Exam week is almost over. I have finished marking one of my papers. Tak banyak pun. 3 students only. Not a big deal. Just nak key-in dalam system and submit the result to ERU. Another paper will be this coming saturday. 117 scripts.... that will be the last paper of the semester. Everybody mengeluh... kanapa la paper yang ramai student ni diletakkan last-last dalam schedule. Instead of 10 days marking, kami dapat 9 days sahaja. The ninth day tu is the last day to submit complete result to ERU. Lepas tu Board of Examiners meeting pulak.... and a few days after that new trimester resumes.
Actually macam-macam dalam kepala... nak pindah rumah this weekend... nak marking paper pulak. Tapi hati yang keras ni berkeras juga nak stay di rumah baru by June. I can't stay longer at Taman Bunga Raya. I need a proper house, for me, my baby and definitely my husband. Nak mengemas... adakalanya kederat tak mampu, so.. buatla mana yang boleh...kadang-kadang rasa meradang sendiri. Sebab kenapa sekarang tak boleh? dulu aku boleh saja pindah sorang diri dari KL-Melaka, angkut semua barang termasuk TV dan kabinet... sekarang ni... rasanya boleh tapi tak sanggup nak tanggung risiko. Apatah lagi sentiasa di 'warning' oleh ramai orang yang sangat-sangat memahami keterjalan aku dari dulu lagi termasuklah suamiku.
Semalam lepas key-in KPI dalam system pergila menjengah rumah baru tu.... ingat nak transfer barang-barang dalam kereta. Angkatla yang ringan-ringan, takdela banyak sangat nak angkut jumaat dan sabtu ni. Memang ujian sungguh, dalam panas-panas terik, tak boleh pula nak buka mangga pagar tu. Call tuan rumah, dia kata sepatutnya no problem... lepas beberapa kali mencuba tak berjaya, aku pun give-up. Ingat nak singgah rumah kak Ayu kat lorong belakang, tengok-tengok macam dia tak balik lagi... so, alang-alang dah bawa kereta aku terus menuju ke Mydin ayer keroh. Survey-survey barang dapur. Ni pun satu masalah lagi... masa pindah Melaka dulu, satu benda tak ada sebab tuan rumah dah sediakan semua. Sekarang ni... tilam pun aku tak ada. Terpaksalah angkut set katil kahwin dari Johor. Itu baru cerita tilam bantal.... dapur pulak? memang kosong la sekarang ni... Aku pulak tak suka makan luar. So, dapur amat-amat penting... kalau nak beli dapur, kena beli tong gas pula, lepas tu kena beli rak pulak, kabinet lagi, pinggan mangkuk lagi. Rasa menyesal juga tak angkut pinggan mangkuk dari KL ari tu...
So, ingat esok pagi aku nak cari kedai perabot.. beli apa yang patut (kalau larat la...). Kat mana nak cari kedai perabot pun aku tak pasti lagi. Lepas tu nak panggil orang buka Astro dan pasang kat rumah baru, petang inshaallah lori dari johor sampai. Adik-adik pun ada, mak ayah pun datang sekali... Mak kata, nak pindah rumah ni..kenala baca doa-doa, baca yaasin, jangan main masuk jer... awak tu dah la mengandung... ha'a kan, eager sangat nak pindah rumah, lupa pasal benda-benda macam tu. Siap pesan kat mak...mak bawa bekal yer, dengan pinggan-mangkuk sekali. Sbb rumah tak ada dapur lagi. Nak beli dapur, tak ada orang tolong angkat. Sian betul dengan mak... rasa bersalah pulak.. sampai dah tua-tua macam ni pun masih nak bergantung dengan mak lagi....
Apa-apahal pun... esok adalah harinya aku pindah rumah dan semuanya mesti selesai by Saturday morning before e-commerce final exam. Lepas tu.. mak ayah balik kampung semula, aku akan bergulung dengan kertas-kertas tu. I promise to finish marking within 3-4 days sbb lepas tu nak prepare for next trimester subjects pulak. Lepas BOE on 10th June aku akan bergegas ke KLIA and fly ke KB untuk attend my brother's wedding. Balik KL on 12th and straighaway ke Penang to attend my husband's cousin wedding pulak on 13th. On 15th new trimester begins and genapla setahun aku merantau mencari rezeki di bumi Melaka ni... ceh, macam jauh jer Melaka tu. On 16th bolehla buat anniversary dengan Kak Ayu sempena hari kami sama-sama report duty......
Dah setahun di MMU... di Melaka... apa ya achievement yang aku dah capai? Bila key-in KPI semalam... aku terfikir, mampu ke aku buat semua ni? Nak register PHD pun masih lagi 50-50. Tak yakin aku boleh buat. Dan aku sebenarnya sangat kecewa dengan diri aku yang tak bersemangat macam dulu.... dulu aku main redah jer. Semua benda aku yakin boleh buat. Atau ni memang penyakit biasa orang dah kahwin ker? Rasa macam banyak sangat limitations and restrictions.
Entahla... kena muhasabah diri... kena perbaiki diri.... banyak yang aku perlu buat dalam masa 6 bulan terakhir tahun 2009 ni....