Sunday, June 17, 2007

Road to success??? - siri 2

Pengalaman berbaur-baur handle kelas semester ni betul-betul menguji kesabaran dan keupayaanku sebgaai seorang lecturer cum kaunselor. Aku terpaksa akui, sepanjang 3 tahun setengah aku jadi lecturer, inilah satu-satunya kelas yang buat aku marah hampir setiap hari. Hinggakan pada satu hari aku menyatakan begini: "mulai hari ini, saya tak akan marah-marah lagi atau menegur apa-apa saja kesalahan atau perbuatan kamu semua, saya dah letih dan penat, terpulanglah pada diri kamu sendiri untuk buat apa saja yang kamu suka, yang saya tahu, saya menjalankan tugas saya untuk mengajar dan menghabikan silibus yang ditetapkan" Bunyi macam putus asa. Sebaik sahaja habis ayat tu... pintu kelas diketuk. "Sorry miss..saya lambat hari ni" Bibirku mula bergerak untuk menuturkan sesuatu sebelum terhenti kerana aku teringat janjiku sebentar tadi.. Seisi kelas tertawa melihat aku menahan diri untuk marah manakala pelajar yang lewat hadir memandang kearahku seperti bersedia untuk mendengar leteranku. "Awak bernasib baik... kalau tidak saya suruh awak menyanyi di depan" Dia terpinga-pinga dengan gelak ketawa rakan-rakan sekelas.

Namun tak diduga, menjelang akhir semester dan minggu "presentation" kelas yang aku anggap kelas pemulihan ini berjaya membuat hatiku berbunga dan tersengih-sengih sepanjang minggu. "Group presentation" kelas yang ini lebih "happening" dari kelas-kelas lain. Pemilihan tajuk yang menarik, participation dan kreativiti yang bagus. Walaupun rata-rata kelas ini pelajarnya bukan di kalangan CGPA yang tinggi, tapi aku sangat gembira apabila mereka berusaha bertutur dalam bahasa Inggeris dengan selamba walaupun ditertawakan oleh rakan-rakan sekelas kerana kesilapan sebutan. Contohnya, "EARTHQUAKES" dibunyikan ERTH-QU-A-KES bukan ERTH-QUAKES. Bila bertanya soalan "where is the venue of your company?" bukan "where is the location.." dan banyak lagi...

Moral of the story, setiap orang ada kekuatan dan kelemahan, terima mereka seadanya. Mungkin mereka tidak pandai akademik, tapi mereka kreatif. Mungkin mereka susah bangun pagi, tapi mereka lucu dan menceriakan. Untuk kelas-kelas yang saya tertidur masa u all present your project tu.. mohon maaf, terimalah saya seadanya. I might be a good speaker but I'm not a good listener.

4 comments:

Norziati Mohd Rosman said...

"I might be a good speaker but I'm not a good listener"

hehe..aku boleh bayangkan macamana kau membebel... macam dulu-dulu, bila kau bercakap aku akan diam sebab 'I might be a good listener but I'm not a good speaker'

Tapi yang bestnya perbualan dengan staff aku ni:
+ Amik diploma kat mana dulu?
- IIC
+ Wah! Kalau gitu mesti kenal dengan (...nama kau lah ni)
- Mesti kenal. Lecturer paling glamour kat sana. Ramai student suka dia

Sampai kat sini, aku tak boleh nak cakap apa dah. Mesti kau pun dah terguling-guling kat bawah kerusi. Budak ni baru sebulan berenti dari co aku. Skang keje di Bukit Aman. Jadi admin, bukan polis...

Hehehe...suke??

z'kea m.s said...

Suke arr... sapa la budak bertuah tu. Mesti dia ingat aku yang emosi tak stabil ni kan? Kejap aku garang..kejap aku kelakar.. jap lagi aku moody. hehe...

Norziati Mohd Rosman said...

hehe....Nurul Huda. Rasanya dia amik IT. Tapi bila dia kata kau lecturer yang best, aku pun tumpang bangga..

z'kea m.s said...

Terima kasih.. mencanak-canak motivasi. hehehe..