Satu hari tiba-tiba mak Tanya.. “Yah, rasis
tu apa?” Saya terdiam seketika mencari-cari kata yang paling sesuai. Terkejut
dengan soalan itu sebenarnya. Dalam hati “takkan mak tak tau rasis apa?”
Tiba-tiba mak menyambung “Suratkhabar sekarang bahasanya tinggi-tinggi, banyak
yang mak tak berapa faham”. Saya senyum.
Bila saya fikir-fikir semula, ya mak
mungkin tak faham apa itu rasis dari sudut bahasa. Tapi dari sudut perbuatan
pun dia tak terfikir apa rasis dan bagaimana rasis itu. Sebabnya puluhan tahun kami
berjiran dengan yang berbangsa cina, bukan satu tetapi tiga. Seorang rumahnya
di sebelah kiri rumah kami, dan dua keluarga lagi berdepan dengan rumah kami.
Biar saya ceritakan jiran di sebelah kiri
dulu. Namanya Ate (atau Ah Te mungkin) dan isterinya kami panggil nyonya.
Mempunyai dua orang anak, yang besar namanya Ah Bun dan adiknya perempuan
bernama Ah Ling (kalau tak silap saya). Ate berniaga barang runcit, tempat mak
dan jiran-jiran membeli keperluan dapur. Rumah kami dipisahkan oleh beberapa baris
pokok getah, kalau kami buka jendela kami akan nampak pintu dapur rumah Ate
yang berpagar kayu separuh. Di situ terikat anjing besarnya yang akan menyalak
sekuat hati bila nampak manusia lalu di baris-baris pokok getah bersebelahan
rumahnya. Bil saya besar sedikit barulah saya tahu yang Ate membina rumah di
atas tanah milik Pakcik Saimi jiran kami. Lama sungguh dia menumpang di atas
tanah tersebut sehinggalah pakcik Saimi jualkan tanah tersebut kepada Arwah
Haji Bakar dan dia sendiri berpindah ke tempat lain.
Berkenaan Ate yang berniaga runcit, saya
selalu disuruh oleh arwah embah(datuk) ke kedainya. Rasa saya ketika itu saya
baru berumur dalam 4 atau 5 tahun. Bersungguh-sungguh arwah ajarkan saya
menyebut Benson and Hedges (betulke ejaan ni) supaya saya boleh belikan rokok
di kedai Ate bila-bila dia mau. Sayapun menyusup di celah-celah pokok getah
ikut jalan tepi parit untuk sampai ke kedai Ate, beli rokok. Kadang-kadang
nyonya beri saya sebiji gula-gula udang atau sepuluh sen sebagai upah
kecerdikan saya beli barang walaupun saya masih kecil. Masa itulah saya dan Ah
Ling senyum-senyum dan bertegur-tegur. Kami tidaklah berkawan rapat sebab Ah Ling
bersekolah cina kemudiannya manakala saya pula ke sekolah Keb Sri Kembar.
Anjing Ate memang suka bising, mula-mula
kami takut. Kalau nak ke rumah Wak Turinah atau Cik Radzi kami akan menyusup
perlahan-lahan ikut denai yang sedia ada, jangan sampai terpijak ranting atau
apa-apa yang boleh buat anjingnya melolong-lolong sebelum dengar nyonya pula
melolong marahkan anjingnya suruh diam. Tapi lama-lama kami yang buat provokasi
biar anjingnya melolong sampai penat. Kami baling dengan biji getah atau
ranting kayu kemudian kami lari lintang-pukang. Walau bagaimanapun tak pernah
kami dengar nyonya marahkan kami atau mengadu dengan mak bapa kami yang anaknya
jahat. Kalau tak silap saya ada seorang lagi nyonya di rumah itu yang suka
duduk di kerusi malas dekat dengan pintu dapur. Mungkin itu emak kepada nyonya
isteri Ate.
Dijadikan cerita, ketika saya darjah 4 atau
5 saya dapat tahu pakcik Saimi jualkan tanahnya jadi Ate kena pindah ke tempat
lain. Saya kurang periksa kemana mereka tapi ikut emak tak jauh, dekat-dekat
juga. Arwah Haji Bakar beli tanah dari Pakcik Saimi dan beli rumah dari Ate.
