Kehidupan itu seluas lautan. Menghadapi kehidupan, rintangan dan cabaran.Mengakhiri kehidupan, terserah pada ketentuan.Ada kisah, Ada kenangan, Ada catatan. -----"Life is like surfing. Sometimes we all get tied up on looking and waiting for that perfect wave to come along. While doing this, we forget that surfing is not about finding that awesome wave, it's about enjoying the moment, loving what you're doing, going with the flow and making the best of what's been given to you."
Monday, April 24, 2006
Pantun Mabuk Bercinta..
Agak lama rasanya pantun-pantun tidak menghiasi blog ini. Ini kumpulan pantun terbaru, ideanya datang semasa mengendalikan bengkel pantun di matrik UIA beberapa bulan lalu.
Pantun mabuk cinta...
Sini Biduk Sana pun biduk
Biduk lalu di selat Melaka
Tuan Mabuk Saya pun Mabuk
Sama-sama mabuk bercinta
Biduk lalu di Selat Melaka
Dari China membawa candu
Sama-sama mabuk bercinta
Siang malam asyik merindu
Dari China membawa candu
Untuk dihantar ke pulau jawa
Siang malam asyik merindu
Dalam mimpi terbawa-bawa
Untuk dihantar ke pulau jawa
Penuh sebakul si buah kundang
Dalam mimpi terbawa-bawa
Dalam jaga terkenang-kenang
Penuh sebakul si buah kundang
Letak di tanah buah kelapa
Dalam jaga terkenang-kenang
Bila lagi boleh berjumpa
Letak di tanah buah kelapa
Hendakkan santan ambillah satu
Bila lagi boleh berjumpa
Bagai terhenti saat dan waktu
Hendakkan santan ambillah Satu
Makan dengan hirisan kuini
Bagai terhenti saat dan waktu
Sampai sakit hatiku ini.
Pantun ni hobi jer.. mesti teruk kena 'fire' jap lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ni kene puasa ke ..tahap wajib dah ni ?????
ayooooooooo!!!
akak.......
NAK JIMAT PETROL NAIKLAH RAKIT,
NAIK RAKIT SAMPAI KE PULAU JAWA,
SUDAH TERBAU-BAU AROMA SI NASI MINYAK,
HEHHE! NANTI JGN LUPALAH PELAWA SAMA YE...
pantun versi tembak... klu salah jgnlah hukum hamba ek...
Salam kunjung kak kiah... huhuhuhu... berpantun yer.. wah, lama tak berpantun... nanti mai la MCIIUM lagi yer... kita main pantun... hahaha
Post a Comment