Balik dari Jakarta, bertungkus-lumus siapkan assignment, courier the assignment, uruskan laundry, unpack pakaian dari Jakarta, Pack pula pakaian ke Mc-Lead di Ulu Yam. Mujurlah Ulu Yam tak jauh dari rumah. Tapi cukuplah buat aku sangat lelah..bayangkan tiba dari KLIA Isnin malam jam 3am, sambung assignment sampai 4am. Tidur sampai Subuh, bangun dan sambung assignment. Tidur lagi jam 9am bangun kul 12tgh hari. Buat assignment lagi. Kepala sakit yang amat, tapi gagahkan juga diri menghadap laptop. Lepas zuhur masuk office, buat final checking persiapan ke Mc-Lead. As expected, ada a few things yang I have to take care of. Balik rumah, rest sekejap, tertidur dalam 20 minit sebelum maghrib. Bangun solat, kemudian bercinta semula dengan laptop, aim to complete both assignments before subuh memandangkan at 8.30am briefing Mc-Lead akan start. Walau bagaimanapun, hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Jam 9.45am baru kedua-duanya siap dan printed, softcopies kena burn dalam CD pula. Macam lipas kudung, berkejar pula ke office, mujur masih sempat untuk dengar briefing module-module Mc-lead. Sebelum bertolak, berkejar ke printing untuk bind assignments kemudian ke Petronas untuk courier ke JB. Aduh... leganya bila satu tugas berjaya disiapkan walaupun aku belum tidur walau sepicing pun sejak malam tadi.
Drive seorang ke Ulu Yam kerana yang lain mengejar Opening Ceremony bersama CEO, sempat la mencari bekalan sepanjang program. Yang penting 100 plus kena ada. Kalau tidak aku mesti tumbang. Sepanjang mc-Lead, aku memainkan watak tegas dan garang atau watak Antagonis memandangkan kaunselor-kaunselor lain lemah-lembut belaka. Susah juga nak jadi tegas dan garang especially dengan mereka-mereka yang aku dah biasa bergurau senda. Oleh kerana program ini khas untuk melatih student leader membina watak pemimpin berwibawa, aku terpaksa. Tak juga disangka-sangka, selepas tak tidur semalaman dan keletihan perjalanan ke Jakarta, aku masih bertenaga mengendalikan sesi-sesi dan module-module hingga lewat tengah malam.
Malam kedua lebih parah, aku mengendalikan sesi heart to heart dari jam 12 malam hinggalah 4.30 pagi. Lepas tu sambung pula siapkan video klip program hingga jam 5.30 pagi. Sorry to say, lepas tu aku terbabas tidur hingga jam 9 pagi. Tapi tak apa sebab kaunselor lain dah cover tugas-tugas lain.
Walaupun keletihan, aku puas. Sangat-sangat puas. Aku dah luah dan berikan apa yang aku ada untuk IIC student leaders. Segala pengalaman dan pengajaran yang aku kutip sepanjang aku menjadi student leader ataupun menjadi ketua semasa aku bekerja aku curahkan sepenuhnya. Dengan harapan, mereka akan berfungsi menjadi pemimpin pelajar yang berwibawa dan seterusnya pemimpin masyarakat yang dihormati dan disegani.
Selesai Mc-lead, masuk semula office, cabaran menanti. Masuk department baru, bos baru, tugas-tugas baru.. entahlah.. mampu atau tidak masih terlalu awal untuk aku putuskan. Aku terima kenaikan pangkat dengan rela hati setelah mengambil kira dan mempertimbangkan beberapa faktor. Kalau dalam Mc-lead aku mencurahkan ilmu yang aku tahu, masuk pejabat nanti aku perlu mempraktikkan pula apa yang aku katakan. Tapi ini secebis kata yang sempat aku nukilkan di Ulu Yam untuk semua peserta:
Pemimpin itu pohon yang rendang,
Tunjangnya amanah
Dahannya kasih
Pucuknya mencari cahaya
Daunnya memberi makna
Bunganya penyeri
Rendangnya melindungi.
Sekian untuk entri kali ini. Dua entri sekaligus.... dari orang yang hidupnya sentiasa terkejar-kejar kesana-kemari.
1 comment:
Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Se você quiser linkar meu blog no seu eu ficaria agradecido, até mais e sucesso.(If you speak English can see the version in English of the Camiseta Personalizada.If he will be possible add my blog in your blogroll I thankful, bye friend).
Post a Comment