Thursday, May 09, 2013

YAH, RASIS TU APA?

Satu hari tiba-tiba mak Tanya.. “Yah, rasis tu apa?” Saya terdiam seketika mencari-cari kata yang paling sesuai. Terkejut dengan soalan itu sebenarnya. Dalam hati “takkan mak tak tau rasis apa?” Tiba-tiba mak menyambung “Suratkhabar sekarang bahasanya tinggi-tinggi, banyak yang mak tak berapa faham”. Saya senyum.
Bila saya fikir-fikir semula, ya mak mungkin tak faham apa itu rasis dari sudut bahasa. Tapi dari sudut perbuatan pun dia tak terfikir apa rasis dan bagaimana rasis itu. Sebabnya puluhan tahun kami berjiran dengan yang berbangsa cina, bukan satu tetapi tiga. Seorang rumahnya di sebelah kiri rumah kami, dan dua keluarga lagi berdepan dengan rumah kami.
Biar saya ceritakan jiran di sebelah kiri dulu. Namanya Ate (atau Ah Te mungkin) dan isterinya kami panggil nyonya. Mempunyai dua orang anak, yang besar namanya Ah Bun dan adiknya perempuan bernama Ah Ling (kalau tak silap saya). Ate berniaga barang runcit, tempat mak dan jiran-jiran membeli keperluan dapur. Rumah kami dipisahkan oleh beberapa baris pokok getah, kalau kami buka jendela kami akan nampak pintu dapur rumah Ate yang berpagar kayu separuh. Di situ terikat anjing besarnya yang akan menyalak sekuat hati bila nampak manusia lalu di baris-baris pokok getah bersebelahan rumahnya. Bil saya besar sedikit barulah saya tahu yang Ate membina rumah di atas tanah milik Pakcik Saimi jiran kami. Lama sungguh dia menumpang di atas tanah tersebut sehinggalah pakcik Saimi jualkan tanah tersebut kepada Arwah Haji Bakar dan dia sendiri berpindah ke tempat lain.
Berkenaan Ate yang berniaga runcit, saya selalu disuruh oleh arwah embah(datuk) ke kedainya. Rasa saya ketika itu saya baru berumur dalam 4 atau 5 tahun. Bersungguh-sungguh arwah ajarkan saya menyebut Benson and Hedges (betulke ejaan ni) supaya saya boleh belikan rokok di kedai Ate bila-bila dia mau. Sayapun menyusup di celah-celah pokok getah ikut jalan tepi parit untuk sampai ke kedai Ate, beli rokok. Kadang-kadang nyonya beri saya sebiji gula-gula udang atau sepuluh sen sebagai upah kecerdikan saya beli barang walaupun saya masih kecil. Masa itulah saya dan Ah Ling senyum-senyum dan bertegur-tegur. Kami tidaklah berkawan rapat sebab Ah Ling bersekolah cina kemudiannya manakala saya pula ke sekolah Keb Sri Kembar.
Anjing Ate memang suka bising, mula-mula kami takut. Kalau nak ke rumah Wak Turinah atau Cik Radzi kami akan menyusup perlahan-lahan ikut denai yang sedia ada, jangan sampai terpijak ranting atau apa-apa yang boleh buat anjingnya melolong-lolong sebelum dengar nyonya pula melolong marahkan anjingnya suruh diam. Tapi lama-lama kami yang buat provokasi biar anjingnya melolong sampai penat. Kami baling dengan biji getah atau ranting kayu kemudian kami lari lintang-pukang. Walau bagaimanapun tak pernah kami dengar nyonya marahkan kami atau mengadu dengan mak bapa kami yang anaknya jahat. Kalau tak silap saya ada seorang lagi nyonya di rumah itu yang suka duduk di kerusi malas dekat dengan pintu dapur. Mungkin itu emak kepada nyonya isteri Ate.
