Wednesday, May 14, 2008

Jalan yang bengkang-bengkok

Kadangkala ketika kita melalui jalan yang lurus
Kita memutuskan untuk melalui jalan yang bengkang-bengkok.
Yang lebih jauh...
Yang lebih berisiko...
Yang lebih menakutkan...
Lebih-lebih lagi kalau kita terpaksa melaluinya sendirian.





Tapi lebih baik kita memutuskan untuk melalui jalan yang bengkang-bengkok itu
daripada kita tidak tahu hendak kemana
ketika kita di persimpangan.
Sekurang-kurangnya
Kita bergerak juga kehadapan
walaupun kita tahu kita akan sampai lewat.

Wednesday, May 07, 2008

Its seriously tiring...

34 days before my last day in this college or in KL..
There are so many things in mind
So many things to be done
So many people to be met
So many people to be informed
So many questions
So many speculations
Because for them its surprising zakea is leaving.

34 days before my last day in college or in KL..
Want to satisfy everybody
fulfill all invitations for dinner and farewells
attending all programs and activities
for the last time maybe.

The last debate tournament coaching for IIUM
The last debate club program that I can attend
The last public speaking competition that I coach for IIC
The last counseling program that I can contribute
The first and last meeting with CONVO committee
and it must be done in 34 days before I leave...
minus 7 days that I will spend for debate tournament in UUM
minus 8 days saturday and sunday
and I have only 19 days left
to spend my time with my friends, my family, my students, my loved one
and the rest that I know here.

(I'm just going to Malacca rite? why feel like leaving the country? huhu...)

Saturday, May 03, 2008

Menghadapi hari-hari terakhir...

Terlalu banyak yang berselirat di kotak fikiran bila telah termaktub keputusan meninggalkan IIC untuk berkhidmat di MMU Melaka. Aku sememangnya tidak bersedia untuk melakukan ini memandangkan prestasi semasa temuduga yang tidak memuaskan hati. Bagiku, keputusan temuduga ini memang memeranjatkan namun rezeki tuhan yang maha esa tak seharusnya aku tolak. Ada banyak sebab kenapa aku perlu memilih jalan ini:
  1. Aku telah jatuh cinta dengan kerjaya ini semenjak aku memulakannya.
  2. Aku harus meneruskan langkah mendaki tangga demi tangga untuk menjadi ahli akademik di kedudukan tertinggi dunia akademik sebelum tiba masanya aku terikat dengan lebih banyak komitmen.
  3. Tawaran gaji lumayan berbanding dengan beban kerja. (walaupun dengan syarat-syarat yang ketat).
  4. MMU terletak lebih dekat dengan tanah kelahiranku berbanding Kuala Lumpur. dan..
  5. Sebab-sebab peribadi yang tidak boleh lagi aku kongsi di sini.

Sepuluh tahun lamanya aku merantau menimba ilmu dan mencari rezeki di Kuala Lumpur, nadi pembangunan negara. Berbagai ranjau dan duri, susah dan senang, suka dan duka telah aku lalui. 1998-2002 (UIAM Gombak) - institusi di mana aku diasuh mengenal diri dan mencari hala-tuju masa depan demi merubah nasib keluarga.

2002-2003 (Infomaya) - sepahit manapun yang terjadi di Infomaya, aku tetap perlu mengakui di sini aku belajar banyak perkara. Mematangkan diri, mengurus, mentadbir dan menimba ilmu di awal kerjaya. Bagaimana di syarikat ini aku diasuh berdikari menguruskan hampir kesemua urusan syarikat. Satu latihan peningkatan diri yang tidak akan dapat ditimba di mana-mana institusi pun.

2003-2008 (IIC) - Ramai yang bertanggungjawab membawa aku ke IIC, En. Afif, En. Mohd. Khir, Cik Din, Mr. Shamsul Kahar dan juga En. Zul (GECD). Aku masuk dan terkenal kerana aku 'wahyu'. Tanpa temuduga formal, aku dengan mudahnya diterima masuk serta-merta yang tentunya menimbulkan curiga dan ketidakpuasan hati sesetengah staf. Bila aku tahu aku digelar 'wahyu', aku berazam akan membuktikan bahawa diriku adalah yang terbaik dan sentiasa memberikan yang terbaik. Maka aku melakukan apa saja sebaiknya. Bukannya mudah untuk bekerja di sini. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa aku lalui. Bukan sekali-dua hati terluka, bukan sekali dua semangat jadi pudar, bukan sekali dua motivasi diri berkecai. Namun apa yang paling aku hargai adalah teman-teman yang sentiasa menyuntik semangat dan kekuatan, kukuhnya semangat kebersamaan dan kekeluargaan. Dan kerana itu aku sanggup kekal bertahun lamanya. Secara jujurnya, bukan sedikit yang aku timba dan bukan sedikit yang aku lakukan di IIC. Kecuali kerja-kerja di Admin division, hampir semua kerja di ACAD dan STADD aku pernah buat. Dari kerja-kerja 'ground work' hinggalah kerja-kerja bos telah aku lakukan. Banyak juga yang aku mulakan antaranya Pesta CONVEST pertama, CONVO pertama di CAC (2nd CONVO IIC), Debate club IIC, RTS di kaunseling dengan kaunselor-kaunselor, Mc.Lead pertama IIC, Modul OpenOffice untuk CAL dan sebagainya. Ada satu lagi yang menjadi impianku - Malam Gemilang IIC untuk Alumni IIC (aku rasa tak mampu untuk melakukannya sebelum aku berhenti). Susah untuk aku nyatakan, bahawa aku sangat sayang akan semua yang aku sebutkan tadi. Aku tinggalkan dengan harapan, ia harus diteruskan oleh mereka yang diamanahkan untuk menggantikan tempatku nanti.

Perlu juga aku sebutkan, aku pernah menjadi tutor di OUM beberapa tahun - kenangan yang tak dapat aku lupakan mengajar kelas orang-orang yang jauh lebih berusia. Juga menjadi pensyarah sambilan di MMC - tak boleh aku lupa anak-anak murid yang nakal dan lucu.

