatutnya keluar pun keluar...
Hati aku menjerit "sudahla woii... aku dah penat ni...." Akhirnya, aku seret kerusi aku keluar dari partition aku macam kura-kura baru nak keluarkan kepala. "Aiman..." Aiman menoleh ke arahku, semua orang pandang aku. "Berapa kali dalam seminggu Aiman masuk library?" Aiman Jawab... "hampir setiap hari" "Aiman buat apa dalam library?" Aku sambung soalan aku. Dengan jujur Aiman menjawab "Baca buku, buat assignment, kadang-kadang surfing internet". "Ok, bagus... " "Macam ni la Aiman, balik nanti Aiman kira, seminggu 7 hari, sebulan bersamaan 4 minggu/30 hari, satu semester bersamaan 4 bulan. Semuanya 120 hari. Kalau Aiman kira, sehari lebih kurang RM1 je Aiman bayar perkhidmatan library. Cuba Aiman bayangkan, Aiman tak bayar duit library, tapi beli buku sendiri untuk buat rujukan assignment, agak-agak dalam satu semester berapa Aiman perlu bayar. Ataupun Aiman ke Cyber cafe untuk cari maklumat, rasanyalah, berapa ringgit sehari?" Aiman senyap. Aku pun sambung lagi, "Aiman fikir, ini adalah bayaran untuk Aiman dapatkan diploma. Dengan diploma tu nanti Aiman akan dapat kerja dan dapat gaji. Seumur hidup Aiman akan dapat bayaran balik atas apa yang Aiman dah bayar." Muka Aiman sedikit berubah. Aku berdebar-debar juga tunggu jawapan Aiman.
"Hmm... jawapan Miss Zakiah saya boleh terima. Tapi tolak sabtu dan ahad?". "Aiyyaa.. ini budak Aiman memang banyak degil la. Tapi lepas tu Aiman diam sikit dan muka agak berpuas hati. Aku pun... "Aiman, balikla... dah nak masuk maghrib ni, kami pun nak balik..." Aiman angkat beg, salam officer-officer lelaki. Adala dia cakap sikit-skit pasal politik Malaysia. Lepas tu keluar dari acad. Semua orang melepaskan nafas lega.
Aiman..Aiman... sekarang tak ada lagi "Aiman tak kisah...." dan tukar jadi "Aiman kisah, Aiman akan tegakkan hak semua orang".
Hehehe...fikir dua kali, bagus budak Aiman ni, berani, jujur, kritikal. Aku percaya Aiman dengan bimbingan akan jadi seorang yang berjaya satu hari nanti. Aiman bukan macam budak-budak melayu lain yang malas berfikir, selfish dan mementingkan keseronokan semata-mata. Cuma kena ajar dia cara berkomunikasi dengan baik supaya tak disalaherti. Tapi memang penat nak layan seorang Aiman. Sebab aku pun suka layan budak-budak yang happening dan menyeronokkan jer. Teruknya aku......