Wednesday, May 14, 2008

Jalan yang bengkang-bengkok

Kadangkala ketika kita melalui jalan yang lurus
Kita memutuskan untuk melalui jalan yang bengkang-bengkok.
Yang lebih jauh...
Yang lebih berisiko...
Yang lebih menakutkan...
Lebih-lebih lagi kalau kita terpaksa melaluinya sendirian.





Tapi lebih baik kita memutuskan untuk melalui jalan yang bengkang-bengkok itu
daripada kita tidak tahu hendak kemana
ketika kita di persimpangan.
Sekurang-kurangnya
Kita bergerak juga kehadapan
walaupun kita tahu kita akan sampai lewat.

Wednesday, May 07, 2008

Its seriously tiring...

34 days before my last day in this college or in KL..
There are so many things in mind
So many things to be done
So many people to be met
So many people to be informed
So many questions
So many speculations
Because for them its surprising zakea is leaving.

34 days before my last day in college or in KL..
Want to satisfy everybody
fulfill all invitations for dinner and farewells
attending all programs and activities
for the last time maybe.

The last debate tournament coaching for IIUM
The last debate club program that I can attend
The last public speaking competition that I coach for IIC
The last counseling program that I can contribute
The first and last meeting with CONVO committee
and it must be done in 34 days before I leave...
minus 7 days that I will spend for debate tournament in UUM
minus 8 days saturday and sunday
and I have only 19 days left
to spend my time with my friends, my family, my students, my loved one
and the rest that I know here.

(I'm just going to Malacca rite? why feel like leaving the country? huhu...)

Saturday, May 03, 2008

Menghadapi hari-hari terakhir...

Terlalu banyak yang berselirat di kotak fikiran bila telah termaktub keputusan meninggalkan IIC untuk berkhidmat di MMU Melaka. Aku sememangnya tidak bersedia untuk melakukan ini memandangkan prestasi semasa temuduga yang tidak memuaskan hati. Bagiku, keputusan temuduga ini memang memeranjatkan namun rezeki tuhan yang maha esa tak seharusnya aku tolak. Ada banyak sebab kenapa aku perlu memilih jalan ini:
  1. Aku telah jatuh cinta dengan kerjaya ini semenjak aku memulakannya.
  2. Aku harus meneruskan langkah mendaki tangga demi tangga untuk menjadi ahli akademik di kedudukan tertinggi dunia akademik sebelum tiba masanya aku terikat dengan lebih banyak komitmen.
  3. Tawaran gaji lumayan berbanding dengan beban kerja. (walaupun dengan syarat-syarat yang ketat).
  4. MMU terletak lebih dekat dengan tanah kelahiranku berbanding Kuala Lumpur. dan..
  5. Sebab-sebab peribadi yang tidak boleh lagi aku kongsi di sini.

Sepuluh tahun lamanya aku merantau menimba ilmu dan mencari rezeki di Kuala Lumpur, nadi pembangunan negara. Berbagai ranjau dan duri, susah dan senang, suka dan duka telah aku lalui. 1998-2002 (UIAM Gombak) - institusi di mana aku diasuh mengenal diri dan mencari hala-tuju masa depan demi merubah nasib keluarga.

2002-2003 (Infomaya) - sepahit manapun yang terjadi di Infomaya, aku tetap perlu mengakui di sini aku belajar banyak perkara. Mematangkan diri, mengurus, mentadbir dan menimba ilmu di awal kerjaya. Bagaimana di syarikat ini aku diasuh berdikari menguruskan hampir kesemua urusan syarikat. Satu latihan peningkatan diri yang tidak akan dapat ditimba di mana-mana institusi pun.

2003-2008 (IIC) - Ramai yang bertanggungjawab membawa aku ke IIC, En. Afif, En. Mohd. Khir, Cik Din, Mr. Shamsul Kahar dan juga En. Zul (GECD). Aku masuk dan terkenal kerana aku 'wahyu'. Tanpa temuduga formal, aku dengan mudahnya diterima masuk serta-merta yang tentunya menimbulkan curiga dan ketidakpuasan hati sesetengah staf. Bila aku tahu aku digelar 'wahyu', aku berazam akan membuktikan bahawa diriku adalah yang terbaik dan sentiasa memberikan yang terbaik. Maka aku melakukan apa saja sebaiknya. Bukannya mudah untuk bekerja di sini. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa aku lalui. Bukan sekali-dua hati terluka, bukan sekali dua semangat jadi pudar, bukan sekali dua motivasi diri berkecai. Namun apa yang paling aku hargai adalah teman-teman yang sentiasa menyuntik semangat dan kekuatan, kukuhnya semangat kebersamaan dan kekeluargaan. Dan kerana itu aku sanggup kekal bertahun lamanya. Secara jujurnya, bukan sedikit yang aku timba dan bukan sedikit yang aku lakukan di IIC. Kecuali kerja-kerja di Admin division, hampir semua kerja di ACAD dan STADD aku pernah buat. Dari kerja-kerja 'ground work' hinggalah kerja-kerja bos telah aku lakukan. Banyak juga yang aku mulakan antaranya Pesta CONVEST pertama, CONVO pertama di CAC (2nd CONVO IIC), Debate club IIC, RTS di kaunseling dengan kaunselor-kaunselor, Mc.Lead pertama IIC, Modul OpenOffice untuk CAL dan sebagainya. Ada satu lagi yang menjadi impianku - Malam Gemilang IIC untuk Alumni IIC (aku rasa tak mampu untuk melakukannya sebelum aku berhenti). Susah untuk aku nyatakan, bahawa aku sangat sayang akan semua yang aku sebutkan tadi. Aku tinggalkan dengan harapan, ia harus diteruskan oleh mereka yang diamanahkan untuk menggantikan tempatku nanti.

Perlu juga aku sebutkan, aku pernah menjadi tutor di OUM beberapa tahun - kenangan yang tak dapat aku lupakan mengajar kelas orang-orang yang jauh lebih berusia. Juga menjadi pensyarah sambilan di MMC - tak boleh aku lupa anak-anak murid yang nakal dan lucu.

Dan yang paling aku sayang untuk tinggalkan - Kelab Debat Bahasa Melayu IIUM. Kelab dan keluarga yang banyak mendidik aku menghargai ilmu dan menjadi pemikir yang rasional. Kelab dan keluarga yang penuh dengan kenangan suka-duka. Tempat banyak aku hamburkan tangisan juga gelak-ketawa. Tinggallah semua...aku tinggalkan demi peluang yang datang dan cita-cita yang ingin digapai.

Ya tuhan... semoga hari-hari terakhir aku bersama mereka yang aku sayangi ini akan menjadi saat-saat yang paling indah untuk aku kenang....