Dan yang paling aku sayang untuk tinggalkan - Kelab Debat Bahasa Melayu IIUM. Kelab dan keluarga yang banyak mendidik aku menghargai ilmu dan menjadi pemikir yang rasional. Kelab dan keluarga yang penuh dengan kenangan suka-duka. Tempat banyak aku hamburkan tangisan juga gelak-ketawa. Tinggallah semua...aku tinggalkan demi peluang yang datang dan cita-cita yang ingin digapai.

Ya tuhan... semoga hari-hari terakhir aku bersama mereka yang aku sayangi ini akan menjadi saat-saat yang paling indah untuk aku kenang....

Tuesday, March 25, 2008

When it comes..its yours..

Adakalanya...
kita sangat berharap sesuatu muncul
bila ia di depan mata
kita tak tahu bagaimana untukberhadapan dengannya.


Adakalanya...
kita berdoa tanpa henti demi sesuatu
tapi bila ianya kita milikku
itu ujian buat kita.



Adakalanya...
pada tuhan kita sandarkan segala
entah nanti
bila yang dipinta didengari
kita lupa padanya.


Ya tuhanku...
syukur atas kurniamu
ampun atas alpaku
aku terima dugaanmu
aku pasrah takdirmu
padamu aku hamparkan harapan
padamu aku sandarkan impian
kerana bila kau katakan itu milikku...
ia akan jadi hakku.


When it comes..its yours..


Berikut adalah gambar-gambar convo master. Tak banyak pun yang sempat diambil, maybe sebab bosan, maybe sebab tak ada sesiapa pun yang hadir kecuali mak ayah aku, dan maybe sebab this is my third convo and it happened after a few months i attended my second convo:



Dengan mummy & daddy... thanks for being there




My classmates.. Nazman & Normas


My sweet Dr. Naomie..

Thanks a lot Dr...hope that one day i'll have the strength to do my PHD.

Congratulations!!!

Wednesday, February 20, 2008

Election oh election!!!

Election mode...
Nomination day...
Posters and banners war...
Rally and canvassing...
Voting day..
Counting...
Reports...
Post election issues...
Hahaha....
Thats what make me crazy for few weeks!!! and a day before the voting day Pak Lah announced the dissolution of Parliament. And we missed to watch that part on TV!!!
Don't have to mention on how crazy it was, but it seriously test me in terms of feelings, emotions, physical etc. I have experienced in handling bigger events than this but those events did not involve too much integrity, rules, regulations etc. Election is too technical for me, especially when i'm not interested in politics. Lucky me because i'm from political background family, so... it was not that difficult for me to cope with the difficult situations and answer the issues raised by the candidates..
The SRC general election ended and i feel left behind for Malaysia general election. New line up for IIC SRC had been decided today and new student leaders have been appointed. We will see what will happen next and next. Will the new SRC play their roles and keep their promises in their manifesto?
Same goes to those who will be elected on 8th March for Malaysia. Will them keep their promises? Or their promises will appear when the dissolution of next parliament announced by the next Prime Minister another five or four years.
Malaysians! Let's vote! Exercise your rights!!!

Saturday, January 12, 2008

New Year


Masih terkenang-kenang..



Satu Muharram detik permulaan,

Perkiraan tahun Islam hijrah,

Perpindahan Nabi dan umat Islam,

Dari kota Makkah ke kota Madinah....


Atas keyakinan dan iman yang teguh,

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,

Rela berkorban harta dan nyawa,

Demi menegakkan Islam tercinta...


Baju putih... kain songket.. selalunya songket merah macam wanita UMNO pakai masa perhimpunan.. tudung atau selendang lilit-lilit. Kalau nak kreatif lagi, siap pakai songkok lagi dalam tudung tu. Depan songkok ada kerongsang. hehehe... rasa-rasanya majoriti budak sekolah akan melalui saat-saat macam ni. Tangan pulak digenggam macam orang bersalaman dan posisinya mesti ke kiri sedikit daripada pusat. Siapa yang tak melalui zaman ni.. memang rugi. Sebabnya, setiap Ma'al Hijrah bila lagu ni berkumandang, anda semua tak rasa nak senyum terkenangkan saat-saat macam tu. Kiranya ramai wanita di negara ini berkongsi kenangan yang sama....


Mudah kan? sambutan Ma'al hijrah maknanya ada pertandingan nasyid. Semua berlumba-lumba menampilkan persembahan paling kreatif, suara paling lemak merdu. Pakaian... cikgu-cikgi semuanya sibuk selongkar almari pakaian carikan pakaian yang sesuai dengan kumpulan nasyid sekolah. Maklumlah..carikan songket dan pakaian untuk anak murid yang nak bertanding. Sekolah yang ada lebihan bajet... siap tempah baju, jahit labuci dan manik... lip-lap, lip-lap.


Tapi hijrah itu maknanya lebih dari itu.. bila Ma'al Hijrah tiba, ustaz-ustazah di televisyen akan mengupas semula persoalan hijrah, kembali kepada sirah, beri makna hijrah agar masyarakat berhijrah kepada yang lebih baik.


Hijrah itu pengorbanan...

Hijrah itu perjuangan...

Hijrah itu persaudaraan..

Hijrah membentuk perpaduan....


Dalam konteks Malaysia, isu-isu perkauman seringkali timbul akhir-akhir ini.. siapakah agaknya yang perlu berhijrah agar kerukunan negara berbilang bangsa ini akan terus bertahan selamanya... Uish.. tiba-tiba rasa patriotik.


Untukku.. I Muharram 1429H juga memberi makna besar dalam hidupku. Kerana dengan izin, ilham dan petunjuk dari Allah s.w.t aku telah membuat satu keputusan penting dan berisiko dalam hidupku. Ya Allah... semoga keputusan ini adalah yang terbaik buatku....

Thursday, January 03, 2008

Girls day out (Girls???)



The Reunion.. from left: Rozan n Nina, zkea, Sari,

Din, Nabihah n Saibi.

This is actually backdated punya cerita. Memang nak tulis lama.. banyak sangat nak tulis, tapi kurang masa menulis.. so, mana-mana yang sempat dululah.

Ini cerita pertemuan semula.. selepas bertahun-tahun, tenggelam timbul...Finally, kami dapat berkumpul dan bertemu semula. Haa... Reunion pemantun UIA.. kellass.. Teringat pantun Fedtri Yahya kegemaran kami:

Secekak Daun Gelenggang,
Setalam sayur manis,
Sekali pantun dilenggang,
Seumat insan memandang manis...