Dijadikan cerita, ketika saya darjah 4 atau 5 saya dapat tahu pakcik Saimi jualkan tanahnya jadi Ate kena pindah ke tempat lain. Saya kurang periksa kemana mereka tapi ikut emak tak jauh, dekat-dekat juga. Arwah Haji Bakar beli tanah dari Pakcik Saimi dan beli rumah dari Ate. Kami sekeluarga bergotong-royong menyertu rumah Ate supaya keluarga Haji Bakar boleh tinggal di situ tanpa was-was. Saya ingat Ate terus pindah dan kami tak akan jumpanya lagi. Tak lama lepas Ate pindah bapa diserang gout dan tak boleh teruskan kerjanya sebagai pemandu teksi. Ketika itu saya darjah 5. Bapa buka kedai runcit di depan rumah kami, juga kedai buah di atas jambatan. Tapi kedua-dua kedai akhirnya tutup kerana tak mampu mengurusnya gara-gara bapa selalu jatuh sakit.
Berbalik kepada kisah Ate. Selepas UPSR yang keputusannya entah hapa-hapa sampai saya dimarahi bapa tak habis-habis berminggu-minggu lamanya, saya masuk asrama. Tiba-tiba satu hari bila balik dari asrama saya lihat bapa letak sesuatu yang bergegar di kakinya hingga kakinya mengeluarkan cairan macam peluh. Mak pun bercerita “kau tau Yah, Ate dengan nyonya datang, bawa mesin ni. Kau tau mesin apa? Mesin ni perah asid gout”. Saya macam tak percaya. Satu..saya tak percaya Ate ngan nyonya boleh datang semata-mata nak beri ubat pada bapa (mesin tulah) sebab saya ingat mereka pergi tak kembali dah. Dua..saya tak percaya juga mesin tu perah asid gout, mungkin yang keluar tu adalah peluh bapa. Percaya atau tak...sakit bapa berkurangan. Saya lihat lama juga mesin tu di rumah sampailah saya balik dari asrama semula dan tengok mesin tu dah tak ada. Saya pun tak peduli, masa tu peduli saya hanya pada pelajaran dan angan-angan zaman remaja macam remaja lain juga.
Jadi point saya ialah..baik mak, bapa atau Ate dan keluarganya, tak ada siapapun yang tahu apa itu rasis dan bagaimana rasis itu diaplikasikan dalam kehidupan manusia. Saya pernah sebut ini kepada suami saya masa mula-mula kahwin dulu (kalau dia masih ingatlah) sebab seumur hidup kami menetap di perkampungan melayu, kami  dikelilingi jiran-jiran cina. Bila hari raya mak hantar makanan ke rumah Ate, sebagai balasannya Ate dan keluarga juga hantar makanan kepada kami pada tahun baru cina walaupun akhirnya kami hantar kepada keluarga cina depan rumah kami sebab curiga kami pada halal haramnya. Kalau dia bagi limau atau oren bodoh (long chan) memang kami melantak sampai tak ingat. Pasal anjingnya yang suka buat bising pun kami tak kisah kerana lolongan anjing Ate adalah petanda samada orang asing merapati kejiranan kami, atau kami didatangi tetamu tak diundang seperti babi hutan atau ada orang datang bertandang ke rumah kami ikut short cut (jalan belakang rumah). Sekurang-kurangnya kami terselamat dari anasir-anasir yang tak diingini.
Di kampung saya, masyarakat cina hidup meneruskan aktiviti masing-masing. Ada yang kaya ada yang miskin. Yang kaya pun tidaklah sampai boleh bina banglo jutaan ringgit. Yang miskin masih ada yang kayuh basikal jual sayur dari tumah ke rumah. Kadang-kadang kami beli juga sebab kasihan. Ada yang dah punya tanah sendiri ada juga masih menumpang tanah orang. Tapi semua hidup bersama tanpa buruk sangka dan dengki khianat. Mereka menjual kita membeli. Kalau kedai mereka tutup kita pun susah nak makan apa. Mereka jual barang runcit mak saya jual kuih. Bila mereka hantar tepung ke rumah, mak bagi beberapa biji kuih percuma. Tak ada prejudis. Siapa mereka pangkah dalam pilihanraya itu hak mereka. Kita pun tak pernah Tanya. Kat dahi mereka taka da cop dacing atau roket. Kalau dacing 1 Malaysia kalau roket kau komunis. Tidak dan tidak ada.
BERSAMBUNG.

