Sekian lama tidak menulis di laman ini. Sedar atau tidak kemahiran menulis saya semakin lama semakin merosot gara-gara lebih suka mengemaskini status di facebook. Tulisan jadi lebih ringkas dan padat. Lebih interaktif dan terkini. Akan tetapi, sedar atau tidak saya kehilangan kemahiran yang saya miliki sejak kecil lagi yang sebenarnya merugikan.
Sejujurnya sekarang ini lebih ramai sukakan yang ringkas-ringkas, yang mudah-mudah. Tak perlu menulis panjang, tak perlu menelaah. Kalau menyudahkan tugasan, salin dan tampal sahaja dari mana-mana sumber. Tiada lagi nota-nota panjang, semuanya ringkasan dan nota power point. Buku teks juga sudah tiada gunanya. Beberapa kali juga saya menyiapkan kertas kerja (proposal) untuk beberapa projek, dan semuanya disiapkan dalam bentuk power point juga. Bukan timbunan kertas bersama analisis lengkap dan data-data sokongan.
Tidak hairanlah, kalau dulu pelajar-pelajar akan minta tambahan kertas ataupun answer booklet dari pengawas peperiksaan, dua atau tiga jam tidak mencukupi untuk menulis jawapan. Sekarang saya rasa hairan pelajar saya boleh menghantar jawapan seawal 30 minit pertama peperiksaan bermula. Semuanya gara-gara jawapan yang ringkas-ringkas walaupun markah untuk soalan tersebut adalah 30 markah. Logikkah anda menjangkakan 30 markah untuk jawapan setengah mukasurat?
Ini mungkin juga disebabkan oleh fenomena semasa. Semua mahu pantas.
lihat sahaja bahasa sms. Perkataan yg ringkas pun diringkaskan lagi! cth: Bila jadi "bl". Itu jadi '2'. harap2 saya tak akan jumpa answer script dengan tulisan bahasa SMS!. Tengok! saya juga terikut gaya ringkas SMS dalam blog.
No comments:
Post a Comment