Plan punya plan.. akhirnya dapat juga kami keluar bersama. Itupun lepas aku habis exam paper master dan Sari memang desperately need to see us untuk menyampaikan berita gumbira. She is getting married dan terkeluarlah berbagai cerita kisah suka-duka percintaan sahabatku yang bernama Sari Surani Dato' Mohd Zaid. Akhirnya ke jinjang pelamin jua... Bila fikir-fikir, tragis macamana pun aku rasa kisah cinta aku.. dasat lagi dugaan yang dia lalui.. So, nothing to worry, tiba masanya nanti.. the true love will be yours.

Zkea, Mama Nina n Sari at Car4. (Sapa paling cute?)


Memula.. kami melepak di KFC sebelah Carrefour. Not bad.. boleh jadi port untuk baca buku, marking paper atau release tension. Lepas tu.. release tension lagi dengan membeli belah di carrefour. Terbang duit aku beli sepasang baju. Kononnya nak pakai masa convo. Tesis belum tentu pass lagi.. baju convo dah beli. Betul-betul macam burung terbang dipipiskan lada.. Lepas tu kami balik ke Gombak singgah ke rumah sorang lagi member sepantun, Madam Nordinah. Melepak sampai maghrib... It was really fun to be together.. teringat perangai kami yang gila sampai membuatkan abang Nizar coach kami menitiskan air-mata bila nak berpisah. Macam dulu-dulu, kami memang bergelak ketawa, bergaduh, bertengkar, dengki-mendengki. Risau juga aku mak buyung nina tu terbersalin sebab banyak sangat gelak.


Sari n miqdad on their wedding.. Nasibla, datang lambat, Make-up pengantin dah cair..

So, the best thing after 7 years... Din dah bersuami dan beranak, anaknya Nabihah dulu aku gakk yang tolong jaga. Nina menunggu hari nak mengeluarkan si Nazran Azen, masa entri ni ditulis, dah keluar pun kanak-kanak tu. Secara rasminya, akulah mak angkatnya... sebab masa kecik-kecik aku jadi tukang beli diapers dia sedangkan aku tak beranak lagi. Sari pulak menunggu hari nak melangsungkan perkahwinan.. masa entri ni ditulis, dah sah pun jadi isteri kepada Miqdad, yang tinggalnya aku ler... bergerak secara solo lagi.. kiranya kalau dalam family, consider i'm the youngest in the family lah. The fact is.. memang betul kot.. coz birthday aku paling last. Hihihi....reserve the best for the last lah yer... Alangkah bestnya kalau yang lain pun ada. Nora, Kak Nazirah, Kak Nabila, Abang Nizar, Keirol, Izwan Azer pun ada sama. Boleh roboh kot rumah cik din....

Nazran Azen.. yang lahir pada anniversary mama dan babanya...

Sunday, December 30, 2007

Berertinya pengorbanan...



10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik muncul lagi... kalau ikutkan tarikh lahir bulan hijrahku jatuh pada 12 Zulhijjah iaitu masih lagi dalam hari tasyrik. Bermakna tu.. kali ini agak melegakan bagiku setelah beberapa tahun kebelakangan aku pulang berhari raya membawa berbagai beban terutamanya assignment master. Kali ini memang hari raya dan lebih bermakna kali ini aku dan adik-adikku sama-sama melaksanakan ibadah korban. Cuti pun agak panjang berbanding hari raya puasa yang lalu... jadi bolehla aku release tension yang sekian lama bersarang dalam kepala. Cuma disebabkan masalah kesihatan... kemeriahan hari raya kali ini kunikmati secara sederhana dan seadanya...
Rumah aku... macam biasa asal namanya raya, tak kira raya bangsa apa memang akan meriah. Meriah dengan orang... meriah dengan sedara mara... meriah dengan makanan... meriah dengan kereta. So, bila dah meriah tu macam biasa akulah yang paling penat. Sebab yang lain datang nak makan jer... aku yang kena masak, hidang, basuh pinggan dan tugas-tugas bibik semuanya terletak di atas batu jemala aku. Cuma sebab aku sakit, kali ini aku banyak juga terlepas buat kerja-kerja tu. Kesian kat mak... aku gagahkan jugala. Dan sebab aku sakit, aktiviti yang biasanya kami sekeluarga buat setiap raya haji terpaksa untuk dibatalkan... yelah kan.. tukang masak tumbang... macamana nak ON projek BBQ. Yang kesian pakcik aku... datang rumah dengan harapan dapat makan satay... aku hidang keropok ikan jer...
Satu lagi yang best... kali ini ada dua orang cousin aku yang tak pernah beraya bersama kami sejak mak kandung mereka meninggal dunia 16 tahun dulu. Mak mereka adalah adik kandung ayah aku yang meninggal sebab leukemia masa mereka masih sangat kecil. So, bila mereka dan ada ibu baru.. mereka datang beraya sekejap-sekejap jer, tak pernah bermalam atau melepak kat rumah aku, tak reti nak balik-balik macam yang lain. So, faizah and Saif, we were very happy celebrating hari raya with both of you this year. Harapnya lepas ni kita semua semakin rapat macam masa kita kecik-kecik dulu.
So, raya haji kali ni aku rakamkan serba sedikit.. dengan hujan yang turun sangat lebat, sebelum lembu tumbang sebatang pokok kelapa sawit dah tumbang kerana angin sangat kuat.. korban tetap dijalankan seperti yang direncanakan. Meriahnya... tuhan je yang tau. 4 ekor lembu dikorbankan... dan lembu kami yang paling besar, paling ganas. Nasib baik lembu tu tan bangun semula macam di jerteh. Hehe... macam-macam.
Ada lagi satu perkara... aku dan Mak bersama beberapa rakan-rakannya dah mendaftar untuk ke Mekah. Malu juga sebab saving aku cukup-cukup makan je nak register untuk menunaikan haji. Siap kena top-up lagi untuk pendaftaran. tapi memandangkan harapan orang sekampung terhadap pemudi harapan bangsa ni untuk menemani mereka menunaikan haji.... aku daftarkan juga namaku. Jadual pemergian jika panjang umur ialah tahun 2018. Lama lagi... tak dapat aku pastikan apa yang akan terjadi di masa akan datang. Iyalah kan, kalau aku bersuami lepas ni, kena pula fikirkan suami dan keluarga. Tapi tak apa.. itu perancangan Allah, aku serahkan kerana yang terbaik adalah rencananya. Aku hanya melaksanakan yang termampu... Tapi lepas registration selesai... aku memang sangat excited. Dapat buku panduan haji... aku letak dalam kereta supaya aku dapat tengok selalu. Walaupun selama ni buku tu bersepah je kat rumah, tapi perasaan memiliki tu tak ada. Sekarang... aku letakkan target.. dalam masa 5 tahun, simpanan di tabung haji mesti cukup untuk berangkat ke Mekah. Takkan nak suruh mak aku tunggu 10 tahun pulak kan...
Sekadar berkongsi rasa... ibadah korban memang bererti kalau kita memang ikhlas. Untuk yang belum pernah melaksanakannya, pasanglah niat... Inshaallah.. tahun-tahun hadapan ada peluang untuk kita. Kalau kita mampu berkereta dan bergaya sakan beraya.. ibadah korban setahun sekali, perlukan beberapa ratus ringgit jer.. Kadang-kadang kita shopping baju raya pun lebih dari tu. Yang lebih seronok bila kita boleh sedekahkan daging tu pada orang kampung, saudara mara... memang betul tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Kepuasan, keinsafan, kegembiraan memang tak terkata bila kita memberi dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