Thursday, April 11, 2013

Bengkel Dr. OT, sedekah, kerjaya dan secret recipe.

En. Suami berkongsi dengan saya satu perenggan dalam buku Ustaz Zaharudin (Jangan berhenti berlari) yang sedang dibaca. Bunyinya lebih kurang begini:
"Kerjaya sebagai pensyarah adalah pilihan kerjaya yang terbaik yang membuka ruang faedah akhirat terbesar dan dalam masa yang sama memberikan pendapatan dunia yang baik". Sebelum inipun suami pernah quote kata-kata seorang pensyarah beliau, kita belajar ke tahap yang lebih tinggi bukan semata-mata mengejar kedudukan pangkat dan harta semata-mata, tp dengan ilmu kita boleh menyumbang lebih byk kpd masyarakat dan beroleh pahala. Ketika itu saya dalam mood nak berhenti kerja dan jadi suri rumah buat bisness kecil-kecilan atau bisness online macam orang lain pun cukuplah. Ketika itu saya give up dengan universiti yang memaksa kami belajar sambil bekerja dengan kos sendiri dan dalam masa yang sama dibebani dengan KPI yang merangkumi semua aspek teaching-research-admin. 
Ini adalah fasa cabaran paling hebat dalam hidup saya. Sendirian mengurus anak-anak dan keluarga, memastikan yang terbaik untuk mereka, tuntutan tugas hakiki - mengajar, tuntutan mencapai KPI, projek-projek sampingan - consultancy, tugasan pentadbiran etc. etc. saya berada di tahap tekanan paling tinggi dengan jangkaan paling tinggi. Semua mesti delivered. Keluarga mesti terjaga, makan-pakai anak suami mesti sempurna, ibu-bapa saya perlu diurus dengan baik, hati mertua juga mesti diambil kira. KPI sekurang2nya mencapai matlamat kalaupun tidak lebih tapi jangan terkurang.

Bila saya organize bengkel Dr. OT di MMU saya lakukanya dengan objektif untuk belajar dan mengajak orang lain turut belajar bersama saya. Dalam kepadatan jadual training di cyberjaya dan dibantu beberapa rakan Alhamdulillah program tersebut saya anggap berjaya walaupun ada beberapa kekurangan yang saya perlu perbaiki pada masa akan datang. Dari bengkel tersebut barulah saya nampak dengan jelas apa yang dimaksudkan oleh Dr. Zaharudin. Saya melihat keikhlasan seseorang mendidik dan memberi ilmu yang dimiliki demi kejayaan orang lain. Dan untuk berupaya menyumbang sebegitu seseorang mestilah sampai pada tahap 'pakar'dalam satu bidang (juga disebut dalam buku utz Zaharudin. Untuk menjadi pakar bukan mudah. Usahanya perlu maksima, komitmen perlu tinggi, dan prasyarat utama mesti banyak belajar. Mencari ruang untuk mempelajari, mengkaji, meneroka dan kemudian berkongsi.
No more 'secret recipe'. Recipe should be shared. Teringat kat-kata seseorang pada saya. "kita belajar mahal-mahal kita bayar, takkan nak bagi resipi ni free macam tu je".
Kesimpulannya,
1. Saya bersyukur Allah aturkan perjalanan kerjaya saya dalam bidang ini walaupun tidak berminat pada awalnya.
2. Saya akan terus belajar dan belajar, mencari dan mencari, supaya saya akan menjadi pakar dalam bidang yang saya sedang kaji sekarang (Halal traceability & Knowledge Management) supaya saya boleh menyumbang kepada pengguna muslim dan pemain industri Halal.
3. Saya akan menjadi pendidik yang ikhlas mendidik kerana Allah taala. Mudah-mudahan ilmu yang saya turunkan bermanfaat kepada para pelajar saya.
4. Saya mesti siapkan PhD saya walau apapun halangannya, walau berapa lamapun masa yang diambil untuk menyiapkannya sebagai langkah pertama saya menjadi pakar dalam bidang kajian saya.

Thursday, February 14, 2013

Bukan susah tapi mencabar

Ramai rakan-rakan menunjukkan empati bila mengetahui situasi yang saya sedang lalui. Saya bekerja, belajar part time, ibu pada dua anak kecil, berjauhan dengan suami dan mengendalikan ibu-bapa yang hampir sepanjang masa tinggal di hospital. Terus terang saya katakan, adakalanya saya mahu punya banyak tangan ataupun banyak klon supaya setiap satunya boleh menjalankan tugas yang berbeza. Terus-terang juga ada beberapa perkara yang sering saya tinggalkan kerana ketidakcukupan masa atau memenuhi tanggungjawab yang lebih besar.
Banyak juga insiden saya terlepas pandang tarikh-tarikh penting, deadlines tugasan-tugasan tertentu dan ada masanya 'naik hantu' pada Dhiya kerana tidak memberikan kerjasama. Semuanya kerana tekanan yang saya lalui lebih-lebih lagi kalau ada tugasan penting yang saya gagal siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Ataupun ketika saya belum sempat membuat persediaan untuk ke kelas dan kelas seawal jam 8 atau 9 pagi. (ramai beranggapan tugas pensyarah hanyalah masuk kelas, kalau tak ada kelas tak ada kerja tapi tak sedar nak masuk kelas kena siapkan slide, kena study apa nak diajar, siapkan quiz, exam papers, test, class activities, assignments, soalan tutorial dsbg.)
Semenjak bapa di hospital menjalani rawatan buah pinggang, rutin harian saya bertambah. Jika kelas mula lewat, awal pagi saya akan memasak (yg biasanya dilakukan hujung minggu sahaja), kemudian menyiapkan barang anak-anak ke rumah pengasuh dan taska, bersiap, hantar Dhiya ke Taska, hantar Darwisy ke rumah pengasuh, ke hospital kemudian baru ke pejabat. Kesemua rutin tersebut akan mengambil lebih kurang satu jam 15 minit. Bermakna jika saya keluar jam 8 pagi, saya akan masuk pejabat lebih kurang 9. 15 atau 9.30 pagi. Jika ditambah dgn sarapan, maka jam 10 pagi baru saya sampai pejabat. Jam 10 saya akan mulakan dgn rutin mengepam susu dulu (anak saya full breastfeed), baca dan reply email. Sementara mengepam bolehlah saya bermuka buku atau membaca blog. Blog yg saya sering baca ialah Prof. Muhammad Kamil, Dr. OT dan beberapa akhbar utama. Jam 11.30 biasanya semua rutin di atas selesai (jika tiada kelas). Jika ada kelas, rutin akan berubah sikit.
Saya makan tengah hari jam 12. Maknanya hanya ada 30 minit untuk saya buat kerja sebelum ke kafetaria. Kenapa makan awal? 1) Taknak berebut dgn student. 2) Kalau makan lambat lauk dah habis. 3) Sbb nak solat zohor awal, mengepam susu lagi sekali sebelum jam 2pm. 2pm keatas student suka datang untuk consultation jd saya perlu memastikan saya available selepas 2pm. 
Jika tiada consultation barulah saya dengan aman mula buat kerja, mana assignment nak ditanda, mana paperwork yang nak disiapkan, mana report yang perlu dihantar, kertas soalan dan apa-apa sajalah yang diminta akan saya kerjakan. Jam 4pm pam susu sekali lagi sambil browsing, update status, komen2 di wall orang ataupun nap sekejap. seronoknya guna pam elektrik sbb saya boleh nap masa mengepam, bolehlah melepaskan lelah seketika sebelum balik dan tunggang terbaik dengan kanak-kanak ribena. 4.30pm sedia untuk solat asar, kemas-kemas meja, habiskan mana-mana kerja yang boleh (biasanya tak bole habis pun). Jam 5.15pm check out, jemput Darwisy & Dhiya. Kadang2 bila rajin bawa anak2 ke taman, atau sekurangnya beli pisang goreng di muzaffar shah. Kalau tak bw bersiar2 pun cukuplah melepak2 di laman rumah sambil layan dhiya main belon sabun. 
Ini rutin hari biasa...rutin hari jumaat lain sikit. Sbb husband balik saya akan keluar awal dr pejabat, beli barang dapur dan balik masak sambil lari-lari anak (lari dapur ke ruang tamu layan anak. hehe..). Lagi2 darwisy dah pandai nangis minta dukung, dah menyusur sambil meraung2 cari ibunya, dhiya pula mmg SOP dia akan dengan apa cara minta perhatian bila balik dari taska. Most of the time dia tak bagi ibu angkat/dukung darwisy masa ni. Fuhh... memang macam perang. 
Apapun inilah warna-warni kehidupan, kalau saya tak hadapinya dengan redha apa sangat yang boleh saya buat? nak stress? tension? nak demand macam-macam? tak payahlah... apa yang saya ada ni dah jauh lebih baik dari apa yang mak saya pernah dapat di sepanjang kehidupan dia. Jadi kalau orang cakap dengan saya.. "susahnya kehidupan ko zakiah..." its NO NO NO... ia buka susah, tapi MENCABAR.  I'll take the challenge....

Friday, February 08, 2013

Yang ringkas-ringkas saja

Sekian lama tidak menulis di laman ini. Sedar atau tidak kemahiran menulis saya semakin lama semakin merosot gara-gara lebih suka mengemaskini status di facebook. Tulisan jadi lebih ringkas dan padat. Lebih interaktif dan terkini. Akan tetapi, sedar atau tidak saya kehilangan kemahiran yang saya miliki sejak kecil lagi yang sebenarnya merugikan.

Sejujurnya sekarang ini lebih ramai sukakan yang ringkas-ringkas, yang mudah-mudah. Tak perlu menulis panjang, tak perlu menelaah. Kalau menyudahkan tugasan, salin dan tampal sahaja dari mana-mana sumber. Tiada lagi nota-nota panjang, semuanya ringkasan dan nota power point. Buku teks juga sudah tiada gunanya. Beberapa kali juga saya menyiapkan kertas kerja (proposal) untuk beberapa projek, dan semuanya disiapkan dalam bentuk power point juga. Bukan timbunan kertas bersama analisis lengkap dan data-data sokongan.

Tidak hairanlah, kalau dulu pelajar-pelajar akan minta tambahan kertas ataupun answer booklet dari pengawas peperiksaan, dua atau tiga jam tidak mencukupi untuk menulis jawapan. Sekarang saya rasa hairan pelajar saya boleh menghantar jawapan seawal 30 minit pertama peperiksaan bermula. Semuanya gara-gara jawapan yang ringkas-ringkas walaupun markah untuk soalan tersebut adalah 30 markah. Logikkah anda menjangkakan 30 markah untuk jawapan setengah mukasurat?

Ini mungkin juga disebabkan oleh fenomena semasa. Semua mahu pantas.
lihat sahaja bahasa sms. Perkataan yg ringkas pun diringkaskan lagi! cth: Bila jadi "bl". Itu jadi '2'. harap2 saya tak akan jumpa answer script dengan tulisan bahasa SMS!. Tengok! saya juga terikut gaya ringkas SMS dalam blog.

Thursday, May 26, 2011

Belajar atau kerja?

Saya selalu terperangkap dengan dua pilihan: nak belajar atau nak bekerja atau dgn kata lain..nak buat kerja2 phd atau nak buat kerja pejabat.

Tapi selalunya kerja pejabat akan menang...sbb kerja pejabat berkait dengan orang lain. Dengan coordinator, dgn lecturer lain, dgn student, dgn dean, dgn manager dan yang sewaktu dengannya. Kerja phd pulak walaupun sebenarnya ia sebahagian dr kerja pejabat (sbb masuk KPI dan syarat kontrak) tp lebih kpd antara diri kita dgn supervisor dan universiti tempat kita belajar.

Bila di rumah pula.... nak belajar atau jaga anak? kali ini tak ada pilihan. mesti anak dulu. Tak akan boleh pilih belajar dulu selagi anak belum tidur. Bukan setakat anak pulak tu.. kain baju, kerja2 rumah, barang dapur semuanya atas batu jemala saya. Anak pulak memang manja...tak boelh berenggang dgn ibu. Mana ibu pergi dia ikut. Masuk bilik air, keluar bilik air, masuk dapur kemana saja dia ikut. Kalau saya hilangkan diri senyap2 tak sampai dua minit dah meraung2. Jadi jawapannya anak memang nombor satu. Kadang2 makan pun saya tak sempat sbb layankan anak.

Bila nak sedapkan hati sendiri... "bukan aku sorang macam ni". "aku baru anak sorang..kakak tu anak tiga, kakak lg sorang anak empat.. husband jauh gak" aduhai macam manalah mereka urus masa. So, jangan nak merungut-rungut. Buat saja..

hasilnya... belajar hanya pd cuti semester. Itupun kalau tarikh exam awal dan boleh siap marking awal. Adalah seminggu-dua untuk buka buku balik. Bila call supervisor...alasan sama jer, sibuk. Kalau exam last2, minta maap...belum sempat tutup fail lama...dah kena prepare utk semester baru. Bukan macam kat IIC dulu..ajar subj sama tiap sem. Yg paling tak tahan satu subjek hanya akan offer sekali setahun, so tahun depan bila kena mengajar semula dah bermasalah. kadang-kadang silibus berubah, buku teks berubah, yg paling tension kalau mengajar application (cth micr excel atau access) tiap2 tahun version berubah. So, hampir tiap sem kena buat module baru. Tp next semester tak boleh tahan..tak mampulah nak buat nota balik, kena print screen bagai... guna jelah mana-mana reference book. Korang taknak beli korang punya pasal. Cukgu pun ada byk assignment nak buat... ratus-ratus mukasurat punya tesis. 3 tahun belum tentu siap.

Sejak pindah rumah baru...rutin bertambah. Tu la berangan sangat nak duduk rumah corner. Alhamdulillah sekarang sudah dapat. Dulu duduk rumah laman sekangkang kera pun rumput sampai takat lutut.. tp duduk rumah corner, kalau rumput takat lutut karang jiran2 kata kita bela ular ngan gajah plak. Jd tiap2 hari potong rumput sikit2 pun jadilah. Hari ni satu sudut, esok sudut lain plak... takla nampak mcm rumah tinggal. Nak upah kat org rs tak berbaloi pulak..sbb bukan byk sgt pun... Tapi best... ada space nk main badminton dgn en. suami (bila dia balik), ada space nak berkebun, ada space nak main kejar-kejar ngan anak (bg dia letih sikit..malam nanti dia tido awal) wpun kdg2 taktik ni tak menjadi. Dah berangan nak bli swimming pool kecik bg dia mandi sampai puas. Tp tak beli lagi sbb nanti tiap2 hari plak dia request..tgulah ayahnya pindah cni. Dengan ayah dia dengar cakap sikit...

Belajar atau kerja? esok pagi boleh belajar...petang gi kerja. Jumaat memang kerja. Sabtu dan ahad utk family. Dah plan nak main boling (erm..ada org lupa pasal karnival upin-ipin kat melaka wonderland niiii). Tak apalah..mana-mana pun boleh. asalkan dapat spend masa dgn keluarga...

Hidup ni sesusah mana pun taknak sedih-sedih... taknak tension-tension. Nak kena buat diri sendiri gembira juga gembirakan orang lain... kalau panjang umur alhamdulillah, kalau tak panjang umur sekurang-kurangnya kita puas dengan kehidupan yang Allah pinjamkan pada kita.

(apa aku merapu ni? td kata nak belajar.....)

Sunday, December 05, 2010

1 Disember lagi...

Saya pernah menulis tentang 1 Disember di laman ini 4 tahun lepas... http://zkea.blogspot.com/2006/12/1-disember.html - betapa 1 disember selalu bermakna buat saya.

Juga 2 tahun lepas... http://zkea.blogspot.com/2008/12/apabila-berakhirnya-satu-kisah.html - 1 disember dengan khabar sedihnya.

1 disember 2010 - Alhamdulillah... dalam caca-marba kehidupan saya pada 2009 mengandungkan Dhiya Hiswaniza, hadiahnya sampai tanpa saya duga. Cukuplah gambar di bawah menceritakannya. Ini yang pertama sejak saya bertugas di MMU selama dua tahun setengah. Mudah-mudahan ia pemangkin untuk kejayaan yang seterusnya, motivasi memantapkan lagi prestasi kerja saya. Saya selalu berdoa agar saya terus ikhlas menjadi seorang pendidik, terus kreatif dalam menyampaikan pengajaran saya, supaya pengajaran saya mudah difahami dan diterima seterusnya diingati oleh pelajar-pelajar saya. Mudah-mudahan ianya berguna untuk masa depan mereka.

Tapi orang kata... Teaching evaluation ni, subjective and manipulative... so tak payahlah nak bangga sangat...

Subjective - betul. sbb saya juga pernah dikritik teruk kerana teknik pengajaran saya yg mungkin sedikit memberi tekanan kpd pelajar untuk berfikir.
Manipulative - betul. (lu fikirlah sendiri...)




Yang penting... ia berlaku pada 1 Disember tanpa dirancang.....

Friday, November 26, 2010

Jam tangan serr...


"appara... pakai jam tangan serrrr..."
"aik? tak baik kutuk-kutuk jam tangan orang tau..."
(kutuklah lagi..kutuklah lagi... kalaulah kutukan diiringi oleh sesuatu yang baru macam jam tangan ni...)
- Suka... suka sbb Casio
- Suka juga sbb kaler pink! kelakar gak memikirkan dia boleh beli brg pink color ni.
- sungguh unpredictable, my husband bg hadiah siap balut (ikut cerita dia, balut sendiri tau! for the first time. Beli selotape lagi) - lain kali suruh je cina kat kedai jam tu balutkan. takat kotak jam kecik je kertas pembalut.. takyah la sampai nak beli kan?

- I know him very well, it is an achievement!!

.. tq! love you! hadiah anniversary apa plak ya??