Kami sekeluarga bergotong-royong menyertu rumah Ate supaya keluarga Haji Bakar
boleh tinggal di situ tanpa was-was. Saya ingat Ate terus pindah dan kami tak
akan jumpanya lagi. Tak lama lepas Ate pindah bapa diserang gout dan tak boleh
teruskan kerjanya sebagai pemandu teksi. Ketika itu saya darjah 5. Bapa buka
kedai runcit di depan rumah kami, juga kedai buah di atas jambatan. Tapi
kedua-dua kedai akhirnya tutup kerana tak mampu mengurusnya gara-gara bapa
selalu jatuh sakit.
Berbalik kepada kisah Ate. Selepas UPSR
yang keputusannya entah hapa-hapa sampai saya dimarahi bapa tak habis-habis
berminggu-minggu lamanya, saya masuk asrama. Tiba-tiba satu hari bila balik
dari asrama saya lihat bapa letak sesuatu yang bergegar di kakinya hingga
kakinya mengeluarkan cairan macam peluh. Mak pun bercerita “kau tau Yah, Ate
dengan nyonya datang, bawa mesin ni. Kau tau mesin apa? Mesin ni perah asid
gout”. Saya macam tak percaya. Satu..saya tak percaya Ate ngan nyonya boleh
datang semata-mata nak beri ubat pada bapa (mesin tulah) sebab saya ingat
mereka pergi tak kembali dah. Dua..saya tak percaya juga mesin tu perah asid
gout, mungkin yang keluar tu adalah peluh bapa. Percaya atau tak...sakit bapa
berkurangan. Saya lihat lama juga mesin tu di rumah sampailah saya balik dari
asrama semula dan tengok mesin tu dah tak ada. Saya pun tak peduli, masa tu
peduli saya hanya pada pelajaran dan angan-angan zaman remaja macam remaja lain
juga.
Jadi point saya ialah..baik mak, bapa atau
Ate dan keluarganya, tak ada siapapun yang tahu apa itu rasis dan bagaimana
rasis itu diaplikasikan dalam kehidupan manusia. Saya pernah sebut ini kepada
suami saya masa mula-mula kahwin dulu (kalau dia masih ingatlah) sebab seumur
hidup kami menetap di perkampungan melayu, kami dikelilingi jiran-jiran cina. Bila hari raya
mak hantar makanan ke rumah Ate, sebagai balasannya Ate dan keluarga juga
hantar makanan kepada kami pada tahun baru cina walaupun akhirnya kami hantar
kepada keluarga cina depan rumah kami sebab curiga kami pada halal haramnya. Kalau
dia bagi limau atau oren bodoh (long chan) memang kami melantak sampai tak
ingat. Pasal anjingnya yang suka buat bising pun kami tak kisah kerana lolongan
anjing Ate adalah petanda samada orang asing merapati kejiranan kami, atau kami
didatangi tetamu tak diundang seperti babi hutan atau ada orang datang bertandang
ke rumah kami ikut short cut (jalan belakang rumah). Sekurang-kurangnya kami
terselamat dari anasir-anasir yang tak diingini.
Di kampung saya, masyarakat cina hidup
meneruskan aktiviti masing-masing. Ada yang kaya ada yang miskin. Yang kaya pun
tidaklah sampai boleh bina banglo jutaan ringgit. Yang miskin masih ada yang
kayuh basikal jual sayur dari tumah ke rumah. Kadang-kadang kami beli juga
sebab kasihan. Ada yang dah punya tanah sendiri ada juga masih menumpang tanah
orang. Tapi semua hidup bersama tanpa buruk sangka dan dengki khianat. Mereka
menjual kita membeli. Kalau kedai mereka tutup kita pun susah nak makan apa.
Mereka jual barang runcit mak saya jual kuih. Bila mereka hantar tepung ke
rumah, mak bagi beberapa biji kuih percuma. Tak ada prejudis. Siapa mereka
pangkah dalam pilihanraya itu hak mereka. Kita pun tak pernah Tanya. Kat dahi
mereka taka da cop dacing atau roket. Kalau dacing 1 Malaysia kalau roket kau
komunis. Tidak dan tidak ada.
BERSAMBUNG.
2 comments:
pros and cons of internet dating http://loveepicentre.com/faq/ vancouver dating cupid
russian skype dating [url=http://loveepicentre.com]south america dating[/url] animal lovers dating
guide on internet dating [url=http://loveepicentre.com/]steve harvey dating show[/url] free college dating services [url=http://loveepicentre.com/user/schoolboy/]schoolboy[/url] dream in the dating sites
good post..
Post a Comment