Thursday, December 13, 2007

Now it is over....

Pasca berakhirnya kelas master ... kukira ku akan bersenang-lenang bersuka-ria tetapi rupanya masih lagi huru-hara.

Tika tamatnya peperiksaan terakhir, aku terfikir.. apa agaknya rentak hidup selepas ini... mungkinkah aku akan punya banyak masa melayan diri..

Terkenang-kenang kerenah rakan-rakan sekelas... Kak Erd - orang pertama yang bertegur sapa denganku on the registration day, Normas yang unpredictable but brilliant, Nazman yang bising dan gila, Ilyas yang sangat baik denganku... tempat mengadu dan berkongsi kekusutan, tak lupa mekda yang separuh gila macam nazman. hahaha... tq sebab bagi peluang aku kerja kat MMC dulu. For Edan rakan kongsi Nazman, Sani, hazmin, MMU girls... good luck for your project papers.. jangan jadi macam aku. Buatla seawal mungkin.

Terkenang-kenang juga susah senang.. tak tido malam, discussion tru YM, keta masuk dalam longkang, present paper dalam seminar, kena marah dengan Dr. Rose sebab datang kelas lewat masa 2nd convo, makan tuna sandwich masa Dr. Naomie bagi lecture, kacang kat ko-op yang sangat best, kelas Prof. Zaki yang tak faham, nasi kerabu kak zura... dan macam-macam lagi. Pendekkata, kelas master punya pasal... aku tido masa mengajar, aku tak raya, tak balik kampung, lupa mak bapak kadang-kadang, hangin satu badan, macam-macam - memang sengal.

Thanks for Puan Su, Am, Azim, Farha (AITI), Pn Huda (Case), Apresiasi tak terhingga buat Dr. Naomie - banyak belajar untuk berusaha gigih dengannya. PM Wardah - guru yang hebat tentang makna hidup dan kehidupan, Dr. Ali - I push myself to cope with your class Dr..., Prof. Zaki - mula-mula tak faham... akhirnya aku mengerti jua, thanks sebab introduce buat puisi jepun (Haiku), Dr. Rose - I love strategic planning class walaupun tak score A, Prof. Zamri - a fatherly lecturer, Dr. Harihodin - thanks for giving me second chance and visit your house, Dr. Iskandar - kelas e-commerce tu not bad but sekejap sangat, Dr. Rozita - suka sangat kelas current issues tu walaupun suasana kelas tu tak best.

So, inilah antara yang sempat aku rakamkan menjelang hari-hari terakhir di UTM....


Lepas last paper....

Exam terakhir.. paper terakhir...

Presentation terakhir.... "The Clarion Call..."


Manja-manja ngan Normas... nak jadi isteri orang dah..


Mereka yang sengal.....


Proses transit dari hidup bergelar pelajar ke hidup sepenuhnya bekerja masih belum berakhir rupanya...

Tertekan juga bila pertandingan debat tak habis-habis... yang menuntut aku berhempas-pulas kerana ketiadaan jurulatih-jurulatih lain yang ada komitmen. Dihambat pula dengan masalah kesihatan yang tak ketahuan... terasa pula kehilangan teman-teman yang meninggalkan kolej termasuklah housemate sendiri.. huhuhu..

Yang pastinya... just enjoying myself.. do whatever i like.. dan sentiasa mensyukuri nikmat tuhan yang tiada batasnya... Petua hati senang dan ceria.

Tuesday, November 20, 2007

The cupcakes and the books.

13 November 2007 - Hari lahirku yang ke-29. Sebenarnya dalam keluarga kami tidak diasuh untuk meraikan hari lahir. No birthday party, no birthday wishes. Never. Sometimes tak ingat pun birthday antara satu sama lain kecuali kalau ada yang mengingatkan. So, ulangtahun kelahiran hanya akan mengingatkan aku pada umur yang semakin meningkat dan tanggungjawab yang belum terlaksana. Menghimbau kembali kenangan setahun sudah yang ditinggalkan. Merakam kembali suka-duka yang aku lalui sepanjang umurku yang ke-28. Hakikatnya, semua itu berlaku hanya dalam diriku sendiri. Tetapi, agak istimewa untukku, menjelang ulangtahun ke-29 ini, aku akan menghabiskan pengajian master yang banyak menderaku secara emosi mahupun fizikal.

