Monday, June 04, 2007

Road to success???

Hari pertama semester dibuka:
3 orang hadir daripada 3 orang yang mendaftar - zkea: kehadiran 100% (excellent!)

Hari kedua:
6 orang hadir dari 11 orang mendaftar - zkea: minggu pertama, tak apalah... (mungkin student banyak urusan di academic division)

Masuk minggu kedua:
8 orang hadir daripada 20 orang yang tersenarai namanya - zkea: masih boleh bersabar...
(keadaan ini berlarutan hingga masuk miggu keempat)

Masuk minggu keempat:
Tiba-tiba dua orang student yang tak dikenali muncul dan mengaku mereka pelajar dalam kelasku - zkea: Amboi, ingat ni kolej bapa kamukah? boleh datang sesuka hati?

Minggu pertama selepas Mid-term:
Ada seorang lagi yang tak dikenali masuk ke kelas tanpa rasa bersalah, minta jasa baik diterima masuk ke kelas walaupun dah layak terima 'barring letter' - zkea: Suka hati kamulah, kamu bayar yuran untuk tidak masuk ke kelas..saya tak mampu menghalang.

Senario di atas hanya menggambarkan 60% suasana di kelas aku semester ni. Yang lain-lain pula, aduhh.. bikin sakit hati dan sakit kepala. Antaranya:
  1. Masuk selepas 30 minit kelas bermula
  2. Diberi masa sejam buat assignment, selepas sejam 1 ayat pun tak habis tulis lagi
  3. Tidur dalam kelas
  4. Tiru assignment kawan
  5. Melawan cakap lecturer
  6. Masuk kelas berlenggang, sekeping kertas pun tak ada
  7. Tak pernah datang kelas selepas mid-term
  8. Tak pernah datang kelas langsung

Kenapa ya?? semuanya dalam semester ini. Menduga emosi sungguh!

Yang peningnya aku juga.. silibus berterabur sebab bila ada newcomers, aku kena repeat balik apa yang dah diajar sebelumnya. Kalau tidak.. lagi haru dibuatnya. Masuk kelas termenung atau kacau orang jer. Rasa macam mengajar kelas pemulihan pula. Macam mana yer? nak buat anak bangsa ni berjaya kalau tak pernah serius menimba ilmu.

No comments: