Monday, May 21, 2007

Pasca convo ketiga

Hari-hari yang sibuk dengan persiapan majlis convo ketiga IIC dah pun berlalu. Tamat saja convo, seperti biasa aku tumbang seminggu. Demam keletihan. Tapi ok sedikit berbanding tahun lepas. Mungkin sebab aku hanya sibuk beberapa minggu terakhir persiapan. Itupun hal-hal yang berkaitan protokol dan stage. Walaupun kesannya kurang dari convo yang lalu, convo kali ini aku lebih tertekan dari yang lepas. Mungkin kerana convo kali ini aku tak involve dari mula, bila keadaan dah terdesak baru aku mainkan peranan. Jadi, peranan aku lebih pada menampal lubang-lubang yang dah dibuat orang dan mengelakkan ada lubang-lubang baru. Yang keduanya, walaupun aku advisor, aku tak letakkan kuasa membuat keputusan di tanganku. Aku lebih suka jika director yang membuat keputusan. Jadi, bila ada ketikanya aku terpaksa overule keputusan director, aku rasa bersalah yang amat sangat, kerana nampak macam aku mengambil alih kuasa atau bahasa lebih mudahnya aku gila kuasa. Yang ketiganya, semester kali ini aku kurang focus pada kerja kerana kesibukan dengan tesis dan exam. Exam pulak jatuh pada tarikh-tarikh kritikal majlis konvo, bukan senang nak focus one thing at one time dalam keadaan terdesak macam ni. Yang keempatnya pula, keluargaku ada di KL semasa konvo berlangsung, macam biasa, bila family ada di KL, aku terpaksa pula mobile dari rumahku ke Sri Gombak sbb mereka bermalam di rumah adikku Zaki. Mak dan bapaku pula, memang akan tunggu aku balik kerja baru nak makan nasi... jadi aku memang terkejar-kejar kesana- kemari sepanjang convo. Nasib baikla, Sri Gombak ajer.
Walaubagaimanapun, aku harus berpuas hati. Performance untuk Projek 1, alhamdulillah.. walaupun tau tau lagi apa resultnya, berdasarkan komen examiner, project aku ok. Thanks to kak Atie, Abg Anuar dan tak lupa si kecik Ain yang datang masa hari presentation. Thanks to Ija.. sbb banyak jawab soalan yang aku tak faham dalam project guideline, thanks tak terhingga pada Dr. Naomie dan PM Wardah, sebab jadi supervisor yang perform. Terima kasih sebab belasah teruk-teruk masa progress presentation, kalau bukan sebab kena belasah tu, mungkin aku tak boleh buat sebaik itu. Thanks to friends yang selalu berkongsi rasa dan keletihan. Dan alhamdulillah.. carry mark untuk subject Dr. Naomie pun tak teruk sebagaimana disangka. Aku serahkan pada Allah yang selebihnya... hanya dia yang maha mengetahui.
Kadang-kadang aku hairan, bila aku berusaha bersungguh-sungguh... apa yang aku dapat tidaklah begitu memuaskan hati. Bila aku rasa aku kurang berusaha, tiba-tiba aku dapat lebih dari yang aku jangkakan. Misteri sungguh. Semester ini aku rasa aku paling tidak rajin belajar dan berusaha. Kebanyakannya, aku buat last minute, tapi resultnya, aku rasa lebih baik pula dari biasanya. Apa-apapun, aku anggap semuanya sebagai rezeki yang tak perlu aku persoalkan. Aku terima dengan redha dan syukur tak terhingga. Semoga nikmat tuhan tidak akan berhenti di sini....