Walaubagaimanapun, kesibukan kerja dan persiapan menjelang pepriksaan akhir serta 2nd demo system untuk master membuatkan aku tak begitu bersungguh-sungguh untuk meraikan atau mengingat hari lahirku. Aku tidak merancang atau mengharapkan apa-apa pun kali ini. Yang aku harapkan, Allah permudahkan jalan untuk aku selesaikan pengajian. Itu sahaja.
Jangkaanku agak meleset kali ini. Agak banyak perkara manis aku lalui pada hari lahirku. Aku tak pernah minta apa-apa hadiah dari sesiapapun untuk hari lahirku. Kalau ada orang nak beri hadiah aku terima dengan senang hati. Tapi lain kali ini, ada pula yang bertanya apa yang aku mahu untuk hari lahirku. spontan aku jawab "Buku". Kenapa aku nak buku? sebab aku suka baca buku. Kadang-kadang bukan baca buku, simpan buku. Aku kata kalau boelh demand aku nak buku Faisal Tehrani atau mana-mana buku sasterawan negara yang aku belum beli. Maalahnya, aku pun tak tau buku apa yang aku dah beli dan buku apa yang belum. So, dari orang yang mengaku aku adiknya aku dapat buku Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim. Satu novel satira dengan watak tikus. (mentang-mentang rumahku pernah diserang tikus dan ada seekor lagi masih terperangkap di dapur).
Dari isteri orang yang mengaku aku adiknya pula... aku terima Novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani. Tak tau nak review apa sebab belum sempat pun nak belek. Sangat sibuk.


And... this is the sweetest thing that i have received on my birthday. The cupcakes! Sangat surprise dan sangat cute!. Aku memang sengaja memalaskan diri pagi tu. Sengaja datang lewat ke pejabat untuk memanjakan diri atas katil walau tak tidur pun. Baca buku ""the world is flat" semata-mata. Rancangan awalnya memang nak ambil cuti, tapi memandangkan paper CAL jatuh pada hari tersebut, kenala juga ke pejabat. Sampai pejabat, ada satu kotak misteri tak bernama dan beralamat di atas meja. Tapi aku tau..itu kotak cupcakes dan aku tau pembuatnya. Aku siap telefon pembuat cupcakes yang sangat comel tu untuk mengesahkan adakah cupcakes tu adalah untukku atau orang tersalah letak. Memandangkan kakak pembuat cupcakes berdalih-dalih nak memberitahu, aku buka juga kotak tu. Haaa..... terngaga kami yang berkerumun di sekeliling mejaku melihat cupcakes yang sangat-sangat comell...



Boleh baca tak tulisan-tulisan comel atas cupcakes tu? SO... cute. Thanks to both my housemates. Ija n Ain. kalau ada sesiapa nak buat tempahan, anda boleh hubungi saya melalui blog ini.

Tak tergambar perasaan bila dapat something sweet like this.

There is another person yang penting juga muncul on my birthday this year. Thanks to Mr Campro yang berjanji menaja makan minum aku sepanjang sehari semalam and he did it walaupun hanya sempat breakfast and supper sahaja. Itupun sebab masing-masing berkejar jaga exam.

Aku bercuti selepas itu untuk exam dan aku dapat satu lagi hadiah bitrthday from my Debate Club. Sebuah buku juga. Buku tu ada dalam kereta, belum sempat nak ambil gambar. Tapi yang lucunya hadiah dari Debate Club bertulis "Happy Birthday Miss" tapi kad bertajuk "Wedding Wishes". Ni...salah beli ke sengaja perli??


Monday, October 08, 2007

Menjelang hari-hari terakhir...


13 hari lagi sebelum master presentation. 4 chapter lagi belum disiapkan. 2 hari lagi sebelum cuti hari raya bermula. campur + tolak - darab x bahagi.... ada beberapa jam saja lagi untuk aku menamatkan tempoh pengajian master yang sangat-sangat mencabar. Borang graduasi telahpun diisi, jadual presentation pun dah sedia maklum, jadual final exam pun dah lama diberi.. aduhai diri... dah cukupkah apa yang perlu? Atau masih lena diulit mimpi???
Sebelum kejayaan di genggaman...hari-hari terakhir ini adalah cabaran yang paling besar untuk aku lalui. Mudah-mudahan..Mac nanti aku naik ke pentas lagi menerima ijazah sarjanaku yang sangat bermakna.

Monday, August 27, 2007

Its my convocation day



Monday, 27th August 2007- Session 5. Its my second convocation after my 1st degree. It is for Postgraduate Diploma in Guidance & Counseling.



With My Boss - Kak Atie. CCGD off today for celebrating our convocation.



My sister Dalila who is too busy with her gerai at convest hill to witness my convo.

There are a lot of differences between the two convocation:

  1. The first convo attended by the whole family and witnessed by both my mum and dad. This time none of my family were coming. It has been witnessed by my officemates and juniors from IIUM Debate Club through the web.
  2. With Asma' and Zai representing my parents. TQVM! Love U...


  3. The 1st convo was held during the 1st day session conferred by Sultan of Pahang but the 2nd is on the last day..last session conferred by the honourable Rector.

  4. With Arina and Mun - My juniors from Debate Club


  5. The 1st convo was a few months after my last day of exam but this time it is after almost two years the diploma is completed.
Zana... huhu.. we are 'sebatang kara'today..

Kak Sham and Kak Ira... ponteng kerja ek....

Sarah.. Congrats! Bila nak main badminton lagi?


Congrats to Ain... for her Bc. Degree in Psychology


Hasmi, Jep and Mumu - looks like 3 brothers attending their little sister convo rite?

The graduates from Applied Psychology Centre - First and second batch. (Not in the picture - Kak Atie, Kak Ainey, Normah, Asiah, Pak Tam)

To be honest, I'm not that excited to attend this convocation. maybe it is because the diploma was completed almost two years ago. However, the excitement suddenly started when I collect the robe and people started to wish congratulations either verbally or through SMSs. Whatever it is...its my graduation day. It is a day of happiness, not as what had happened during my first convo.

Ironically, after two times organizing convocation for my students in the same hall, now i'm here as the recipient. It makes me look around not from the eyes of a graduate but from the eyes of the program director. I learned, analysed and gather information where i got a lot of ideas for the next IIC convo. Argh..IIC again.. its my convo beb...forget IIC for a moment please...

Special thanks for my parents and family, my lecturers and my friends. For my classmates, it is wonderfull to know all of you..Thanks for IIU, thanks for IIC for sponsoring our diploma.

Saturday, July 28, 2007

GPACD

GPACD is the new department that I have to serve starting 1st July 2007. Stands for Graduate Placement, Alumni and Convocation Department, it is a department under academic division. It has only one staff which is me. I'm the manager and the staff. I may happy for the promotion bcoz after a few years performing in this college now I feel that people can see what I can contribute for the college.
However, I'm taking a very big risk by accepting this promotion. Still holding the post as lecturer and counselor, my responsibility now is bigger. Not including Module developer for Jakarta branch, Advisor and trainer for debate, sometimes assigned to train student for poetry recitation in many more...
Now, what worrying me is my Masters project. I'm supposedly to present it on september but until now i'm not started anything yet. I have 3 bosses now and all are ladies..lady-lady boss (hahaha..) (er..i'm going to write about my 3 lady bosses in other entries). I have to make sure that I can perform for all the three bosses but definitely it is very diffifult. I have to be a good planner and observe my discipline in time management. Now, I have no time to rest more than half an hour in the office, having lunch outside IIC compound and need to ask permission from the big lady boss if i need to leave office for something. I'm now stranded in a cage called ACAD.

However, after 1 month holding this post, i feel quiet happy with things that I have done. Sending students to overseas or even local universities to pursue their studies. I don't know how proud i'm when they came or update me that they are now at IPT doing their degrees. There is something unexpected here, I have no idea that I will have more students come to see me in this office rather than in counseling department. Everyday is like 'Hari Bersama Pelaggan' for my department. Up to the point that I have to runaway from the office if I need to do something urgent and important. At this moment, I still can handle myself..but can't think what will happen in future....

Sunday, July 08, 2007

IIC Mc_Lead 2007


Balik dari Jakarta, bertungkus-lumus siapkan assignment, courier the assignment, uruskan laundry, unpack pakaian dari Jakarta, Pack pula pakaian ke Mc-Lead di Ulu Yam. Mujurlah Ulu Yam tak jauh dari rumah. Tapi cukuplah buat aku sangat lelah..bayangkan tiba dari KLIA Isnin malam jam 3am, sambung assignment sampai 4am. Tidur sampai Subuh, bangun dan sambung assignment. Tidur lagi jam 9am bangun kul 12tgh hari. Buat assignment lagi. Kepala sakit yang amat, tapi gagahkan juga diri menghadap laptop. Lepas zuhur masuk office, buat final checking persiapan ke Mc-Lead. As expected, ada a few things yang I have to take care of. Balik rumah, rest sekejap, tertidur dalam 20 minit sebelum maghrib. Bangun solat, kemudian bercinta semula dengan laptop, aim to complete both assignments before subuh memandangkan at 8.30am briefing Mc-Lead akan start. Walau bagaimanapun, hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Jam 9.45am baru kedua-duanya siap dan printed, softcopies kena burn dalam CD pula. Macam lipas kudung, berkejar pula ke office, mujur masih sempat untuk dengar briefing module-module Mc-lead. Sebelum bertolak, berkejar ke printing untuk bind assignments kemudian ke Petronas untuk courier ke JB. Aduh... leganya bila satu tugas berjaya disiapkan walaupun aku belum tidur walau sepicing pun sejak malam tadi.







Drive seorang ke Ulu Yam kerana yang lain mengejar Opening Ceremony bersama CEO, sempat la mencari bekalan sepanjang program. Yang penting 100 plus kena ada. Kalau tidak aku mesti tumbang. Sepanjang mc-Lead, aku memainkan watak tegas dan garang atau watak Antagonis memandangkan kaunselor-kaunselor lain lemah-lembut belaka. Susah juga nak jadi tegas dan garang especially dengan mereka-mereka yang aku dah biasa bergurau senda. Oleh kerana program ini khas untuk melatih student leader membina watak pemimpin berwibawa, aku terpaksa. Tak juga disangka-sangka, selepas tak tidur semalaman dan keletihan perjalanan ke Jakarta, aku masih bertenaga mengendalikan sesi-sesi dan module-module hingga lewat tengah malam.





Malam kedua lebih parah, aku mengendalikan sesi heart to heart dari jam 12 malam hinggalah 4.30 pagi. Lepas tu sambung pula siapkan video klip program hingga jam 5.30 pagi. Sorry to say, lepas tu aku terbabas tidur hingga jam 9 pagi. Tapi tak apa sebab kaunselor lain dah cover tugas-tugas lain.




Walaupun keletihan, aku puas. Sangat-sangat puas. Aku dah luah dan berikan apa yang aku ada untuk IIC student leaders. Segala pengalaman dan pengajaran yang aku kutip sepanjang aku menjadi student leader ataupun menjadi ketua semasa aku bekerja aku curahkan sepenuhnya. Dengan harapan, mereka akan berfungsi menjadi pemimpin pelajar yang berwibawa dan seterusnya pemimpin masyarakat yang dihormati dan disegani.





Selesai Mc-lead, masuk semula office, cabaran menanti. Masuk department baru, bos baru, tugas-tugas baru.. entahlah.. mampu atau tidak masih terlalu awal untuk aku putuskan. Aku terima kenaikan pangkat dengan rela hati setelah mengambil kira dan mempertimbangkan beberapa faktor. Kalau dalam Mc-lead aku mencurahkan ilmu yang aku tahu, masuk pejabat nanti aku perlu mempraktikkan pula apa yang aku katakan. Tapi ini secebis kata yang sempat aku nukilkan di Ulu Yam untuk semua peserta:

Pemimpin itu pohon yang rendang,

Tunjangnya amanah

Dahannya kasih

Pucuknya mencari cahaya

Daunnya memberi makna

Bunganya penyeri

Rendangnya melindungi.

Sekian untuk entri kali ini. Dua entri sekaligus.... dari orang yang hidupnya sentiasa terkejar-kejar kesana-kemari.

