Tuesday, December 09, 2008

Utusan Raja Sehari...

Dengan segala hormatnya.... rakan-rakan dan kenalan yang belum lagi menerima kad undangan saya... saya dan keluarga mempersilakan untuk memeriahkan majlis walimah saya seperti berikut:

Terima kasih...

Tuesday, December 02, 2008

Apabila berakhirnya satu kisah kehidupan

Sha - driving ke Bagan Lalang last Chinese New Year


Malam 1 disember - rasa resah dan ingatan yang sangat kuat pada seorang teman. Saya terjaga setiap jam walaupun saya memerlukan tidur yang lena untuk memandu sejauh 160km keesokan harinya dari KL ke Melaka. Jam 6 pagi saya gagahkan diri walaupun masih terlalu letih mengingatkan sebelum jam 10 saya mesti selamat tiba di pejabat. Lagipun saya belum begitu bersedia untuk ke kelas.. database yang saya akan ajar perlu saya finalize sebelum tutorial bermula jam 10.

Selesai solat subuh.. saya termenung seketika. Teringatkan teman yang sedang terlantar. Saya sedekahkan Al-Fatihah mohon agar dia sembuh. Saya juga berdoa ayahanda saya juga akan sembuh dari sakitnya menjelang hari perkahwinan saya. Sebaik sahaja saya melipat telekung dan sejadah... sms masuk.
" Salam semua... sha dah takde"


Sha - zkea - Kak Erda at Bagan Lalang


Kolam mata saya pecah. Saya duduk, sedekahkan Al-Fatihah dan mencari ayat yang sesuai untuk membalas mesej tersebut. Tiada apa yang mampu saya katakan pada waktu itu. Hanya rasa kehilangan yang sangat-sangat dalam. Saya serba salah. Samada untuk menziarahi jenazah atau terus balik Melaka. Kerana tugas dan kekangan masa, memandangkan saya perlu menghabiskan silibus sebelum saya mula bercuti.. saya putuskan untuk terus ke Melaka. Saya rasa saya pentingkan diri ketika itu... tapi saya betul-betul di persimpangan. Antara tanggungjawab dan persahabatan. Maafkan saya sha...



Kita semua ada gambar macam ni kan?

Allayarhamah Shajaratuldur Shuhaimi - perkenalan kami tidak begitu lama. Dia senior 1 batch saya di kelas master. Yang juga batch pada housemate saya Ija. Basically saya dan Ija adalah jambatan yang menjadikan kedua-dua batch jadi rapat. Mengenali Sha.. seorang yang saya boleh kategorikan sebagai Powerful-Peaceful (bukan mudah nak cari seorang yang ada kombinasi personaliti begini). Powerful - born leader, strong, hardworking, objective oriented etc. Peaceful - soft, nice to talked to, tenang, lemah-lembut.. Kalau saya kekalutan dan ingin mencari seseorang yang boleh menenangkan saya, sha orangnya. Kalau saya perlukan semangat, dialah orangnya. Tapi ini pandangan saya semata-mata. Yang sebenarnya saya memang tidak betul-betul mengenali dan tahu latar belakangnya. Mungkin ada sebab mengapa dia perlu merahsiakan penyakit dan penderitaan yang ditanggung.




Ija, Sha, Zkea and Ilyas at Satay Kajang

Saya dan ija pernah juga meneka dan menduga-duga. Secara fizikal, kami memang dapat merasakan sha menghidapi satu penyakit. Matanya yang kuning dan tubuhnya yang sangat kecil adalah satu petanda. Tapi tidak seorang pun antara kami berani bertanya. Saya dan ija memang biasanya begitu. Kami tidak akan bertanya hal-hal peribadi seseorang sehinggalah mereka membuka mulut. Tapi saya juga agak kesal dengan tindakan saya yang tidak mahu bertanya. Dan seingat saya, sha akan sedaya upaya berlagak ceria dan sihat samada di depan kami semua ataupun melalui sms dan perbualan kami melalui yahoo messenger. Hingga kerisauan kami akan hilang selepas berbual dengannya.

Dan semalam.. perjalanan dan lembaran kehidupannya telahpun ditentukan oleh Rabbul-Jalil.. Saya bersyukur tuhan membawa langkah kaki saya ke Kuala Lumpur untuk menziarahinya. Walaupun percubaan kali pertama ke HUKM pada Jumaat lalu gagal kerana saya tersesat, saya sempat meluangkan masa menziarahi arwah pada hari ahad. Sehari sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir walaupun saya tidak pasti dia sedar atau tidak kehadiran saya ketika itu. Thanks ija sebab memaklumkan keadaan sha kepada saya dari semasa ke semasa. Yang menyedihkan .. arwah merancang untuk hadir kenduri perkahwinan saya dan saya masih teringat dia menyebut untuk merasa makan seafood di Tanjung Piai, Pontian. Saya juga telah merancang sekiranya arwah hadir majlis saya, saya akan paksa ija bawa arwah ke Tg. Piai. Namun hasrat ini tidak kesampaian.

Apapun, semangat arwah sangat saya kagumi. Dalam kesakitan ... arwah tetap bekerja keras.. Saya tahu betapa bersungguh-sungguhnya arwah bekerja walaupun saya rasa dia sendiri tahu masa yang ada untuknya tidak lama. Dari aspek amal ibadat... saya rasa saya dan ija banyak belajar dari arwah terutamanya ibadah pada bulan ramadhan. Arwah jarang merungut.. jarang emosi macam kami.. bahkan dialah yang selalu menenangkan kalau kami emosi. Saya juga tahu.. orang yang paling tersa dengan kehilangan ini ialah ija.. kerana ija yang paling rapat dengan arwah. Daripada koleksi gambar-gambar arwah yang ada dalam simpanan saya... saya boleh nampak betapa rapatnya ija dengan arwah. Be strong ija, as I mentioned yesterday... semangat arwah kita perlu teruskan....



Sudah tentu kami akan terus rindukannya.. tiada lagi Shagurly terpapar di Yahoo Messenger dan skrin komputer saya. Yang ada hanya lembaran kenangan dan ingatan buat seorang teman dan sahabat...