As expected... it was a very big surprised. We were asked with almost the same questions and received same comments from everybody:
1. Bila korang start bercinta ni?
2. Camner kitaorang tak tau ni?
3. Pandainya berlakonn...
4. Dah agak dah...
and many more....
Let me summarised the flow of our relationship:
1. Bila kenal? - hehe... in 2003, Mr. SK introduce Miss Campro to Mr. Campro as new lecturer. Masa tu Mr. Campro baru grad dari IIC. Miss Campro and Mr. Campro never talked to each other since then until Mr. Campro attended the 1st Mc. Lead in Ulu Yam. At that time Mr. Campro addressed Ms. Campro as his ex-lecturer. Miss Campro kata "bila masa pulak aku pernah jd. lecturer dia". Mr. Campro yarrrrr.... jer kat student leader masa tu.
2. Bila start talking to each other? - Mr. Campro was appointed as Stadd Asst. manager, Miss Campro manager of Graduate Affairs. One day Miss Campro terserempak dgn Mr. Campro. Miss Campro dengan seriusnya "Hiswadi... nanti tolong saya buat reunioun Alumni ya?" Mr. Campro kata dalam hati... " kereknya perempuan ni.. muka tak senyum pun". tapi Mr. Campro kata "tak ada masalah". Miss Campro pun pasang angan-angan nak buat alumni IIC gathering. (Tak jadi pun sampai sekarang..)
3. Bila mula close to each other? - Basically IIC program la.
- Mula-mula bulan Ramadhan... iftar debate club. Mr. campro sibuk sangat amik gambar. Ada pulak gambar Miss Campro makan tembikai. Mr. Campro jadi imam solat terawikh. Miss Campro terfikir.. hmm..."boleh tahan mamat ni.. leh jadi imam solat". General comment. No personal interest.
- The next day.. Abg. Munif ajak iftar ngan MARA officer. Miss Campro tak tau pun Mr. Campro ada sama. Tapi masa tu Mr. Campro sibuk dok ngorat awek MARA yang ada tahi lalat kat dagu sama ngan dia. Miss Campro layan makan je la....
- The following day... both Miss and mr. campro were lonely. Housemates semua dah balik kampung. Miss Campro busy dgn thesis. Mr. campro ajak buka posa sama. So, buka posa kat ADABI. Masing-masing tanya... apa ciri-ciri pasangan masing2? Mr. campro kata.. dia nak cari yang pandai... boleh cakap pasal politik, ekonomi, boleh berdiskusi isu semasa... Miss Campro cakap kat Mr. campro... "hmm.. tak kahwinla awak...mana nak cari pompuan camtu?" Jawapan Miss Campro pulak very simple... "saya nak orang yang sayang saya jer..." Mr. campro kata... "aii.. senangnya".
- Cuti raya.. masing-masing buat hal sendiri. Balik semula IIC, miss Campro sangat busy dgn final exam and thesis presentation. Tapi ada program Fadhilah Kamsah. Ruzana director rasanya, dia minta tolong Miss Campro. So, Miss Campro buat short meeting dengan committee termasuklah Mr. Campro. Miss Campro gunakan kuasa yang ada untuk delegate kerja... Mr. Campro panggil Miss Campro Lady Boss. Macam Ning Baizura pulak rasanya.
- Ada satu lagi peristiwa... Miss Campro gi presentation thesis kat johor. Balik dr Johor, tayar keta meletup kat highway. Miss Campro takde choice, call Mr. campro mintak tolong. Dia bg contact no kawan dia kat melaka. So, Ms. Campro tukar tayar betul2 dpn MMU/rumah Ms. campro skrg.
- Lepas tu ada pulak program Kelab debat. Mula-mula Liga Debat IIC ngan program hari raya dengan anak yatim di setapak. Miss Campro banyak berkomunikasi dengan Mr. Campro masa ni... Lepas program anak yatim, the next day ada intake. Miss Campro kena duty pulak. Lepas duty Miss Campro nak gi giant, cuci kereta dan shopping barang dapur... Mr. Campro offer diri nak ikut. Hehe... first time miss Campro shopping barang dapur dgn lelaki. Masa tu Miss Campro saja nak suruh Mr. Campro tolak troli. sah-sah dia tak mau... so, miss Campro pesan kat dia. "Kahwin nanti... kena tolak troli tau bila isteri shopping". Mr. Campro sengih-sengih jer. Terjumpa pulak dengan kawan Mr. Campro... Raihan. Raihan tanya... "akak ni girlfriend abg Wadi ke?" "alamak.. ni sudah salah faham". Sebelum balik... Raihan cakap kat Miss Campro "Akak couple la ngan abg. Wadi.. dia baik tau..." Miss Campro rasa macam nak gelak guling-guling. Apahal pulak la budak Raihan ni... lepas ni.. Miss Campro tak mau dah keluar ngan mana-mana lelaki gi shopping barang dapur. Bahaya ooo....
- Kat giant tu.. berlaku satu peristiwa.. tapi Miss Campro taknak cerita. Tapi disbbkan peristiwa tu Miss dan Mr. Campro selalu communicate... we were sharing the same stories. Ia membawa kepada satu rutin.... lunch dan dinner bersama... spent our weekends together. So.... dari situlah bermulanya......
Miss campro risau sebenarnya bila kami selalu keluar sama... karang sangkut kang, susah pulak. Ada pulak yang merana. Tapi kalau dah jodoh... Bila Mr. Campro senyap.. Ms. Campro contact dia. Bila Ms. campro senyap.. Mr. Campro pulak contact balik. Mr. Campro teman Ms. Campro buat presentation kat rumah lecturer... Mr. Campro hantar Miss Campro gi klinik... kantoi ngan boss lak tu (utk Kak Akma... hari jumpa kat klinik tu memang kantoi besar...nasib baik leh cover). Macam-macam la kami buat sama-sama. Gi lombong la... (itu memory paling horror untuk dingat). Lawat student sakit la... election.. ISO audit.. yang paling haru bila Kak Su sibuk nak jodohkan Miss Campro ngan sorang ustaz tu... huhu... sian Mr. Campro ku.
So, untuk kawan-kawan... janganla ada yang kecik hati.. Ada sebab kenapa kami berahsia. Thanks for Ija, Kak Atie, Ain and En. Karim yang simpan rahsia. Utk. kak Akma and Gee... sorila bebanyak, rasa banyak betul kelentong kak Akma ngan Gee. Sampai serba salah dibuatnya. Untuk Kak Su, kak Su bagila ustaz tu kat sesapa yer... restuilah kami... untuk Fazil, hehe.. sian hang Fazil, penat hang meyakinkan orang yang kami ni couple. untuk adik-adik kelab debat uia.. korang je yang tau kan... untuk student IIC... korang memang pandai meneka dan menggossip, tapi kami lagi pandai la.. pandai mengelak.
Korang ingat senang ke... nak rahsia2 ni? banyak kali tau.. kami kena lari masa dating sbb nampak staff/student IIC. Banyak kali juga Miss Campro bengang sebab selalu je 'line tak clear'.
hehe.... Jemputla datang kenduri yer...