An Evening in Jakarta





Dalam huru-hara minggu peperiksaan dan program yang berlimpah-limpah, sempat juga aku meluangkan masa bercuti ke Jakarta. Perjalanannya sangat singkat tapi pengalamannya tak terbayar. Tapi secara ringkasnya, aku dah pendekkan catatan perjalanan di Jakarta dengan beberapa puisi-puisi pendek:

Hari pertama:

Dengan rasa teruja di dalam sayap Emirates perjalanan bermula
Menuju negara tetangga yang khabarnya aku masih punya saudara-mara
Dalam lelah kota Jakarta diredah
Dalam aneh dan terpinga-pinga
Di sebuah kota yang punya susur-galur yang sama
Berkongsi bahasa dan budaya
Mahu makan pun aku terpaksa berkira-kira
ragu-ragu dan tertanya-tanya
Tapi tak mampu meluah bicara
Angkara jurang bahasa
Ahh...
Aku yang hampir gila
Satu malam di Kota Jakarta

Bagaimanalah aku tidak gila kalau PERCUMA maknanya SIA-SIA sedangkan di Malaysia percuma itu FREE atau GRATIS dalam bahasa indonesia.
RESIT tidak difahami di Indonesia, ia dipanggil STRUK (tak sure betul atau tidak ejaannya)
ES JERUK - AIR LIMAU, CUMI-CUMI - SOTONG, KEPITING - KETAM dan sebagainya.
Belum termasuk lagi perkataan-perkataan yang jika digunakan di Malaysia membawa maksud yang agak memalukan dan menghina seperti GAMPANG, BUTUH, SPEDA dsbg.


Hari kedua:

Perjalanan hari ini lebih kepada melihat apa yang dimiliki oleh Indonesia. dari Taman Mini Indonesia ke Universitas Indonesia. Ringkasnya,

Sehari perjalanan
Meneroka dan menelusuri
Keagungan dam keunikan
Jakarta dan isinya.
Terserlah kelebihan di mata sendiri
Memadam segala persepsi.
Mengutip pengalaman
Melukis kenangan
Bersama teman-teman sepersaudaraan
Yang baru hari ini dipertemukan.
(dedikasi buat Bianca dan teman-teman dari UI).

Hari ketiga:

Kami pergi shopping di ITC Mangga Dua...

Sehari membeli di Jakarta
Bawa wang berjuta-juta
Pulang papa kedana
Akhirnya, kredit kad jadi mangsa.

Thursday, June 28, 2007

Debat Fomca_Sejalur perjalanan




Ini antara kenangan yang tak dapat aku lupakan, bersama-sama pendebat IIC ke pertandingan Debat Fomca. Tanpa diduga, pasukan yang belum sempat setahun jagung ni mampu beraksi dengan baik di pentas perdebatan. Segala susah-payah, penat-lelah dan keluh-kesah rasa terbayar. Bila dah balik semula ke kampus, aku tiba-tiba rasa rindu dan sunyi pada mereka semua. Anak-anak didikku...

To Shahida... Congrats for the good performance during the tournament. 3 best speakers award for 3 matches in a row is your first achievement in debate. Keep up the good work girl..

To Sakeena.... Congrats for the amazing unpredictable performance. A few judges said that you are "Budak cerdik" in the team. I still remember what did you say when I met you for the first time in training. And I can see you have a very good future..

To Syafrie...You were a good speaker and you will be a very good speaker if you explore your strenghts and overcome your weaknesses. Learn and learn..do not let your emosion leads your behavior.

To Azlan... You are a good captain for the team. Responsible and caring. Your knowledge help the team a lot. I hope that you can start your english debate ASAP.

To Marina...you a very nice girl that I ever met. I think you have learnt a lot from this tournament. Thanks for the help. This is the challenge for you to improve in debate.

As for Fazil, thanks for accepting the post as advisor. I feel very happy working with you as a partner in this club. Hope you will stay with us forever..

All of you are most wonderful person that I ever met. I really love all of you and enjoy the tournament.

Sunday, June 17, 2007

Road to success??? - siri 2

Pengalaman berbaur-baur handle kelas semester ni betul-betul menguji kesabaran dan keupayaanku sebgaai seorang lecturer cum kaunselor. Aku terpaksa akui, sepanjang 3 tahun setengah aku jadi lecturer, inilah satu-satunya kelas yang buat aku marah hampir setiap hari. Hinggakan pada satu hari aku menyatakan begini: "mulai hari ini, saya tak akan marah-marah lagi atau menegur apa-apa saja kesalahan atau perbuatan kamu semua, saya dah letih dan penat, terpulanglah pada diri kamu sendiri untuk buat apa saja yang kamu suka, yang saya tahu, saya menjalankan tugas saya untuk mengajar dan menghabikan silibus yang ditetapkan" Bunyi macam putus asa. Sebaik sahaja habis ayat tu... pintu kelas diketuk. "Sorry miss..saya lambat hari ni" Bibirku mula bergerak untuk menuturkan sesuatu sebelum terhenti kerana aku teringat janjiku sebentar tadi.. Seisi kelas tertawa melihat aku menahan diri untuk marah manakala pelajar yang lewat hadir memandang kearahku seperti bersedia untuk mendengar leteranku. "Awak bernasib baik... kalau tidak saya suruh awak menyanyi di depan" Dia terpinga-pinga dengan gelak ketawa rakan-rakan sekelas.

Namun tak diduga, menjelang akhir semester dan minggu "presentation" kelas yang aku anggap kelas pemulihan ini berjaya membuat hatiku berbunga dan tersengih-sengih sepanjang minggu. "Group presentation" kelas yang ini lebih "happening" dari kelas-kelas lain. Pemilihan tajuk yang menarik, participation dan kreativiti yang bagus. Walaupun rata-rata kelas ini pelajarnya bukan di kalangan CGPA yang tinggi, tapi aku sangat gembira apabila mereka berusaha bertutur dalam bahasa Inggeris dengan selamba walaupun ditertawakan oleh rakan-rakan sekelas kerana kesilapan sebutan. Contohnya, "EARTHQUAKES" dibunyikan ERTH-QU-A-KES bukan ERTH-QUAKES. Bila bertanya soalan "where is the venue of your company?" bukan "where is the location.." dan banyak lagi...

Moral of the story, setiap orang ada kekuatan dan kelemahan, terima mereka seadanya. Mungkin mereka tidak pandai akademik, tapi mereka kreatif. Mungkin mereka susah bangun pagi, tapi mereka lucu dan menceriakan. Untuk kelas-kelas yang saya tertidur masa u all present your project tu.. mohon maaf, terimalah saya seadanya. I might be a good speaker but I'm not a good listener.

Monday, June 04, 2007

Road to success???

Hari pertama semester dibuka:
3 orang hadir daripada 3 orang yang mendaftar - zkea: kehadiran 100% (excellent!)

Hari kedua:
6 orang hadir dari 11 orang mendaftar - zkea: minggu pertama, tak apalah... (mungkin student banyak urusan di academic division)

Masuk minggu kedua:
8 orang hadir daripada 20 orang yang tersenarai namanya - zkea: masih boleh bersabar...
(keadaan ini berlarutan hingga masuk miggu keempat)

Masuk minggu keempat:
Tiba-tiba dua orang student yang tak dikenali muncul dan mengaku mereka pelajar dalam kelasku - zkea: Amboi, ingat ni kolej bapa kamukah? boleh datang sesuka hati?

Minggu pertama selepas Mid-term:
Ada seorang lagi yang tak dikenali masuk ke kelas tanpa rasa bersalah, minta jasa baik diterima masuk ke kelas walaupun dah layak terima 'barring letter' - zkea: Suka hati kamulah, kamu bayar yuran untuk tidak masuk ke kelas..saya tak mampu menghalang.

Senario di atas hanya menggambarkan 60% suasana di kelas aku semester ni. Yang lain-lain pula, aduhh.. bikin sakit hati dan sakit kepala. Antaranya:
  1. Masuk selepas 30 minit kelas bermula
  2. Diberi masa sejam buat assignment, selepas sejam 1 ayat pun tak habis tulis lagi
  3. Tidur dalam kelas
  4. Tiru assignment kawan
  5. Melawan cakap lecturer
  6. Masuk kelas berlenggang, sekeping kertas pun tak ada
  7. Tak pernah datang kelas selepas mid-term
  8. Tak pernah datang kelas langsung

Kenapa ya?? semuanya dalam semester ini. Menduga emosi sungguh!

Yang peningnya aku juga.. silibus berterabur sebab bila ada newcomers, aku kena repeat balik apa yang dah diajar sebelumnya. Kalau tidak.. lagi haru dibuatnya. Masuk kelas termenung atau kacau orang jer. Rasa macam mengajar kelas pemulihan pula. Macam mana yer? nak buat anak bangsa ni berjaya kalau tak pernah serius menimba ilmu.

Monday, May 21, 2007

Pasca convo ketiga

Hari-hari yang sibuk dengan persiapan majlis convo ketiga IIC dah pun berlalu. Tamat saja convo, seperti biasa aku tumbang seminggu. Demam keletihan. Tapi ok sedikit berbanding tahun lepas. Mungkin sebab aku hanya sibuk beberapa minggu terakhir persiapan. Itupun hal-hal yang berkaitan protokol dan stage. Walaupun kesannya kurang dari convo yang lalu, convo kali ini aku lebih tertekan dari yang lepas. Mungkin kerana convo kali ini aku tak involve dari mula, bila keadaan dah terdesak baru aku mainkan peranan. Jadi, peranan aku lebih pada menampal lubang-lubang yang dah dibuat orang dan mengelakkan ada lubang-lubang baru. Yang keduanya, walaupun aku advisor, aku tak letakkan kuasa membuat keputusan di tanganku. Aku lebih suka jika director yang membuat keputusan. Jadi, bila ada ketikanya aku terpaksa overule keputusan director, aku rasa bersalah yang amat sangat, kerana nampak macam aku mengambil alih kuasa atau bahasa lebih mudahnya aku gila kuasa. Yang ketiganya, semester kali ini aku kurang focus pada kerja kerana kesibukan dengan tesis dan exam. Exam pulak jatuh pada tarikh-tarikh kritikal majlis konvo, bukan senang nak focus one thing at one time dalam keadaan terdesak macam ni. Yang keempatnya pula, keluargaku ada di KL semasa konvo berlangsung, macam biasa, bila family ada di KL, aku terpaksa pula mobile dari rumahku ke Sri Gombak sbb mereka bermalam di rumah adikku Zaki. Mak dan bapaku pula, memang akan tunggu aku balik kerja baru nak makan nasi... jadi aku memang terkejar-kejar kesana- kemari sepanjang convo. Nasib baikla, Sri Gombak ajer.
Walaubagaimanapun, aku harus berpuas hati. Performance untuk Projek 1, alhamdulillah.. walaupun tau tau lagi apa resultnya, berdasarkan komen examiner, project aku ok. Thanks to kak Atie, Abg Anuar dan tak lupa si kecik Ain yang datang masa hari presentation. Thanks to Ija.. sbb banyak jawab soalan yang aku tak faham dalam project guideline, thanks tak terhingga pada Dr. Naomie dan PM Wardah, sebab jadi supervisor yang perform. Terima kasih sebab belasah teruk-teruk masa progress presentation, kalau bukan sebab kena belasah tu, mungkin aku tak boleh buat sebaik itu. Thanks to friends yang selalu berkongsi rasa dan keletihan. Dan alhamdulillah.. carry mark untuk subject Dr. Naomie pun tak teruk sebagaimana disangka. Aku serahkan pada Allah yang selebihnya... hanya dia yang maha mengetahui.
Kadang-kadang aku hairan, bila aku berusaha bersungguh-sungguh... apa yang aku dapat tidaklah begitu memuaskan hati. Bila aku rasa aku kurang berusaha, tiba-tiba aku dapat lebih dari yang aku jangkakan. Misteri sungguh. Semester ini aku rasa aku paling tidak rajin belajar dan berusaha. Kebanyakannya, aku buat last minute, tapi resultnya, aku rasa lebih baik pula dari biasanya. Apa-apapun, aku anggap semuanya sebagai rezeki yang tak perlu aku persoalkan. Aku terima dengan redha dan syukur tak terhingga. Semoga nikmat tuhan tidak akan berhenti di sini....

Friday, April 27, 2007

"Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"



Setiap detik dan saat hati ini rasa teruji, hanya satu yang kuingat.. "Fabiayyi aa'laaa i rabbikumaa tukazziban.." Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?. Aku tidak boleh terus-terusan memikirkan apa yang aku tidak miliki, tapi fikirkanlah segala nikmat yang telah tuhan kurniakan sepanjang usiaku. Dan akhirnya aku tidak mampu menafikan bahawa yang perlu buatku hanyalah kesyukuran atas segala kurnianya dan doa yang tidak putus agar nikmatnya berterusan buatku.